Saya telah menghadiri kursus berkenaan pada 21-22 November di Balai Islam TNB. Sebenarnya kursus berkenaan bukanlah untuk kakitangan TNB, terbuka kepada umum, hanya menggunakan premis TNB.
Kursus berkenaan terdiri dari 2 bahagian, praktikal dan spiritual.
Dari segi praktikalnya Pak Abu Sangkan menerangkan tentang anatomi manusia dan hubungannya dengan solat.
Beberapa bulan sebelumnya saya memang mengalami masalah sakit pinggang. Kalau kaitangan ICT, TNB pasti pernah terbaca tulisan saya dalam blog ICT tentang sakit berkenaan. Saya rasa amat penting saya kongsikan dengan rakan setugas kerana ramai yg duduk terlalu lama di kerusi, lupa nak betulkan urat. Bila dah sakit, baru nak tanya doktor apa dah jadi dengan mereka.
Kerana skit pinggang tu saya diberikan oleh doktor beberapa jenis ubat sampailah saya makan ubat kalau tak silap namanya mycobal 500mg, barulah serasi dengan saya. Sakit yg saya alami itu ialah sakit yg amat macam cramp dari pinggang hingga tumit sebelah sisi kaki. Sakitnya macam satu urat je yg kena. Tapi kalau siapa yg pernah kena cramp dia tahulah sakitnya macamana dan tak berhenti, dari pagi sampai petang. Nak menangis rasanya. bila makan myconal tu OK la.... Dah tak sakit. Selang beberapa minggu selepas ubat habis (doktor beri bekalan setiap bulan), sakitnya datang balik.
Bila saya hadir kursus ni, Pak Abu kata, cara solat yg betul akan menghilangkan banyak penyakit. Betul ke? Masa latihan rukuk yang pertama saya dah mula rasa selesa. Rasa sedap sangat di bahagian pinggang. Jadi saya buat keputusan untuk tidak memakan ubat yg doktor berikan. Alhamdulillah sejak 21 November 2009 hingga sekarang saya dah tak makan ubat tu lagi. Saya cuma bertahan dengan terapi solat. Masa period sakit balik, so saya akan lakukan terapi rukuk bila rasa sakit. Ya lah.... penyakitnya dah jadi, tak tahulah apa yg dah jadi kat dalam, kan? Dah pecah ke, dah haus ke, kitapun tak tahu, maka terapi ni boleh menghilangkan sakit. Setakat ni itu yg saya rasa, untuk cure tu, saya pun tak boleh nak kata juga sebab baru tak sampai 2 bulan saya amalkan.
Kawan2 yang hadir juga ada yg kata pinggang mereka makin selesa. Masa usrah Muslimat, ada kawan2 minta saya ajrkan cara solat berkenaan, dan ramai yang setuju bahawa pinggang mereka rasa selesa.
Cara yang diajar oleh Pak Abu Sangkan ialah, masa berdiri, kaki hendaklah mengadap kiblat. Fitrah tulang belakang kita ialah dia ada 3 curve, maka setiap pergerakan solat kita, hendaklah kita letakkan tulang belakang kita di kedudukannya yang fitrah. Jangan kita berdiri dengan malas, sebab bila kita berdiri gaya malas, curve berkenaan akan bertukar bentuknya. Hendaklah kita berdiri tegak macam askar pada setiap masa. Masa kita rukuk jangan kita biarkan curve berkenaan bertukar, begitu juga masa kita sujud dan masa kita duduk antara dua sujud. Sentiasa kekalkan kedudukan fitrah tulang belakang kita.
Semasa rukuk dan sujud, inilah masanya kita betulkan tulang belakang kita dengan merenggangkannya. Tolak badan kita sejauh yang mungkin ke depan, jatuhkan perut kita supaya tulang belakang yg setentang dengan perut dapat bentuknya yang fitrah (sila rujuk kepada gambar tulang belakang).
Untuk rukuk, jangan jatuhkan bahu terlebih dahulu, sebaliknya lipat badan kita menjadi bentuk L, barulah pinggang kita terjaga.
Untuk sujud, letak tangan terlebih dahulu seperti nak merangkak, kemudian jatuhkan bahu perlahan-lahan untuk sujud. Ingat anggota sujud ada 7, dua tapak tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi. Pastikan jari kaki semuanya terlipat dan mengadap kiblat. Jatuhkan lagi bahu sepuaya dapat merasai bahawa tulang belakang kita merenggang.
Kita akan sambung bab spiritual kemudian ya!
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
3 ulasan:
masha Allah...info yg menarik.. :)
mntk izin nak kopipes.. buleh..?
boleh
Sy en. Blh info klu ade kursus lg
Catat Ulasan