Tadi saya terbaca dalam blog Ustaz Faisal Muzakarah Ulama Sepang ke 4 bertajuk Anak Tidak Sah Taraf.
Pada pendapat saya yang tak cerdik ni, bila Allah turunkan baligh pada seorang manusia, Allah turunkan sekali dengan nafsu berpasangan. Saya tak de ilmu pasal ni, tapi cuma pemerhatian. Allah lebih mengetahui. Dari pengamatan saya, bila mula baligh, seseorang akan mula gedik. Ada yang berjaya mengawal gedik itu tapi ramai juga yang tak dapat mengawalnya. Kalau dapat surat cinta ramai yang rasa berbahagia sangat-sangat. Sebab tu Islam mengizinkan berkahwin pada usia muda, tapi undang-undang mengharamkan, masyarakat juga mengharamkan dengan hujjah akal.
Bila berlaku sesuatu permasalahan dalam kehidupan, berbaliklah pada hukum yang Allah tetapkan. Allah bagi kahwin muda kenapa kita larang perkahwinan pada usia muda? Kita berhujjah, takut budak2 ni belum pandai menguruskan seorang bayi, belum pandai nak mendidik anak sebab mereka sendiripun kanak2 lagi. Kalau berkahwin muda nanti tak sempat nak bersekolah tinggi. Kalau kahwin muda nanti takut kempunan nak enjoy, berpeleser kat luar pulak padahal ada anak-bini kat rumah. Kalau kahwin muda takut berlaku kes perceraian yang tinggi. Sekarang mana lebih takut, kes perceraian yang tinggi ke atau kes perzinaan yang tinggi? kes bunuh anak yang tinggi? kes anak luar nikah yang semakin tinggi?
Macamana nanti kalau suatu hari polis datang ke rumah kita dan bagitau "Encik, sila datang ke hospital ye, anak Encik yang tingkatan 4 tu bersalin di tandas asrama". atau ayatnya berbunyi, "Encik, ibu kepada budak yang dijumpai di surau semalam mendakwa bapa budak tersebut ialah anak encik yang di tingkatan 5 tu. Kita nak bawa anak encik ke hospital untuk pemeriksaan DNA"
Seringkali kita katakan pada anak kita kalau mereka dah ada girlfriend atau boyfriend, "Orang suruh belajar, gatai nak nikah!" Tapi, adakah kita memahami runtunan perasaan dalam diri mereka? OK, mereka sepatutnya fikirkan masa depan. Adakah syaitan juga menyuruh mereka fikirkan masa depan? Adakah kita sudah cukup memberikan anak kita ajaran Islam sehingga kita merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan maksiat? Tapi kita juga tidak menegah mereka menggunakan handphone, kita tak menegah mereka keluar dengan kawan-kawan. Ada sesetengah ibubapa lagi seronok bila anak ada girlfriend/boyfriend. Laku juga anak aku..... He he he kebanyakan dari kita perasan bahawa kita ahli syurga, sebab itulah kita merasakan apa yang kita buat semua betul. Cara kita mendidik anak juga kita rasakan betul. sedangkan banyak loopholes yang wujud menyebabkan anak2 kita mudah cari jalan untuk menipu kita. Kita hantar anak kita ke sekolah agama, tapi ramai budak sekolah agama rupa-rupanya bercouple.
Saya pernah berkenalan dengan seorang pegawai pemasaran di Hotel Residence, UNITEN (tak tahu samada masih di sana atau tidak). Orangnya freehair. Dia kata dia berkahwin semasa berumur 16 tahun, di tingkatan 4. Bila mak dia dapat tahu dah ada boyfriend mak dia cepat2 nikahkan. Dalamasa yang sama dia meneruskan pengajian, sampai habis SPM. Suami pula support untuk dia tamatkan diploma.
Dunia sekarang mementingkan pelajaran tinggi, kalau belajar tinggi-tinggi boleh jadi kaya, boleh bagi ayah duit. Hidup tak merempat. Ibu bapa tak sanggup nak lepaskan anak kahwin awal, takut tak sempat nak tuai hasil. nanti anak tak dapat belajar tinggi, tak sempat nak balas jasa mak-ayah.Kita nak pulalah merasa hasil titik peluh kita kan? Baguslah tu, jadi kaya. Dah kaya, sibuk dengan kerja, kita lupa tanggungjawab kita pada Allah, pada Islam.
Jadi, kalau nak elakkan anak luar nikah, pada pendapat saya, kenalah hapuskan had umur berkahwin. Bila anak kata, abah, saya nak kahwin, kahwinkanlah, kecil2 pun tak pe, tak payah 3 hari 3 malam, dari kemudian hari terpaksa bela anak luar nikah.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
1 ulasan:
saya setuju dgn kakwani.. pasal lopholes dlm mendidik anak tu..
nanti saya pinjam link ni.. kot2 la nak kupas isu pasal anak luar nikah & sekolah harapan..;)
Catat Ulasan