Pada hari pertama persekolahan, biasalah saya akan ambil cuti dan hantar anak-anak ke sekolah. bila nampak Danial OK dengan sekolah baru, barulah saya tinggalkan anak-anak dan teruskan dengan acara saya sendiri. Saya bergilir dengan jiran. Saya hantar anak ke sekolah dan dia ambil anak-anak. PEtang tu Za telefon kata Danial hilang, masa tu saya di pejabat di ILSAS. Rasa nak terbang pergi ke SRI ABIM. Tak tahulah berapa kelajuan kereta saya, tapi kalau ada kipas kat atas bumbung kete, pasti saya dah terbang. Rasa macam nak jadi katun, lompat-lompat je kete orang lain, histeria jugak dibuatnya.
Bila sampai ke sekolah, saya tanya mereka apa yg dah terjadi? Zahidah kata ada orang nampak Danial naik bas sekolah. Saya telefon semua bas sekolah - 8 bas semuanya, semua kata tak ada budak nama Danial. Kecuali satu bas je yang tak dapat dihubungi. Saya pasti Danial ada dalam bas tu. Kami dah mula buat joke. Mesti driver tu tanya Danial,
"Rumah kat mana?"
"tak tahulah" (jawapan Danial yang paling common)
"Kat sini ke?", "Bukan"
"Kat sini ke?", "Bukan"
"Kat sini ke?", "Bukan"
Sejak dari awal saya sampai Ustaz Awang menemani saya kononnya cuba untuk tenangkan saya dan berikan bantuan dan sokongan sedaya-upayanya. Terima Kasih ustaz! Akhirnya Ustaz Awang kata "Akak, akak ni coolnya, macam tak ada apa-apa" He he he... kalau perkara buruk nak jadi, kita nangispun tak akan jadi baik. Kalau betul dia naik bas, takkan driver bas tu nak tinggal dia kat mana-mana. Kebiasaan driver bas akan hantar balik ke sekolah.
Alhamdulillah. Betul sangkaan saya. Jam 6:30 petang bas tu hantar balik Danial ke sekolah. Dengan gembiranya dia cerita "Best! Danial dapat naik bas!"
Rupa-rupanya masa dalam kelas cikgu tanya "Siapa balik naik bas angkat tangan" Dia pun dengan bangganya angkat tangan. "OK, siapa yang naik bas, boleh keluar dulu" diapun keluar naik bas yang pertama. Dia sangkakan "Siapa nak merasa naik bas?"
Dahlah anakku tak pandai bercakap, kalau kena jual ke Siam tak tahulah.......
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan