18 Ogos 2010

Bubur Lambuk

Bubur lambuk ada banyak resipi ikut negeri. Sy selalu buat bubur lambuk terengganu yg guna ikan. Try google tadi tapi website bubur lambuk jem giler

1 cawan beras
6 cawan air
1 biji ubi keledek
3 batang serai diketuk
Santan dari sebiji kelapa
1 sudu Kerisik
Garam
3 sudu budu

sayur
1 cekak pucuk midin (pucuk paku merah)
3 tangkai daun kesum
5 helai daun kaduk

Bahan tumbuk
1 inci halia
Sesudu lada hitam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 ekor ikan kembung direbus ambil isinya saja

Cara
Rebus beras dan keledek dengan air hingga kembang
Bila nasi dah OK, campurkan santan dan bahan tumbuk dan serai, kacau
Bila dah menggelegak, masukkan sayur(kecuali pucuk midin), kerisik, garam dan budu. kacau

Bila menggelegak, masukkan pucuk midin, tenggelamkan ia dan cepat2 matikan api dan kacau

2 ulasan:

ghimau berkata...

Bagus2 bulih suruh org umah den masakkan ni :P salam ziarah ramadhan dari ghimau

kaknab berkata...

macam macam bubuh dalam bubur lambuk ni ye, mesti sedap.