Waktu untuk pulang berbaur antara suka dan sedih. Terbayang wajah anak-anak yang dah lama ditinggalkan, Zahidah, Ahmad Danial dan Haikal, bin dan bintun Hamdi bin Talib. Tapi kaabah dan Masjidil Haram akan ditinggalkan. Kalaulah saya dapat mencari pekerjaan di sini, jadi pencuci bilik airpun jadilah, kan? Alangkah beruntungnya saudara Manzlie yang menjadi pengurus House Keeping di Safwah Hotel.
Oleh kerana mak tak sihat, saya bagitau mak bahawa mak tak perlu lakukan tawaf wida'. Saya siap bawa mak jumpa Ummi supaya ummi yakinkan mak bahawa mak tak perlu lakukan tawaf wida'. Tapi hati seorang hamba, ingin menziarahi rumah Allah buat kali terakhir, ingin melambai kaabah buat kali terakhir. Mak berkeras nak lakukan tawaf wida' juga. Nak berkeras nanti kang menangis pulak dia. Nak dilarang takut dia terkenang-kenang, bila balik Malaysia kita pulak yang disalahkan. Bak kata orang tua-tua takut dia berputih mata tak dapat lambai kaabah. Maka terpaksa jugalah saya bawa mak melakukan tawaf wida'.
Malam tu siap2 kami book kerusi roda dari Pakej Delima, siap letak dalam bilik. Pagi esoknya jam 4 pagi kami turun dari hotel menuju ke Masjidil Haram. Amboi seronoknya orang tu dapat duduk atas kerusi roda, orang tolak lagi nak ke Masjid :-) Mak gelak je la. Biasanya terpaksa berjalan kaki, banyak kali juga mak berhenti melepas lelah.
Selepas solat sunat tahajjud, kami mula bertawaf di tingkat 1 kerana di situ ada kawasan untuk jemaah yang berkerusi roda. Alhamdulillah laluan lancar sebab semuanya berlari atau berjalan laju semasa tawaf. Selepas pusingan yang ketiga mak batuk. Ah sudah! Seperti yang dijangka tak lama selepsa tu mak terkencing. Hmmmm. Tiba-tiba azan Subuh kedengaran. Saya letak mak kat tepi dan kami solat Subuh.
Selepas Subuh saya telefon Razilan minta dia tolak mak saya balik ke hotel memandangkan Zilan tak kemana-mana pagi tu. Kami perlu habiskan tawaf! Zilan ni kawan sepermainan saya masa kecik2 dulu semasa kami tinggal di Kuantan. Ayah saya datang hijrah ke Kuantan pun ikut Datuk tiri Zilan. Kami habiskan 4 pusingan lagi tawaf wida' di luar kawasan kerusi roda.
Selesai tawaf kami terus balik ke hotel untuk berkemas dan bawa turun barang ke bawah. Oh ya, beg kami dah diturunkan semalam dan telah dibawa oleh lori-lori ke Jeddah. Pagi tu kami hanya perlu kemaskan beg2 yang nak dibawa sebagai hand luggage. Sampai di bilik mak kata dia baru siap solat Subuh. Seperti biasa, mak tersesat lagi. He he he. Dia suruh Zilan tolak dia ke arah Hassan Khazindar. Alhamdulillah ada jemaah Malaysia yang tunjukkan arah sebenar balik ke Dallah Barakah. Kesian Zilan, jauh perjalanan dia pagi tu. Demi nenek saudaranya apa saja sanggup dilakukan, kan Zilan?
.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan