Malam ni pertama kali saya mengikuti rombongan jemaah haji Malaysia melontar. (alaaaa... cuma tertinggal sekali je sebab pergi sendiri).
Jam 8 malam kami dikehendaki berkumpul di depan khemah D. Rombongan kami akan disertai oleh Ustaz Ghazali, abang kepda Arwah Asri Rabbani. Dah janji ngan mak dan suami untuk pergi bersama. Mak dah marah sebab semalam dia terpaksa pergi sendiri ikut kawan-kawan.
Jam 8, bulan terang kerana malam ni baru 12 Zulhijjah. Tiba-tiba nampak kawan di depan terpegun. Kami tanya apa yang ditengokkan? Beliau menjawab ada tulisan bismillah di langit. MasyaAllah! Innal 'Aisya 'Aishal aakhirah. Itulah doa yang diajar oleh Ustazah Ummi bila melihat keajaiban di langit. Keajaiban memang banyak berlaku semasa musim haji, jadi Ustazah di maktab kita akan ajar doa ini untuk dibacakan oleh jamaah.
Kami bergerak beramai-ramai sambil berpegangan tangan takut terhilang. Saya, mak dan suami. Pastilah saya di tengah-tengah. Tapi mak sekejap je nak pegang tangan. Maklumlah dah tua-tua nak pegang tangan peliklah pulak. Lainlah budak kecik. Bagi pasangan suami-isteri berpegangan tangan tu perkara biasa kot, tapi janganlah niat lain pulak, takut kurang pahala haji sebab selagi belum tahallul thani, kita masih dalam 3 dari 13 larangan ihram iaitu, bercumbuan dengan pasangan samada cuit-cuit, gesel2(apa-apalah), kemudian bersetubuh dan ketiga berkahwin atau mengahwinkan orang.
Sepanjang jalan tu mak kejap kat depan, kejap kat belakang kejap kat kiri kejap kat kanan. Seronok gak tengok dia, ikut suka dia je.
Kali ni kami dibawa naik escalator. Ingatkan nak pergi satu tingkat je, tu dia depa bawak naik sampai 3 tingkat kot. Satu-satu tingkat tu pulak tinggi. Macam escalator kat LRT Kg Bharu kot.
Bila sampai di atas kami segera menuju ke jamrah yang pertama yang terletak lebih kurang 500 meter dari escalator. Jarak antara satu jamrah ke jamrah lain juga 500 meter.
Sampai di jamrah yang pertama, saya tuju ke tengah sebab orang kata kat tengah-tengah tu lah terletaknya jamrah yang asal dan saya terus melontar satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh! Alhamdulillah. Ingat nak baca doa kat situ, tapi sebab orang ramai saya keluar sikit dan terus berdoa. selesais aya berdoa toleh kiri, toleh kanan tengok mak dah tak ada sedangkan dia melontar kat sebelah saya tadi tu.
Ah sudah!
Saya tunggu kat tempat saya berdoa tadi, tapi mak tak datang, saya pergi ke tempat rombongan, tapi mak tak ada kat situ. Rombongan dah nak bergerak. Punyalah hancur hati saya. Mana mak saya?
Masa tu panik tak tahu nak buat apa. Tetiba salah seorang dari petugas THTS kata, ada satu lagi rombongan di belakang, mak saya boleh ikut rombongan lain. Knowing my mom, dia memang jenis tak kisah, bukan jenis penakut, jadi dengan berat hati saya terpaksa tinggalkan jamratul Wula. Mana tahu dia dah ke depan. Mak saya ni dia jalan laju, kadang-kadang kita tak terkejar. Saya jadi confuse samada dia dah ke depan atau dia tertinggal kat belakang. Dalam hati saya berleter gak, orang suh pegang tangan tak nak! Mak!!!!!!!
Saya berlari ke depan mana tau kot-kot mak ikut rombongan lain sebab orang agak ramai jugak, kot dia terdorong ikut rombongan lain, tapi tak ada. Selepas melontar yang ke-3 iaitu di Jamrah Aqabah, terdapat satu lencongan iaitu ke kiri dan ke kanan. Kami diminta ikut jalan kanan. Saya tunggu di situ melihat semua jemaah, mana tau kot-kot ada mak, tapi tetap tak ada. Setelah setengah jam menanti, petugas terakhir yang saya nampak nasihatkan saya agar balik.
Hai.... hati siapalah nak tenang kalau mak yang kita bawak tercicir, hilang entah ke mana. Mina ni besar, mana dia nak pergi? Penat kudrat tua dia nak mencari khemah kami. Kalau kat Mekah tu senang je, boleh tuju kat Masjid balik, tapi ni Mina. Alangkan kami semalam macam lost kat Mina, inikan pulak orang tua.
Setelah sampai di maktab, saya terus cari mak di khemah, tapi tak ada. Saya pergi balik ke muka pintu maktab, tunggu mak kot-kot balik. Setelah setengah jam tunggu baru mak balik. Apa lagi, habis lah saya kena marah. Tak apalah kena marah asalkan mak dah balik.
Rupa-rupanya mak saya melontar 3 kali di jamrah yang pertama, Jamratul Wula! 1,2,3,4,5,6,7. Pas tu dia ambil lagi 7 batu, dia melontar lagi 1,2,3,4,5,6,7. Pas tu dia ambil lagi 7 batu, dia melontar lagi 1,2,3,4,5,6,7. Cewah bagus je. Tetiba tengok depan ada lagi jamrah, ah sudah! Saya tanya dia mak belajar kat mana? Dia kata dia jadi bingung. Lepas melontar baru dia teringat. Memang kami gelak sakan malam tu. Dalam kena marah, gelak pun gelak juga. Kol 12 baru tidur.
Lepas jamrah yang pertama dia cari batu-batu yang orang buang antara jamratul Wula dan Jamratul Wusta. Dapat 7 biji. Untuk Jamratul Aqabah dia minta dari seorang India. Mula-mula dia minta tujuh "Thamaniah!" dia cakap kat orang tu, lepas tu dia minta lagi "'Asyara!" 10! India tu bagi dia 10 batu. he he he, mak aku. Memang pandai bawa diri.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
2 ulasan:
Salam ziarah,
Nice blog.Lihat gambar puan di Tanah Haram teringat masa saya pergi dulu.Congak-congak dah 2 tahun tak jejak kaki kesana.
Alhamdulillah .Jemput ziarah blog saya.
salam anak muallaf
dah jadi follower enta pun
Catat Ulasan