19 April 2010

Anakku Autisme 4

Semasa umur 5 tahun kami bawa Danial jumpa ST di HKL setiap bulan dari bulan Mac hingga July. ST tu lelaki Melayu, saya dah lupa namanya. Selepas setiap kali appointment beliau akan syorkan aktiviti yang perlu dilakukan bersama anak.

On the last visit, dia syorkan saya ajar dia satu buku cerita dan suruh dia ceritakan balik. Susah sangat nak buat sebab dia memang tak faham. Kalau tanya dia balik apa yang dia dah baca, mesti dia cakap "Tak tahulah" Oleh sebab kelemahanaan tak pergi lagi ke HKL jumpa ST yang sepatutnya pada Oktober 2003. Saya gave up. Tak sepatutnya saya buat macam tu. Kalau tak boleh buat, sepatutnya kena jumpa dengan ST dan terangkan masalah. Dari masalah yg timbul mungkin ST tahu apa langkah pembetulan seterusnya. Satu lagi yang menyebabkan saya gave up ialah appointment yg selalu ditangguhkan. Nak buat macamana, dia sorang je kat HKL tu kalau saya tak silap.

Oleh kerana dia dah mula bercakap walaupun tak banyak, lagipun nak hantar ke Ana Montessory di Seksyen 2 tu agak payah bagi saya dan dalam taman kamipun ada tadika, jadi saya pindahkan Danial ke Tadika ABIM Desa Saujana, masa dia berumur 6 tahun.

Saya hantar dia pada hari pertama sekolah, hari yg sepatutnya diadakan assessment. Cikgu lukis gambar rumah dia kata HOUSE! Cikgu lukis gambar kete dia kata CAR! Cikgu lukis hujan dia kata RAIN! Sedangkan budak2 lain diam je tak bercakap. Rupa-rupanya masa akhir tahun masa hari penyampaian hadiah baru saya tahu cikgu letakkan dia dalam kumpulan 5 tahun sebab dia tak faham bahasa Melayu! kwang kwang kwang. Dan Danial dapat no 1 dalam kelas!

Masa 6 tahun ni banyak benda dia hafal, dah boleh baca rumi dan jawi, dah boleh buat pengiraan. Dah boleh solat dengan baik. Anak-anak saya, saya ajar solat masa umur 6 tahun. Depa kena solat Maghrib dan Isyak. Bila masuk Darjah 1 kena solat Subuh pulak. Masa dia orang solat, saya tunggu kat sebelah, tengokkan bacaan dia orang. Doa qunut Danial hafal dalamasa seminggu je. Siapa sangka dia sebenarnya autisme? Tapi cikgu dia, Cikgu Mas tahu bahawa dia autisme.

Danial ni hensem. ramai orang kata dia hensem, kan Eima? , t sekolah ada la makwe yang sukakan dia. Bila kami hantar anak dara Haza Hilmi, si Lina dah tunggu depan gate. Sekarang Haza kat dubai rasanya.

Untuk kemasukan ke Sekolah Rendah ABIM, mereka perlu menjalani ujian. Sepatutnya murid2 jalani ujian bertulis dalam kelas, tapi untuk Danial, saya pujuk cikgu supaya Danial boleh jalani ujian di luar sebab dia tak nak duduk dalam kelas . Saya terpaksa betul2 berintegriti. Maklumlah ujian kelayakan. Saya tak nak la dia layak masuk, tapi tak boleh ikuti kelas. Sebelum ujian Cikgu Mas dah hubungi kawannya di SRI ABIM menceritakan keadaan Danial, jadi apa2 keperluan Danial masa ujian tu, cikgu ikutkan je. Alhamdulillah Danial dapat masuk ke SRI ABIM di kelas 1 Omar iaitu kelas yang kedua dari empat kelas.

Tiada ulasan: