Tak tahulah mana silapnya, saya mungkin tergolong dalam golongan ibu yang kurang prihatin dengan sistem pendidikan negara. Kita nak anak kita jadi muslim/muslimat soleh/solehah, tapi kita tak tahu apa yang dioffer untuk anak2 kita dalam negara ini.
Untuk anak2-anak saya cuma mendoakan agar mereka menjadi anak yang soleh/solehah dan agar mereka menjadi pejuang dalam menegakkan hukum Allah. Kemudian terfikir untuk hantar anak ke tadika Islam. Bila dah masuk tadika Islam, kawan-kawan ajak masukkan anak ke sekolah rendah Islam. It was a good idea, why not?
Bila tengok dalam report card ada markah untuk solat dan teringat saya ternampak adik kawan saya mendirikan solat semasa berumur 7 tahun, maka saya mula suruh anak solat Subuh dan Maghrib di rumah semasa anak sulung berumur 6 tahun. Kerahan tu akan meningkat setiap tahun.
Saya tak pernah terfikir ke mana nak hantar anak saya untuk pendidikan menengah memandangkan sekolah sekarang juga menawarkan pendidikan menengah. Tapi bila saya dengar bahawa Sekolah Arab di Selangor hanya mengajar matapelajaran Arab sahaja selain dari kurikulum biasa, saya jadi agak terkejut. Bila terlihat pula anak kawan saya yang sekolah Arab, tidak bertudung di rumah, saya mula terfikir, eh ... macamana agaknya sistem pembelajaran di sekolah agama?
Lama saya berfikir tentang pendidikan anak2. Saya tak mahu anak saya ada ilmu, tapi tak ada amal. Kalau boleh saya mahu anak saya berjaya di dunia, berjaya di akhirat. Jadi saya buat keputusan untuk hantar anak saya belajar di sekolah pondok. Suami suruh saya cari pondok moden. Jadi saya terfikir untuk hantar ke Kelantan kerana dengarnya di sana ada pondok moden. Apa itu pondok? Apa itu pondok moden? Wallahu a'lam. Setahu saya pondok adalah satu institusi di mana pelajar2nya kena amalkan apa yang diajar. Kalau dah belajar agama tu, kenalah puasa sunat Isnin Khamis, doa cair di mulut dan dihati bukan takat nak lulus periksa saja. Solat sunat semua jadi amalan, tahajjud, dhuha, witir dan banyak lagi. Itu pandangan dan harapan saya pada institusi pondok.
Jadi saya aim untuk hantar anak ke Maahad Darul Anwar. Kawan saya mengesyorkan hantar ke Gontor, Indonesia, tapi suami kata jauh sangat. Terfikir nak hantar ke Darul Ulum, tapi rasanya kalau hantar ke Kelantan lebih dekat dengan family, kat Kedah tak ada family. Hari Raya Puasa baru-baru ni kami pergi melawat Darul Anwar. anak saya pun suka. Saya search internet, jumpa blog salah seorang pelajar MADA. Seronok tengok blog dia dan dirinya yg pakai purdah.
Bila dapat keputusan peperiksaan, agak terkejut juga sebab dia dapat 4A1B. Cerdik jugak! Ingatkan biasa-biasa je, sebab musim periksa tu dia boleh siap main internet. Kat rumah tak belajar langsung, masuk bilik kroh kroh.
So, parent yg tak prihatin ni, masih tak tahu apa nak buat. Alah 4A, bukan 5A. Lepas tu suami tanya tak nak masukkan ke Maahad Tahfiz Sains ke? Barulah kelam-kabut search internet. 2-3 hari hadamkan benda tu, 26/11/09 saya call pak sedara minta belikan borang di YIK, 28/11/09 borangnya sampai. Perasan habis bila dapat borang, sampai terlupa nak isi. Borang MADA yang dah lama dapat pun belum isi lagi. Isnin 30/11/09 bila dipejabat baru teringat borang tu patutnya kena pos minggu tu. Kelam kabut call anak suruh isi. 1/12/09 poskan borang guna pos laju, 3/12/09 semasa kami dalam perjalanan balik ke Kelantan pihak sekolah telefon borang dah sampai.
Risau juga sebab ujian kemasukan Maahad Tahfiz Sains bertembung dengan ujian di MADA. Tapi kami tawakkal ajelah. MADA maklumkan bahawa ujian boleh diambil pada bila2 masa antara jam 8:30 pagi hingga 12:30. Oleh kerana kami tak dapat hubungi Maahad Sains untuk pengesahan, jadi kami ambil keputusan untuk ikuti ujian di Maahad Sains dulu.
Tu dia ujian dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang merangkumi lisan, bertulis dan hafazan. Ujian lisan tanya tentang akhlak, suruh tilawah dan tanya hukum tajwid. Ujian bertulis tanya anggota wajib wudhu, 4 peperangan penting, perkara wajib solat, hukum tajwid dan jawi. Hafazan pula, pelajar diberi satu mukasurat dari Quran dan minta hafaz dalamasa sejam. anak saya menangis sebab baris terakhir dia tergagap masa diuji. Saya kata tak apa, tak dapatpun tak kisah, sebab dari 368 yg diuji, mereka cuma ambil 60 orang je. Tak dapatpun tak kisah sebab yg lain tu ramai yg dapat 5A. Yang datang ambil ujian tu pun ada yang dah hafal 15 juzuk Al-Quran.
Kesian kami parents yg tunggu lama. Penat woo sebab tak sangka lama cam tu. Sepatutnya pihak sekolah kena buat pengumuman, bagi calon luar Kelatan, ibu-bapa diminta spend masa di Rantau Panjang anggaran 4 jam, dan datang semula ke sekolah jam 1:00 tengahari untuk solat zohor.
Kawan saya kata anaknya belajar di MRSM Tahfiz iaitu di Terengganu. Borang boleh didapati di Pejabat MARA. Tarikh tutup 2 minggu selepas keluar keputusan. Nak wat camana, dah lepas baru tahu.
Bila tengok senarai subjek yang ditawarkan oleh MTS, seronok sangat rasanya. Bila dengar penerangan dari YIK dan Pengetua, lagi berkobar-kobar nak hantar anak ke Maahad Tahfiz kelolaan YIK. Saya berazam untuk merayu kalau tak dapat.
Oleh kerana jam 3 petang baru kami habis berurusan di MTS Tanah Merah, kami hubungi MADA untuk buat appointment. Alhamdulillah anak saya di temuduga jam 9 pagi tadi dan berjaya diterima untuk memasuki MADA.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
8 ulasan:
Kata Pengetua, budak2 ni actually kita boleh push to their limit kalau dapat 5A atau 4A.
Masa dia orang di Ting 1 dan 2, kita push mereka suh buat hafazan je. InsyaAllah dia orang boleh hafaz Quran satu muka atau 2 m/s sehari. Oleh kerana mereka ni dah biasa menghafal, bila sampai Ting 3, mereka dah mula tumpu pada akademik, perkara tu dah jadi senang bagi mereka. Batch pertama kelahiran MTS Tanah Merah, 56 orang dapat 9A PMR.
Seorang anak kawan saya yang belajar di Maahad Muhammadi Perempuan, dalam salah satu peperiksaan dapat 16A, keseluruhan tingkatan, dia dapat kedudukan 98.
Jadi pengetua melahirkan rasa kesian pada anak2 yang dapat 5A tapi terabai, menghabiskan masa dengan bermain bola atau melayari internet, padahal they can do more
anak saya pun menduduki ujian kemasukan ke MTS tu...semasa anak saya ujian tu,saya di luar sentiasa bermohon kepada Allah agar dipermudahkan dia menjawab soalan yg dikemukakan....bg saya adalah tak adil untuk kita bersenang2 ,sedangkan anak kita bertungkuslumus di dalam dewan....pegangan saya.
IQ anak-anak kita semakin meningkat. Terlalu ramai yang pandai-pandai. Tetapi bagaimana dengan EQ dan juga SQ mereka..? Ini juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kita semua sebagai ibubapa. Jangan kita sangka IQ yang tinggi maka EQ dan SQ mereka juga tinggi. EQ dan SQ adalah melalui pengalaman yang mereka alami, rasai, melihat dan mendengar disekeliling mereka. Itu semua adalah diluar kawalan kita sebagai ibubapa. Lebih-lebih lagi dengan teknologi moden pada zaman sekarang. Semua informasi hanya dihujung jari. Wallahualam.
saja berkata.....
Kena ingat juga satu lagi kebiasaanya anak2 yang menghafaz Al Quran akan menjadi "slow" pergerakannya. Selain prestasi akademik, pencapaian komunikasi dan kepimpinan kena ada juga. Ana takut masa cuti sekolah duduk terperuk kat rumah tidak bergaul dengan masyarakat.
Sebab itu kami di MTT, Terengganu, mempunyai perancangan aktiviti jemaah yang lebih terkini dan menyeluruh termasuk musim cuti sekolah.
saja berkata.....
Kena ingat juga satu lagi kebiasaanya anak2 yang menghafaz Al Quran akan menjadi "slow" pergerakannya. Selain prestasi akademik, pencapaian komunikasi dan kepimpinan kena ada juga. Ana takut masa cuti sekolah duduk terperuk kat rumah tidak bergaul dengan masyarakat.
Sebab itu kami di MTT, Terengganu, mempunyai perancangan aktiviti jemaah yang lebih terkini dan menyeluruh termasuk musim cuti sekolah.
salam
nak tnye..
kat MADA tu
temuduga die mcm mne ye??
Assakamualaikum,
saya ibu kepada anak yang baru reach two years, niat di hati, dari die kecil nak dedah dengan dunia tahfiz ni, boleh bagi panduan? Saya mahu anak saya diperingkat menengah didedah juga dengan pelajaran sciences, saluran mana perlu saya ambil..dari die kecim utk memupuk minat nye
Assakamualaikum,
saya ibu kepada anak yang baru reach two years, niat di hati, dari die kecil nak dedah dengan dunia tahfiz ni, boleh bagi panduan? Saya mahu anak saya diperingkat menengah didedah juga dengan pelajaran sciences, saluran mana perlu saya ambil..dari die kecim utk memupuk minat nye
Catat Ulasan