Kalimah yang pertama kita serukan menandakan bermulanya solat. Kita iringi dengan niat. Berapa ramai orang setelah berlalu saja takbir ini, maka bermulalah angan-angannya. Itukah yang kita ingini? Tidak! Kitapun tak mahu. Semua orang ingin merasakan khusyuk. Betapa indahnya yang digambarkan oleh ustaz-ustaz di pengajian atau di corong radio dan TV, betapa tingginya darjat orang yang khusyuk.
Dalam Quran juga disebut, "mereka itu orang yang khusyuk", "beruntunglah orang yang khusyuk". ditanya kepada imam Ghazali kenapa tidak khusyuk, jawapnya ada 10. Tapi kita tetap tak pernah merasai khusyuk itu kan?
Bagaimana khusyuk ya? Kita cuba concentrate pada bacaan solat. Bismillahir-Rahmaanir-Rohim. Alhamdulillahi-Robbil-'Aalamin. ayat itu terlalu biasa disebut, sudah kita hafal, tiba-tiba syaitan ingatkan kita fasal harddisk kita hampir penuh, lupa nak buat house-keeping dah terlalu banyak simpan gambar dan video dalam tu, lupa nak transfer ke external harddisk. Eh aku tengah solat, dah habis Fatihah.
Masalahnya kenapa ya? Hati ingin khusyuk, macam best je khusyuk, tapi yang tadi tu khusyuk ke? sekajap je. Boleh la. Itu bukan khusyuk namanya yang!
Untuk mendapatkan khusyuk, perhatian kepada Allah itu mesti datang sebelum kita angkat takbir lagi. Semasa menuju ke musolla, kita sudah teringatkan Allah. Semasa berwudhu, hati sudah rindu pada Allah. Semasa bertakbir, hati sudah hancur luluh kerana rindu pada Allah. eh sampai macam tu sekali ke? Alamak! tak pernah rasa ni!
Tak apalah.... kalau tak pernah rasa, kita cubalah pelan-pelan.
Pernah tak dok dalam lif dan terasa diperhatikan. Macam-macam baca dalam e-mail, dok dalam toilet terasa cam orang pasang video cam. Bila kita berdiri untuk takbir terasa diri diperhatikan. Sememangnya! Sememangnya Allah tengah perhatikan kita. Pergerakan kita, pakaian kita adakah sesuai untuk mengadapNya, pertuturan kita adakah kita tujukan kepadaNya.
Kalau kita bercakap dengan Allah tapi hati teringatkan mak di kampung. Nad tengah pandang Myra, tapi cakap "Nora, En Ghafar suh nko siapkan job semalam esok pepagi". Nora ada kat sebelah, tapi pandang Myra, sure Nora bengkek. Sebut nama Allah tapi hati teringat pada benda lain, rasanya Allah marah tak? Allah kata kalau engkau berpaling dariKu, Aku juga berpaling darimu. Kalau kita tak pandang Allah, Allahpun tak nak pandang kita. Dalam solat kita sebut "Maaliki yaumiddin" Raja yang berkuasa di hari kiamat - tapi kita tak rasa takutpun mengingatkan bahawa suatu hari nanti Raja itu akan mengadili kita. Menentukan bahawa kita akan masuk ke neraka.
Masalahnya kita seolah-olah yakin bahawa kita akan masuk syurga Allah. Layak ke kita? Solat Zohor 3 minit, layak ke kita nak masuk syurga Allah?
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
4 ulasan:
Bismillah,
Ya Allah rahmati dan berkatilah tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan juga akhirat...
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...
Amiiiiin
Salam Ramadhan Wani,
Terima kasih untuk entry ini..Ummi pun sebelum Ramadhan baru2 ni sempat menghadiri Kursus Perlatihan Kusyuk selama sehari....Herannya, masa sama2 berlatih, bersolat jemaah dgn Ustazah tu, dpt kita rasakan hadirnya Allah memerhatikan kita, air mata turun tanpa disedari, dpt rasa naifnya diri di depanNya Yang Maha Esa...tp bila balik ke rumah susahnya nk dpt kusyuk, maybe suasana rumah kita jugak kan...nak kena tempat yg betul2 sunyi baru terasa Allah itu memerhatikan kita...Indahnya mendpat terasa kusyuk, baru berasa jasad dan roh yang menyembah Allah, selama ni hanya jasad saja mengadap Allah, roh ntah pi "shopping" ke mana..huhuuu
Ummi.... memang seronok kalau dapat khusyuk. Bila terasa diri kerdil di hadapan Allah, kita milik Allah, kita hamba Allah, Allah milik kita dan rasa dekat dengan Allah. MasyaAllah... indahnya solat.
Ummi, sebaik-baiknya fahami semua makna bacaan dalam solat, then kita boleh menghayati solat sekhuysyuk-khusyuknya.
Pak Abu Sangkan kata kalau tak mahu fikiran ingat apa2, jangan ingat apa-apa. Sebaik2nya sedari mula berwudhu lagi, hati hanya menyebut Allah
Catat Ulasan