15 Jun 2009

Tahallul Awal

Selesai makan tengahari lebih kurang jam 12 tgh, saya dan suami bertemu di bahagian hadapan maktab untuk terus melontar di Jamratul Aqabah. Maktab kami tak jauh dari terowong muaissim. Kelihatan ramai jemaah keluar dan masuk terowong. Jemaah sahaja, tiada kenderaanpun. Dari arah maktab kami, jemaah yang keluar dari terowong di sebelah kanan, manakala jemaah yang memasuki terowong di sebelah kiri.

Kami berada di sebelah kanan jalan, jadi terpaksalah memotong jemaah yang baru keluar untuk menyertai jemaah yang nak masuk ke terowong. Agak susah juga sebab jemaahnya terlalu ramai dan sesetengahnya berpegangan tangan secara berangkai.

Selepas berjaya melintas mereka, kami menyertai kumpulan jemaah Indonesia. Pihak TH sudah ingatkan supaya sesiapa yang nak melontar secara sendirian dan tidak ikut kumpulan jemaah haji Malaysia agar tidak memakai sebarang tanda pengenalan jemaah haji Malaysia seperti beg galas atau telekung yang tertulis perkataan Malaysia. Jadi saya guna tudung labuh warna hitam dan pakai jubah hitam.

Perjalanan ke jamrah lebih kurang 3.5km. Tak terasa sangat letihnya sebab orang ramai dan semua orang berzikir. Mungkin dengan zikir tersebut Allah bantu mengurangkan rasa letih berjalan. Perjalanan ke jamrah terasa sekejap sahaja.

Kami mengikut arus yang ramai supaya tak terlepas. Dalam lebih kurang 1km dari jamrah dah ada persimpangan. Suami ajak pergi ke jamrah di tingkat 1. Jamrah pertama kami lintasi. Tak perlu melontar di sini. Jamrah kedua juga hanya kami lintasi. Keadaan lengang sahaja. Tiba di Jamrah Aqabah kami perhatikan dulu kat mana nak berdiri. Saya beritahu suami saya nak melontar di bahagian tengah sebab di situlah jamrah yang asal. Suami mengikut sahaja. Tiba di tengah, saya mengira batu di tangan kemudian melontar satu persatu seperti yang diajar oleh guru. Alhamdulillah. Puas! Puas dapat melaksanakan rukun yang ini. Yes!

Selesai melontar saya capai gunting dalam beg, tarik sekumpulan rambut dan zap! Alhamdulillah selesai Tahallul Awal.

Syarat untuk mendapat Tahallul Awal ialah samada dengan

- melontar di Jamratul Aqabah bermula 10 zulhijjah dan bergunting (ikut turutan) ATAU
- tawaf, saie dan bergunting (ikut turutan). tawaf boleh dilakukan selepas tengahmalam 10 zulhijjah

Untuk mendapatkan Tahallul Thani pula
- jika kita dah melontar, kita perlu tawaf dan saie
- jika kita dah tawaf dan saie kita hanya perlu melontar di Jamratul Aqabah
Untuk mendapatkan tahallul thani ni, kita tak perlu bergunting lagi sebab kita bergunting hanya untuk mendapatkan tahallul awal.

Sebab itulah ada antara jemaah yang bimbang takut period, selepas tengahmalam di Muzdalifah, mereka cepat2 ke kaabah untuk tawaf dan saie. Dalam kerja haji, hanya tawaf yang mewajibkan jamaah untuk suci dari dua hadas.

Apa perlunya bertahallul? Orang yang mengerjakan haji perlu ikuti 13 larangan ihram. Bila mereka bertahallul awal, terlepaslah dia dari 10 larangan ihram kecuali 3 iaitu bernikah atau menikahkan, bermesra antara suami-isteri dan melakukan hubungan jenis. Bila jemaah sudah bertahallul thani, maka terlepaslah dari semua larangan ihram.

4 ulasan:

Unknown berkata...

macam tu ke bergunting.. perempuan kena gunting gak yer..
selalu dok tgk lelaki yg gunting & botakkan kepala.. ingatkan perempaun tak payah... mekasih kakwani..

k wani berkata...

perempuan gunting 3 helai je, minima 2 inci

Unknown berkata...

ic.. tp dr catatan kakwani tu..macam amik @ tarik sejemput (mungkin lebih 50 helai) & zap gunting... :D
rupernya 3 helai jer...

k wani berkata...

Oh! sebab k wani dah simpan 'ekor' khas untuk dipotong sebagai tahallul haji. he he he. Lepas tahallul umrah, k wani potong rambut, tapi simpan sikit utk tahallul haji. :-)