6 Disember 2008.
Kami mandi seperti biasa pagi tu. Pulang dari Masjidil Haram selepas solat Subuh, sudah berduyun2 orang berjalan kaki ke Padang Arafah. Yang menaiki kenderaanpun banyak juga. Agak pelik bila ada yang menaiki lori ke Arafah sambil berdiri berhimpit2. Alhamdulillah jemaah Malaysia semuanya pergi dengan menaiki bas berhawa dingin.
Pagi tu sempat lagi saya siapkan sedikit bekalan untuk mak. Ustazah pesan perjalanan kami mungkin mengambil masa antara 1 jam hingga mungkin 12 jam. Semua bergantung pada jem atau tidak. Jadi jemaah diingatkan supaya membawa air 1L seorang dan bekalan makanan. Dari hari Jumaat lagi saya dah carikan roti dan biskut. Mak mudah lapar. Maklumlah orang kampung, kerja kuat, banyak makan. He he he.
Sepatutnya kena bawa 1 beg je sorang, tapi kami sampai 3 beg 2 orang. Satu beg penuh dengan makanan. Mak beli satu botol untuk isi 5L air. Tu dia. Mak kata ustaz kat kampung pesan suruh bawa air banyak sebab kat Arafah bekalan air terhad. Kak Bariah terkesan dengan mak. Kak Bariah beli 2 botol air 5L. Satu suaminya Mus bawa dan satu lagi Kak Bariah bawa. Mak janji tak nak susahkan saya, dia akan bawa sendiri botol air dia. In the end saya kena bawa 3 barang, beg saya, beg makanan dan botol air 5L. Nak wat camana... layan aje la.
Jam 11 saya mandi sunat ihram dan solat sunat ihram. Jam 12 kami turun makan. Selepas zohor jemaah dari tingkat 9 dan 8 dipanggil turun. Debaranpun bermula. Excited! Sebenarnya ada beberapa speaker dipasang di tangga hotel.Kalau saya tak silap 3 kot, jadi semua pengumuman, kami boleh dengar dengan baik. Mencongak pada masa yang diambil oleh setiap tingkat untuk turun, saya anggarkan kami sempat solat Asar. Tekaan saya tepat. Lepas Asar kami di tingkat 3 dipanggil turun.
Perjalanan ke Arafah menyeronokkan. apa tak seronoknya? Perjalanan ke tempat pertemuan Adam dan Hawa. Tempat yang pernah diziarahi oleh Nabi Allah Muhammad Rasulullah Habiballah. Dibawah ini ialah gambar sepanjang perjalanan.
Ini pula gambar jemaah yang menaiki lori.
Ini adalah Universiti Umm Qurra. Umm Qurra adalah nama lain bagi Mekah. Kalau tak silap Mekah ada sekurang-kurangnya 10 nama.
Dan sepanjang jalan itu berkumandang sahutan seruan dari Allah : labbaikalLLaahumma labbaik labbaikalaa syariikalakalabbaik innal hamda wanni'mata lakawalmulk laasyarikalak
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
1 ulasan:
Salam,
bertuah yer jadi org Malaysia.. jemaah lain ade yg naik lori, jemaah M'sia naik bas berhawa dingin.. Alhamdulillah, memang bertuah rakyat m'sia.
Catat Ulasan