Setiap hari Rabu di Menara TM ada kuliah "Sifat Solat Nabi" di Tingkat 50 antara jam 1:00 tgh hingga 2 ptg. Setakat ni yang ikuti kelas ni hanya muslimat je.
Kuliah ni agak menarik kerana semuanya bersandarkan hadis sahih, hadis mutawattir dan muttafakun 'alaih, sependapat ulamak tentangnya. Banyak amalan-amalan yang selama ini kita lakukan tak bersandarkan hadis yang hasan(baik), samada tiada hadis mengenainya atau bersandar pada hadis yg lemah.
Antara yang ustaz sentuh tadi ialah cara rukuk dan sujud. Selama ini kita berpegang bahawa sifat solat seorang wanita berbeza dengan lelaki. Yang lelaki mengepak, yang perempuan mengepit. Apa hadis yang kita sandarkan? Tak ada! Ada satu hadis yang mengatakan cara solat lelaki dan perempuan berbeza, tapi hadis berkenaan bertaraf mursal iaitu atas sikit pada dhoif. Hadis mursal ini terputus hingga tabiin sahaja, tidak dinyatakan sahabat yang menyampaikannya, sedangkan tabiin itu tidak pernah berjumpa Rasulullah. Tinggi sikit tarafnya dari hadis yang menceritakan bahawa Hindun memakan jantung Saidina Hamzah. Sahabat mana yang menceritakan kisah berkenaan? Tak ada. Hadis tu bertaraf dhoif.
Ustaz ada menyatakan kebanyakan wanita solat mengepit kerana nampak sopan, tapi kenapa di luar solat tidak sopan? Ramai wanita pakai baju tapi ketat macam lelaki, baju yang pendek dan berseluar. Ada yang bertanya ustaz tak boleh ke pakai seluar. Ustaz kata boleh, tapi biar seluar yang besar dan tak menampakkan tubuh seperti seluar pakistan, dikenakan pula baju yang labuh menutupi seluar berkenaan. Ustaz tanya, apa tujuan pakai seluar? Nak nampak cantik, kan? Nak nampak cantik tu maknanya nak tunjukkan? Nak tunjuk kat siapa? Nak tunjuk kita cantikke? Riak namanya kalu nak menunjuk bahawa kita cantik, boleh jatuh hukum ujub juga. Kedua-dua tu sifat mazmumah iaitu sifat yang dilarang. Ujub maknanya hairan kat diri sendiri, dalam bahasa kita maknanya perasanlah tu. Riak pula maknanya bangga-sombong. Bangga diri cantik, orang lain tak cantik macam aku.
Bagi saya yang jelasnya orang yang berpakaian ketat ni dalam hadis kata orang yang berpakaian tapi telanjang. dibadannya hanya diconteng oleh warna fabrik, tapi hakikatnya tiada rahsia lagi pada pandangan seorang lelaki. Minta maaf terpaksa cakap macam ni. Perkara ni bukan kita baru dengar, dah lama dah dengar, 20 tahun dulu lagi kita dah dengar. Tapi kita rasa seronok kan? Kita rasa seronok bila kawan2 kata kita cantik berpakaian begitu, kita terlupa ajal boleh jemput kita pada bila2 masa saja. Kita belum sempat taubat, Allah dah panggil mengadap Dia. Nauzubillahimin dzalik.
Perkara yang banyak ustaz tekankan ialah melambatkan solat. Tak ada gunanya kita menangis beria-ia masa solat, kepit bukan main lagi, tapi solat zohor dekat Asar. Solat Isyak dekat Subuh, atau satu2 solat fardhu hanya dilakukan 1 jam selepas masuk waktu. Adakah Allah akan sayang pada kita, kalau bila Dia panggil, kita dtang lambat-lambat. Kalau dengan ayah tu, kalau 10 kali panggil baru nak datang, ayah kita makin marah atau ayah kita makin sayang kat kita?
Perkara lain yang ustaz sentuh tadi ialah cara rukuk dan sujud. Sila rujuk posting sebelum ini untuk cara rukuk dan sujud. Kalau tak faham juga, sila hadir Perlatihan Solat Khusyuk Pak Abu Sangkan pada bulan Aril ini di Bangsar