31 Mei 2010

Allah meliputi segala sesuatu

Balik dari halaqah hari Jumaat tu, masa tengah drive melintasi UM tetiba satu daun sebesar duit 50 sen terlekat di tengah2 cermin kereta sampai saya tersentak. Lalu terkeluar dari mulut saya "Ya Allah Engkau ada yang Allah!" Engkau ingin menyedarkan aku bahawa Engkau wujud. MasyaAllah! Subhanallah! Allahu Akbar!

Sampai di selekoh untuk masuk ke Seremban Hi-way bila saya melihat ke kiri dan kanan serasa pokok2 disekeliling melambai dan memberitahu bahawa Allah itu benar2 wujud dan Allah juga meliputi pokok2 itu

[An Nisaa':126]
Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah Allah Maha Meliputi segala sesuatu.

[Fushshilat:54]
Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu.

Pak Yus Ansari dalam Halaqah Solat Khusyuk di Bangsar mencontohkan air dalam kolam. Kalau sebiji bola tenggelam di dalam kolam yang kecil, pastinya air kolam tersebut akan naik sedikit kerana air dalam kolam mengelilingi bola berkenaan. Tapi jika ia meliputi bola berkenaan, maknanya air itu masuk ke dalam bola. Bola itu juga termasuk dalam air itu. bila kita meletakkan warna biru pada air, maka bola itu juga akan berwarna biru.

Allah itu meliputi kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita kita dan kita. Adakah bilangan Allah itu sebanyak bilangan makhluknya? Tidak! Allah itu satu. Adakah kita juga Allah? Tidak! Kita adalah makhluk Allah. Bila kita katakan dalam bilik kita ada celcom coverage, adakah pintu kita juga adalah celcom? Pasti tidak, bukan? Perhatikan tangan kita. Itu adalah tangan saya, milik Allah. Cuba rasa jantung kita, itu adalah jantung saya milik Allah dan Allah meliputinya. Allah disana dan tahu apa yang terjadi pada jantung itu, setiap aliran darah yang keluar masuk dalam kedua2 bilik jantung kita, kiri dan kanan, Allah tahu apa yang terjadi. Pintasan dalam hati kita, Allah tahu apa yang tersirat. Kerana Allah disitu dan menguasai tindak tanduk hati itu, jantung itu, ginjal itu, usus itu.

Allah kata Dia lebih dekat dari urat leher kita
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” [QS. Qaaf: 16]

Memang dekat!, jika Allah itu dimana2 dalam badan kita, memang dia lebih dekat dari urat leher kita sendiri.

Pandanglah hujan, Allah menurunkan hujan itu bukan saja untuk menyirami bumi, tapi untuk memberitahu manusia bahawa Allah itu wujud, Allah itu ada dan Dia sedang menurunkan hujan. Bila Allah tiupkan angin, bukan saja sejuknya untuk kita nikmati, tapi Allah ingin memberitahu kita bahawa Dia itu wujud dan menguasai angin yang ditiupNya. bila Dia jadikan gempa bumi, bukan saja gempa itu menyebabkan insan terkejut dan tersedar bahawa kepunyaan Allahlah segala harta yang dimiliki selama ini bahkan Allah ingin beritahu makhlukNya bahawa Dia ada dan sedang menguasai gempa yang diturunkan.

Maha Besar Allah kerana liputan Allah bukan kita saja, bukan Malaysia saja, bukan bumi saja, bukan sistem bintang yang bernama matahari itu saja, tapi seluruh bintang2 lain yang berjumlah beribu banyaknya. Besarkah Allah? Memang Besar! Maha Besar

Tinggi tak Allah? Pasti Tinggi! Maha Tinggi! Subhanarabbial A'la wabihamdih

Itu pasal bila daun terjatuh atas cermin kereta saya dengan tak semena-mena saya tersentak!

20 Mei 2010

Ketidak-efisienan Citibank menyusahkan saya

Pada tahun 2009 saya mempunyai 2 kad Citibank iaitu Master Card dan Visa card. Pada 29/12/2009 saya telah pergi ke Citibank Jalan Ampang untuk membatalkan Master card kerana saya pun dah lama tak gunakan kad berkenaan. Kad saya telah dibatalkan, saya telah redeem semua points yang ada dan kad saya telah digunting dihadapan saya. "Is that all?" "Yes, that is all", was the answer from Citibank staffs yang bertugas. Saya tak pula ambil nama kakitangan bertugas, saya tak merasakan kepentingannya pada waktu itu.

Saya kebiasaannya menerima penyata hardcopy yang dihantar ke pejabat lama di Bangi. Sejak saya mendaftarkn penggunaan Citibank Online pada 2005, saya tidak lagi mendapat penyata hardcopy. Pada 2007 saya memohon untuk mendapatkan balik penyata hardcopy, pegawai di counter berjanji untuk menghantar hardcopy, tapi saya cuma terima sekali sahaja, kemudian saya tidak menerimanya lagi.

Saya tak buka penyata online sebab saya terhilang password selepas Citibank menukar interface pada 2007. JAdi setiap bulan saya pergi ke Citibank, tanya baki akaun, rekodkan dalam h/p kemudian saya bayar. Saya kena keep track sendiri transaksi saya kerana Citibank tidak lagi mencetak hardcopy.

Pada hujung Februari 2010 saya mendapat satu surat dari Citibank mengenai Mastercard saya yang tidak dibayar untuk bulan Januari 2010. Bagi saya itu satu cerita kesilapan sebab saya dah pun memotong kad berkenaan. Saya biarkan.

Pada bulan Mac saya terima satu lagi amaran dari Citibank, kali ini amaunnya dah bertambah pulak. Aih... apa hal ni? Pada 29 Mac 2010 saya ke Citibank untuk bertanya mengenai perkara berkenaan. Pegawai bertugas mengesahkan bahawa ada rekod dalam komputer menunjukkan saya telah membatalkan kad saya pada 29 Mac 2010. Bila saya minta printout pegawai berkenaan berkata tak perlu. Beliau memaklumkan bahawa kakitangan Citibank akan menghubungi saya dalamasa seminggu untuk pengesahan pembatalan. Seminggu tu sebenarnya adalah satu penantian yang tak pernah berakhir. Ada saya dapat satu panggilan dari Citibank - offer untuk membuat pinjaman. Kita yang sedang menanti panggilan, excited giler bila katanya dari Citbank, rupa2nya panggilan iklan. Hampeh. Saya nyatakan bahawa saya tak berminat.

Bulan berikutnya saya mendapat satu surat yang menyebabkan darah saya betul-betul tersirap. Surat tersebut mengatakan "after a few calls and reminders we have not yet any payment from you". Haaaa? few calls? excuse me? betul ke apa yang saya baca? a few calls? Bila masa kakitangan Citibank buat kerja ni? Siapa pulak yang hantar surat mengatakan a few calls? Siapa yang dah menipu siapa ni? Kakitangan yang sepatutnya buat calls tipu kakitangan yang keluarkan surat? Saya perlukan rekod bila few calls tersebut dibuat. Saya betul-betul nakkan rekod berkenaan. Kenapa bahagian yg keluarkan surat tak semak betul2? atau mereka yang cuba nak menipu saya? Perlu tak saya buat laporan polis atas tuduhan menipu pelanggan? Semua mereka sepatutnya dapat NI untuk prestasi tahun ini.

Sekali lagi pada Jumaat penghujung April (30/4/2010) saya ke Citibank (setiap kali dapat gaji saya akan ke Citibank Jalan Ampang - mereka boleh semak rekod pembayaran saya). Pegawai berkenaan seorang wanita serani (saya ada ambil gambar beliau menggunakan h/p -kali ni saya rasa perlu rekodkan sesuatu, dapat gambar kakitangan berkenaan pun jadilah).

Beliau memaklumkan bahawa pada Januari 2010 Citibank caj RM50 government tax ke akaun Mastercard saya. Oleh kerana saya tak bayar pada hujung bulan Jan saya dikenakan late charge fee, kendian saya dikenakan finance charge disebakan oleh baki yang tak dibayar. bulan 2 kena sekali lagi late charge fee, bulan 3 kena lagi, bulan 4 kena lagi menjadikan jumlahnya semua sekarang ni RM125.42. Saya beritahu pegawai berkenaan"Saya tak nak dengar all your greviences" apa yang saya tahu ialah saya dah batalkan kad berkenaan pada 29 Disember 2009. Saya tak akan bayar apa-apa sebab saya dah bayar semua amount due to me pada tarikh berkenaan. Tak ada ssesiapapun atas dunia ni nak bayar pada service yang tak digunakan dan dahpun dibatalkan. Saya tak pasti samada CEO Citibank seronok bayar servis yang tak diambil. Kalau macam tu saya nak caj CEO Citibank kerana order keropok lekor dari saya RM50 pada 28 Disember 2009, tapi tak datang ambil. Mengira semua late charge fee dan financial loss, dengan kos pembuatan dan kos penantian dan kos mencangkul tanah untuk menghapuskan keropok yang dah busuk tu, saya akan caj CEO Citibank RM500.00. Please pay me cash!

Saya dimaklumkan bahawa kakitangan Citibank akan menghubungi saya dalamasa 3 hari bekerja. Betapa efisiennya mereka kerana hanya pada 13 Mei seorang wanita China menelefon saya dan memaklumkan bahawa mereka ingin membuat pengesahan pembatalan Mastercard Citibank dan memberikan berita gembira bahawa goverment caj telah waive, late charge telah waive dan finance caj telah waive. Alhamdulillah - berakhir penantian saya - terima kasih Citibank.

Tapi rupa-rupanya kegembiraan saya tu sekejap saja.

Tengahari tu saya nak ke Subang Jaya sebab nak bayar insuran kereta yang akan tamat tempoh pada 19 Mei. Bila nak isi minyak Visa card tak dapat digunakan. Biasalah kalau card reader di punp station rosak. Saya bayar cash. Saya ke Maybank untuk bayar insuran, sekali lagi Visacard tak boleh digunakan. ding dong ding dong saya diarahkan menelefon Customer Service.

Saya bercakap dengan Cik Farah dari Customer Service dan beliau memaklumkan bahawa visacard saya dibatalkan kerana saya tidak bayar mastercard saya dah 4 bulan.

Betapa tak efisiennya Citibank. Saya dah 2 kali pergi ke sana untuk dapatkan penjelasan tentang Mastercard, tetiba dia batalkan Visacard pulak! Hantu betul! Dia yang tak efisien customer lak yang kena. Hantu!

Bila saya tanya Farah menceritakan the same sad story of unefficiency of Citibank. Bahawa akaun saya belum dibatalkan walaupun kad dah potong, government tax, late charge fee, financial fee, which I'm not interested to know. That was Citibank's fault, not my fault. Tapi Farah ni memang penyabar orangnya. Dia korek sana-sini untuk mendapatkan maklumat untuk saya. Dia cuba membantu. Pagi 19 Mei Farah menghubungi saya sekali loagi untuk memaklumkan tentang kes berkenaan. Tapi saya menerangkan bahawa saya tak perlu bayar, sebab saya dah cancel, bahwa wanita china berkenaan sudah memaklumkan bahawa semua caj telah diwaive kan. Bila Farah kata no such thing as waive, saya maklumkan saya tak nak tahu samada ada ke tidak peraturan tu, tapi saya dah cancel kad in the first place. Farah berjanji untuk terus cuba membantu saya.

Tujuan saya menulis tulisan ini ialah, jika ada dikalangan kawan2 yang bekerja di Citibank, harap dapat perpanjangkan ke pihak yang sepatutnya di Citibank. Tulisan ini bukan suka2 untuk dibaca, tapi untuk diambil tindakan. Saya penat telefon Citibank, tekan 1 untuk berbual, tekan 2 untuk dengar lagu tema kami......

Saya juga berharap jika ada rakan2 yang bekerja di Bank Negara harap dapat beri nasihat, apa yang perlu saya lakukan.

Satu perkara yang saya tak nak dengar - "please pay" coz I'm not gonna pay any penny. it is not my fault, it is citibank's fault. tanggung sendiri

17 Mei 2010

Anakku Autisme 6

Pada peringkat awal prestasi Danial biasa je. Result lebih kurang macam kakak dia. Lebih kurang cam 140 of 450 students. Percakapan lebih kepada English tapi bab mengeja lebih kepada Melayu. Maknanya nak eja untuk English, dia kurang sikit la, kalau BM laju je. So, saya ajar dia phonetics.

Masa darjah 1 pada peringkat awal bila cikgu beri arahan dia tak ikut arahan. Puas cikgu suruh duduk, dia buat derk je. Suatu hari cikgu terperasan dia bercakap dalam Bahasa Inggeris, so cikgu cakap kat dia "Danial, sit down" terus dia duduk. Allahu! Akbaru!

Masa darjah 2 Zahidah komplen Danial selalu keluar dari kawasan sekolah. Saya rasa dia curious, apa yang ada diluar sana.

Masa darjah 2 jugalah masa yang paling mencabar. Zahidah mengadu dia rasa malu sangat dengan perangai Danial. Dia boleh merangkak kat sekolah dan berlagak macam harimaulah, macam anjing la. Selalu gak dia makan cara menjilat, malas nak guna tangan. Sedih sangat bila dia cerita orang panggil dia mental. Nak menitik airmata.

Masa exam akhir tahun darjah 2, ada subjek yang dia dapat 86% dan ada yang dapat 4%. Dia buat m/s yg pertama je, lepas tu dia tak buka lagi dah. Kami test balik di rumah suruh dia buat balik, semua betul! Subjek yg dapat markah banyak tu cikgu cerita dia asyik kena suruh Danial buka mukasurat seterusnya. Kemudian barulah kami kelam-kabut setkan balik appointment dia untuk berjumpa doktor.

Doktor di Dispensary TNB syorkan saya bawa dia ke UKM. Buat appointmen dengan Prof Vicky. Yang merawat Danial ialah seorang doktor warga India, dah lupa dah nama dia, dia yang confirmkan bahawa Danial ada mild autisme. Masa tu bawa suami sekali. Barulah dia faham masalah Danial. Ada beberapa ujian. Salah satu tu, yg terakhir, ada 3 bahagian. Bahagian 1 mesti ada 2 of 3, bahagian 2 kena ada 1 of 3, bahagian 3 kena ada 2 of 3, bahagian 4, salah satu dari 4. Danial memenuhi minimum kriteria.

Pada peringkat awal suami macam tak leh terima bahawa Danial autisme. Tapi lama-kelamaan dia faham. Dalam tempoh cuba memahami tu beberapa kali dia bergaduh dengan Danial. akhirnya Alhamdulillah dia dapat terima bahawa anak kami memang bermasalah.

13 Mei 2010

Allah itu dimana?

Selalunya anak2 akan tanya soalan ni, kitapun masa kecik tertanya-tanya Allah tinggal kat mana? Allah ada kat Mekah ke? Ada kat MAdinah ke? Ada kat masjid je ke?

"Dan milik Allah timur dan barat, kemanapun kamu menghadap, disanalah wajah Allah, sungguh Allah maha luas maha mengampuni" (Al-Baqarah:115)

Pak Abu Sangkan pernah mencontohkan, kalau kita terjatuh ke laut, cuba kita pandang ke atas, apa itu? Laut kan? Di bawah? Laut juga.... di kiri, laut juga, di kanan juga laut.

Maka Allah itu di mana-mana, memerhatikan kita. Apa lagi ketika kita sedang menghadapkan diri padanya, solat, lebih-lebih lagi Dia memandang kita kerana sekarang kita datang mengadap Dia. Tapi kalau kita memalingkan hati dari Allah semasa solat, maka Allahpun tak hingin pandang kita. Sombongkah Allah? Siapa yang terlebih dahulu sombong? Kita atau Allah? Kalau kita ditimpakan bala, layakkah kita? Of course terlebih dari layak, kerana bumi ini milik Allah, dia boleh memberi dan menarik balik nikmat.

Kalau kita diambil bekerja oleh seorang majikan, kemudian kita tidak patuh pada arahan, bila dipanggil mengadap boss, kita acuh tak acuh, layakkah kita untuk dibuang kerja? Pastinya boss layak membuang kita.

Oleh yang demikian, dalam setiap perbuatan, ingatlah bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Bercakaplah dengan Allah, Allah dengar. Allahu sami'ul 'alim.

Terlebih lagi ketika solat, rasakanlah bahawa kita diperhatikan.... oleh Allah. Berbicaralah dengan Allah.

07 Mei 2010

Anakku Autisme 5

Pada hari pertama persekolahan, biasalah saya akan ambil cuti dan hantar anak-anak ke sekolah. bila nampak Danial OK dengan sekolah baru, barulah saya tinggalkan anak-anak dan teruskan dengan acara saya sendiri. Saya bergilir dengan jiran. Saya hantar anak ke sekolah dan dia ambil anak-anak. PEtang tu Za telefon kata Danial hilang, masa tu saya di pejabat di ILSAS. Rasa nak terbang pergi ke SRI ABIM. Tak tahulah berapa kelajuan kereta saya, tapi kalau ada kipas kat atas bumbung kete, pasti saya dah terbang. Rasa macam nak jadi katun, lompat-lompat je kete orang lain, histeria jugak dibuatnya.

Bila sampai ke sekolah, saya tanya mereka apa yg dah terjadi? Zahidah kata ada orang nampak Danial naik bas sekolah. Saya telefon semua bas sekolah - 8 bas semuanya, semua kata tak ada budak nama Danial. Kecuali satu bas je yang tak dapat dihubungi. Saya pasti Danial ada dalam bas tu. Kami dah mula buat joke. Mesti driver tu tanya Danial,

"Rumah kat mana?"
"tak tahulah" (jawapan Danial yang paling common)
"Kat sini ke?", "Bukan"
"Kat sini ke?", "Bukan"
"Kat sini ke?", "Bukan"

Sejak dari awal saya sampai Ustaz Awang menemani saya kononnya cuba untuk tenangkan saya dan berikan bantuan dan sokongan sedaya-upayanya. Terima Kasih ustaz! Akhirnya Ustaz Awang kata "Akak, akak ni coolnya, macam tak ada apa-apa" He he he... kalau perkara buruk nak jadi, kita nangispun tak akan jadi baik. Kalau betul dia naik bas, takkan driver bas tu nak tinggal dia kat mana-mana. Kebiasaan driver bas akan hantar balik ke sekolah.

Alhamdulillah. Betul sangkaan saya. Jam 6:30 petang bas tu hantar balik Danial ke sekolah. Dengan gembiranya dia cerita "Best! Danial dapat naik bas!"

Rupa-rupanya masa dalam kelas cikgu tanya "Siapa balik naik bas angkat tangan" Dia pun dengan bangganya angkat tangan. "OK, siapa yang naik bas, boleh keluar dulu" diapun keluar naik bas yang pertama. Dia sangkakan "Siapa nak merasa naik bas?"

Dahlah anakku tak pandai bercakap, kalau kena jual ke Siam tak tahulah.......