Hari-hari terakhir di Mekah saya gunakan untuk menziarahi kawan-kawan dan saudara-mara yang sama-sama datang mengerjakan haji.
Sebaik pulang dari Mina, mak teringin sangat nak berjumpa dengan Kak Ramlah sepupu saya. Kak Ramlah ni muda 2 tahun je dari mak saya. Kak Ramlah datang dengan anaknya, Razilan yang sebaya dengan abang saya. Kami cuma tahu Kak Ramlah datang dengan muasasah Tabung Haji. Perkara pertama saya lakukan ialah eprgi ke pusat operasi Tabung Haji iaitu di Janadriah, 800 meter dari Masjidil Haram, arah Masjid Kuching. Jadi kami naik teksi untuk kesana.
Bila sampai di sana, kami tanya pejabat di sana nombor bilik Kak Ramlah. rupa-rupanya beliau tak menginap di sana. Oleh kerana Janadriah adalah pusat, maka kami periksa di mana sebenarnya hotel penginapan beliau yang sebenar. Payah juga sebab kami tak tahu nama sebenar. Main tembak-tembak je. Alhamdulillah betul. Kami dimaklumkan bahawa Kak Melah tinggal di Sevilla Barakat. Petugas tabung haji di Janadriah tu orang Kelantan yang dah lama menetap di Mekah. Setiap kali musim haji, beliau akan mengikat kontrak untuk bekerja dengan Tabung Haji. Oleh kerana sudah lama tinggal di Mekah (mulai tahun 1960-an), lidah beliau agak pelat Mekah. Pertuturan Kelantan beliau agak ganjil. Tuan Haji berkenaan menahan satu teksi agar kami boleh pergi ke Sevilla Barakat. Siap dia arahkan lagi jalan mana yang perlu dilalui. Alhamdulillah perjalanannya agak lancar.
Kalau nak ke Janadriah ikut Masjid Kuching, nak ke Sevilla Barakat dari Masjidil Haram biasanya kita kena ikut Dar At-Tawhid iaitu pintu 6, tapi sebab kami dari Janadriah, baiklah naik teksi.
Selepsa ziarah Kak Ramlah, saya cari Rose pula iaitu kawan saya di SMTT. Susahnya nak jumpa Rose ni sebab dia guna beberapa nombor semasa di Mekah. Heeeee geram dibuatnya. Alhamdulillah 2 hari sebelum berangkat ke Jedah saya dapat jumpa Rose di sana.
Selepas jumpa Rose, saya buat arrangement dengan Anizah dan Kamariah, 2 orang kawan saya semasa di ITM untuk 'dating' buat kali terakhir sebelum pulang ke tanahair. Pada masa yang sama Kak Hasnah dan Kay juga nak jumpa sebelum kami pulang. Maka, jadilah double date antara kawan2 ITM dan kawan2 di Firdous Tower. Kak Hasnah tu kawan di TNB, manakala Kay pula adalah isteri arwah Azan, office-mate saya. Mereka tinggal di bilik yang sama di Firdous Tower. Kay ajak semua kawan2 biliknya makan di D'Saji Felda. Masa ni saya tinggalkan mak sebab mak demam. Suamipun tak sudi nak ikut saya jumpa kawan-kawan sebab tak de yang bawa suami.
Masa nak balik tu teringin pula nak belikan suami roti canai D'Saji. Semasa beratur, tetiba ada orang tegur. Rupa-rupanya Pengurus D'Saji sendiri iaitu Ismail Samingin. Beliau beratur kerana ada boss dari Felda yang teringin nak makan roti canai. Tinggi betul integrasi. Kalau ikutkan, beliau boleh order backdoor saja. Saudara Ismail ni suami kepada kawan saya Sakinah Satar yang mengerjakan Haji tahun selepas saya (2009). Antara saya dan Ismail ada seorang Datin turut beratur, jadi rancaklah pulak kami bertiga berbual.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan