20 Julai 2011

Allah ku

Alhamdulillah..... semakin hari semakin bahagia bersama Allahku. Alhamdulillah semakin diminta semakin Allah memberi.

Kupohon petunjuk, Allah tunjukkan aku caranya untuk menggapai khusyuk melalui hamba-hambanya Pn Noraliza, Pak Abu Sangkan, Pak Yusdeka Putra, Pak Yus Ansori, Pak Mardibros dan ramai lagi.

Melalui solatku, kupohon dibimbing, maka Allah bimbing aku lagi dan lagi dan lagi.....

Aku kelemasan, berhenti seketika, menarik nafas, tapi Allahku tak marah aku, malah terus membimbingku.

Subhanallah! MasyaAllah, sekali saja ku minta, seribu kali Kau datang padaku. Hinanya aku, kerdilnya aku, tapi kau yang Maha Kaya, Maha mempunyai segalanya, yang menciptakan alam ini dengan pelbagai benda. yang menciptakan pelbagai binatang, entah berapa jenis binatang, berapa nama binatang, akupun tak sempat bilang; dengan pelbagai tumbuhan, entah berapa kategori tumbuhan, berapa jenis tumbuhan, tak terhitungkan. Dengan setiap satu ciptaanMu itu berbeza pula selnya. Subhanallah! Allahku Maha Agung, the best inventor, best creator.

Subhana Rabbial Adzim! Engkau yang menciptakan segala jenis batu permata yang ada di dalam tanah, yang digali manusia, kemudian dikejar manusia dan memberikan ia nilai. Subhanallah! Kau yang menjadikan tanah berbagai jenis. ada tanah yg subur, ada yg kontang, ada yg poros. Bagaimana Kau jadikan tanah itu boleh menghidupkan tumbuh-tumbuhan? Maha Bijak Kau ya Allah! Subhana Rabbial Adzim!

Aku minta solat yang khusyuk, Kau berikan aku kefahaman tentangMu, zatMu, kekuasaanMu, keagunganMu, kebijaksanaanMu, kekuatanMu. Rupa-rupanya untuk mendapat solat khusyuk itu aku harus faham tentangMu, mengenaliMu. Terima kasih ya Allah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wani;

Tajuk ini memberi kesan kepada saya. Saya akan membacanya dengan hati terbuka, pembuka jalan untuk mengenali Maha Pencipta, Maha Mentadbir, Maha Pengatur seluruh kehidupanku.

Terima Kasih.

-Mek Sal-

MUHSINA berkata...

Salam...saya terbaca catatan Haji Hajjah.

Kita pergi pada tahun yang sama rupanya. Pakej delima. Hotel Barakkah kan? KT berapa?

Salwani berkata...

KT26. di Arafah khemah P, di Mina khemah D

Tanpa Nama berkata...

Allahku...اَللّهُ اَللّهُ ya اَللّهُ sayangi aku ya اَللّهُ ...... :'(