Masuknya tarikh 9 Zulhijjah ialah bersamaan masuknya waktu Maghrib hari berkenaan. Berlainan dengan waktu Masehi yang mana tarikhnya bermula pada jam 12 tengahmalam.
Jemaah di khemah sebelah iaitu maktab 85 yang didominasi oleh pakej Rayhar, mula menggiatkan ibadah seawal jam 9:00 malam. Mak saya sudah gelisah dan mengejutkan saya supaya bangun bertahajjud. Saya ingatkan mak bahawa jemaah kami akan bangun jam 4 pagi.
Saya agak bimbang tak dapat mandi kalau semua orang bangun jam 4 pagi, jadi saya bangun awal sikit. Kalau tak silap saya jam 2:30 pagi saya dah bangun. Saya ni sebenarnya alergik dengan peluh. Kalau berpeluh, saya selalunya mudah gatal. Jadi seboleh-bolehnya saya akan cuba mandi. Lagipun rasa saya, sempat kot saya mandi.
Toilet di Arafah ni digunakan hanya setahun sekali, iaitu pada hari wuquf. Jadi, kata ustaz, nyamuk di Arafah cuma berpesta setahun sekali, maka bersedialah untuk digigit.
Khemah saya di Arafah kalau tak silap khemah P. Khemah saya ni berada dalam kumpulan yang banyak khemah wanita. Jadi, bila saya masuk ke toilet, ramailah orang yang beratur di belah yang mengadap khemah saya. Jadi, saya pergi ke belah sana yang nampak kurang orang. Memang satu toilet, seorang saja yang beratur. Jadi dalam risau boleh sempat mandi ke tidak, saya rasa pasti saya sempat mandi.
Sedang saya sedap mandi tetiba pintu diketuk orang. walaupun saya cuma sempat mandi secebok, sabun dan terus mandi secebok lagi. Bila saya keluar, malunya saya sebab dah 5 orang beratur dengan muka masam depan toilet berkenaan.
Selepas mandi, tempat wudhu ialah di luar toilet.
Seleasp solat Subuh, makan pagi, solat Dhuha dan sebagainya, jam 9 pagi kami sudah diarahkan tidur. Jam 11 pagi kami sudah bangun. Bukan boleh tidur sangat kalau kita tak biasa tidur pada waktu berkenaan.
Selepas membersihkan diri kami bersiap-siap untuk solat zohor. Bila masuknya zohor 9 Zulhijjah, maka masuklah waktu wuquf. Himpunan doa, samada untuk diri sendiri dan yang dikirim oleh kawan-kawan dahpun beratur dalam beg hitam saya.
Kami solat Zohor Jamak Tamam dengan Asar. Selepas solat kami bersedia untuk makan, sebab selepas makan kami digalakkan beribadat sebanyak-banyaknya dan berdoa sebanyak-banyaknya. Sedang kami menanti untuk makan tetiba riuh kawan-kawan di luar mengatakan ada tulisan di langit. MasyaAllah! Saya antara orang yang menyaksikan tulisan berkenaan! Di kanan saya tertulis perkataan Allah, dikiri saya tertulis perkataan Muhammad. Subhanallah! Ada doa khas yang perlu dibaca pada waktu ini. Tanyalah ustaz/ustazah anda! Tak ada seorangpun yang teringat untuk ambil kamera.
Subhanallah! MasyaAllah! Allahu akbar. Ya Allah, engkau tuhanku, aku ini hambamu. Ya Allah, Engkau Maha Benar, PerkataanMu benar, janjiMu benar, nabiMu benar, syurga neraka itu benar dan hari kiamat itu benar.
Ya Allah terlalu banyak dosaku sedangkan terlalu banyak nikmat yang Kau telah berikan padaku. Aku malu padaMu ya Allah, tapi Engkaulah sajalah pengampun dosa ya Allah, maka ampunkanlah segala dosaku.
Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, tapi aku tak sanggup masuk nerakaMu. Oleh itu ya allah, terimalah taubatku, ampunkahlah dosaku. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengampunkan segala dosa.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
3 ulasan:
salam kakwani
kalo dpt tengok foto tulisan tu, besar lah makna nyer utk org mcm saya ni.. !
naper deme masam tunggu depan toilet tu? bukan utk mandi kot?/!! hihihii
Subhanallah, menitik air mata saya Puan Wani. Kalaule saya berada di sana untuk sama-sama menyaksikannye..
Cepat-cepatlah pergi ke sana. Bookinglah untuk pergi dan buat rayuan untuk pergi awal. Bukan apa, ada orang kata Mekah bagaikan berkurangan keajaibannya. Payah nak cerita di forum ini.
Catat Ulasan