Sebelum kita mulakan solat, eloklah kita berdiri dengan tegap dan bersemangat, kerana solat orang yang malas itu adalah solat si munafik. Allah telah menyatakannya dalam Surah An-Nisa’ ayat 142.
Yakinkah anda bahawa setiap kali kita solat, itulah saat kita berjumpa dengan Allah? Kalau kita tidak berjumpa dengan Allah, agaknya kita menghadap siapa?
Jika kita sedang bercakap dengan Allah, kenapa kita harus layan angan-angan kita? Jika kita sedang berbual dengan Allah kenapa fikiran kita sedang memikirkan masa silam kita? Lupakan dulu semua itu. Sambunglah berbual-bual dengan Allah. Jika datang ingatan-ingatan lain, selain Allah, tunggulah sebentar hingga fikiran berkenaan lari, tiada lagi dalam fikiran kata, barulah kita sambung sesi perbualan kita dengan Allah. Bukankah tidak elok jika kita sedang bercakap dengan seseorang tapi fikiran kita melayang. Sedangkan solat itu maknanya kita sedang bercakap dengan Allah.
Ustaz Abu Sangkan dari Solat Center Jakarta sering mengatakan “Untuk tidak memikirkan apa-apa ketika solat, jangan fikirkan apa-apa”.
Bagaimana untuk terus khusyuk sedangkan kita tidak tahu apa yang disebutkan? Elok juga kita tidak faham apa yang disebutkan, agar khusyuk itu datang dari hati bukan akal. Allah berfirman dalam Surah Al-Anfaal ayat 2 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Walau bagaimanapun alangkah berbahagianya orang yang faham setiap sebutan dalam solat kerana mereka faham apa yang disebutkan. Bila kita meminta maaf dari seseorang, jika sekadar mulut menyebut, tapi hati tak bermaksud nak meminta maaf, tak ada maknanya. Bayangkan anda sedang menonton cerita Hindustan bersama seorang rakan berketurunan India Muslim. Rakan sebelah anda sudah menangis teresak-esak sedangkan anda masih kabur, apa sebenarnya yang berlaku?
Jadi, jika kita faham makna Rabbighfirli…. Warhamni… Wajburni…. dan yang lain-lain, kita akan lebih ‘berada’ dalam solat itu.
Apa perasaan anda ketika solat? Apakah bergetar perasaan anda ketika solat? Apakah anda dapat merasakan sejuk dan tenang ketika solat? Cubalah cari perasaan sedemikian. Anda boleh lakukannya!
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan