14 Ogos 2009

12 Zulhijjah

Malam ni pertama kali saya mengikuti rombongan jemaah haji Malaysia melontar. (alaaaa... cuma tertinggal sekali je sebab pergi sendiri).

Jam 8 malam kami dikehendaki berkumpul di depan khemah D. Rombongan kami akan disertai oleh Ustaz Ghazali, abang kepda Arwah Asri Rabbani. Dah janji ngan mak dan suami untuk pergi bersama. Mak dah marah sebab semalam dia terpaksa pergi sendiri ikut kawan-kawan.

Jam 8, bulan terang kerana malam ni baru 12 Zulhijjah. Tiba-tiba nampak kawan di depan terpegun. Kami tanya apa yang ditengokkan? Beliau menjawab ada tulisan bismillah di langit. MasyaAllah! Innal 'Aisya 'Aishal aakhirah. Itulah doa yang diajar oleh Ustazah Ummi bila melihat keajaiban di langit. Keajaiban memang banyak berlaku semasa musim haji, jadi Ustazah di maktab kita akan ajar doa ini untuk dibacakan oleh jamaah.

Kami bergerak beramai-ramai sambil berpegangan tangan takut terhilang. Saya, mak dan suami. Pastilah saya di tengah-tengah. Tapi mak sekejap je nak pegang tangan. Maklumlah dah tua-tua nak pegang tangan peliklah pulak. Lainlah budak kecik. Bagi pasangan suami-isteri berpegangan tangan tu perkara biasa kot, tapi janganlah niat lain pulak, takut kurang pahala haji sebab selagi belum tahallul thani, kita masih dalam 3 dari 13 larangan ihram iaitu, bercumbuan dengan pasangan samada cuit-cuit, gesel2(apa-apalah), kemudian bersetubuh dan ketiga berkahwin atau mengahwinkan orang.

Sepanjang jalan tu mak kejap kat depan, kejap kat belakang kejap kat kiri kejap kat kanan. Seronok gak tengok dia, ikut suka dia je.

Kali ni kami dibawa naik escalator. Ingatkan nak pergi satu tingkat je, tu dia depa bawak naik sampai 3 tingkat kot. Satu-satu tingkat tu pulak tinggi. Macam escalator kat LRT Kg Bharu kot.

Bila sampai di atas kami segera menuju ke jamrah yang pertama yang terletak lebih kurang 500 meter dari escalator. Jarak antara satu jamrah ke jamrah lain juga 500 meter.

Sampai di jamrah yang pertama, saya tuju ke tengah sebab orang kata kat tengah-tengah tu lah terletaknya jamrah yang asal dan saya terus melontar satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh! Alhamdulillah. Ingat nak baca doa kat situ, tapi sebab orang ramai saya keluar sikit dan terus berdoa. selesais aya berdoa toleh kiri, toleh kanan tengok mak dah tak ada sedangkan dia melontar kat sebelah saya tadi tu.

Ah sudah!

Saya tunggu kat tempat saya berdoa tadi, tapi mak tak datang, saya pergi ke tempat rombongan, tapi mak tak ada kat situ. Rombongan dah nak bergerak. Punyalah hancur hati saya. Mana mak saya?

Masa tu panik tak tahu nak buat apa. Tetiba salah seorang dari petugas THTS kata, ada satu lagi rombongan di belakang, mak saya boleh ikut rombongan lain. Knowing my mom, dia memang jenis tak kisah, bukan jenis penakut, jadi dengan berat hati saya terpaksa tinggalkan jamratul Wula. Mana tahu dia dah ke depan. Mak saya ni dia jalan laju, kadang-kadang kita tak terkejar. Saya jadi confuse samada dia dah ke depan atau dia tertinggal kat belakang. Dalam hati saya berleter gak, orang suh pegang tangan tak nak! Mak!!!!!!!

Saya berlari ke depan mana tau kot-kot mak ikut rombongan lain sebab orang agak ramai jugak, kot dia terdorong ikut rombongan lain, tapi tak ada. Selepas melontar yang ke-3 iaitu di Jamrah Aqabah, terdapat satu lencongan iaitu ke kiri dan ke kanan. Kami diminta ikut jalan kanan. Saya tunggu di situ melihat semua jemaah, mana tau kot-kot ada mak, tapi tetap tak ada. Setelah setengah jam menanti, petugas terakhir yang saya nampak nasihatkan saya agar balik.

Hai.... hati siapalah nak tenang kalau mak yang kita bawak tercicir, hilang entah ke mana. Mina ni besar, mana dia nak pergi? Penat kudrat tua dia nak mencari khemah kami. Kalau kat Mekah tu senang je, boleh tuju kat Masjid balik, tapi ni Mina. Alangkan kami semalam macam lost kat Mina, inikan pulak orang tua.

Setelah sampai di maktab, saya terus cari mak di khemah, tapi tak ada. Saya pergi balik ke muka pintu maktab, tunggu mak kot-kot balik. Setelah setengah jam tunggu baru mak balik. Apa lagi, habis lah saya kena marah. Tak apalah kena marah asalkan mak dah balik.

Rupa-rupanya mak saya melontar 3 kali di jamrah yang pertama, Jamratul Wula! 1,2,3,4,5,6,7. Pas tu dia ambil lagi 7 batu, dia melontar lagi 1,2,3,4,5,6,7. Pas tu dia ambil lagi 7 batu, dia melontar lagi 1,2,3,4,5,6,7. Cewah bagus je. Tetiba tengok depan ada lagi jamrah, ah sudah! Saya tanya dia mak belajar kat mana? Dia kata dia jadi bingung. Lepas melontar baru dia teringat. Memang kami gelak sakan malam tu. Dalam kena marah, gelak pun gelak juga. Kol 12 baru tidur.

Lepas jamrah yang pertama dia cari batu-batu yang orang buang antara jamratul Wula dan Jamratul Wusta. Dapat 7 biji. Untuk Jamratul Aqabah dia minta dari seorang India. Mula-mula dia minta tujuh "Thamaniah!" dia cakap kat orang tu, lepas tu dia minta lagi "'Asyara!" 10! India tu bagi dia 10 batu. he he he, mak aku. Memang pandai bawa diri.

06 Ogos 2009

Berjamu mata dengan kawan2

Maktab kami terletak di hujung terowong Muaissim. Kalau dari arah Jamrah, keluar je terowong, belok kiri terus Maktab 86 diikuti maktab 85, 84, 83 dan 82. Khemah saya Khemah Q, agak terkebelakang dan disebelah kanan lorong dalam maktab 86 tu. Khemah A didepan sekali sebelah kiri. Saya rasa semua jemaah dari Hotel Dallah Barakah tinggal di Khemah Q kot.

Bila dah jumpa Kay dan Kak Hasnah, apa lagi, riuh rendahlah. Mereka ni memang jenis periang. Kami sepakat nak jalan2 di Mina tengok keadaan di luar. Apa lagi... jamu mata shopping.

Banyak barangan yang dijual di sini. Makanan, pakaian, perhiasan, tasbih... semua ada.

Ada jubah sempoi harganya 15 riyal, di Mekah dijual dengan harga 20 riyal. Ada serban cantik harga 10 riyal di Mekah harga 20 riyal, di Jln Masjid India RM15.00. Saya juga beli kalung mutiara untuk kawan2 20 riyal sedozen, kat Mekah 30 riyal sedozen. Kalau kat kedai aksesori kat KL RM5 satu.

Petang tu saya ternampak seorang jemaah lelaki bawa nasi nampak macam sedap je, siap ada tulang besar2. Saya tanya dia beli kat mana. Rupa2nya jemaah dari Thailand. Dia kata dia dapat percuma dari maktab seberang jalan. Rupa2nya ada macam satu badan kebajikan yang akan masak nasi mandy dan diagih percuma setiap hari selepas zohor untuk jemaah dari Asia Tenggara. Bila saya sampai, lauknya dah tak ada, tinggal nasi aje dengan acar. ambik ajelah.

Orang kata tak sah datang Mekah tak makan ais krim. Jadi saya merasalah kat Mina makan ais krim Mekah yag harga 1 riyal tu. Itupun tak habis, saya share dengan Batrisha.

Pelbagai barangan stitch dari Rusia


Yang bawah ni booties untuk budak2 dan cincin

05 Ogos 2009

11 Zulhijjah

Mengingati balik apa yang telah saya lalui kebelakangan ini

8 zulhijjah (Sabtu) bertolak ke Arafah selepas Asar dan sampai hampir masuk Maghrib. Pada masa ini kami sudah berihram haji. solat Jamak Tamam di Arafah.

Masuk Maghrib maka masuklah 9 Zulhijjah tapi belum masuk waktu wuquf. Jam 4 pagi(Ahad) kami diminta bangun untuk tahajjud. Selepas sarapan pagi kami digalakkan tidur sebentar. Jam 10 pagi kami harus bangun untuk bersiap2 untuk wuquf.

Masuk waktu zuhur maka masuklah waktu wuquf, kami solat jamak tamam iaitu Zohor 4 rakaat dan Asar 4 rakaat. Selesai solat kami makan. Sewaktu menanti waktu makan kami terlihat tulisan di langit dari awan, sedangkan awan terlalu payah untuk terbentuk di sini. Waktu afdhal wuquf ialah 10 minit menjelang Maghrib hingga Maghrib.

Bila masuk maghrib maka tarikh berubah ke 10 zulhijjah, masih ada waktu wuquf dan kami mula bergerak ke Muzdalifah untuk mabit di Muzdalifah. di Muzdalifah ternampak tulisan kalimah, berbagai kalimah disebalik bulan dan di dalam bulan sendiri. MasyaAllah! Cantik!

Kami mabit di Muzdalifah hingga luput Subuh. Alhamdulillah dapat solat Subuh berjemaah di Muzdalifah seperti yang Nabi sendiri lakukan. Pagi tu (Isnin) kami bertolak ke Mina.

Tengahari 10 Zulhijjah (Isnin) selepas makan, kami bertolak ke Jamrah untuk melontar di Jamrah Aqabah, kemudian ke Mekah untuk tawaf. Hanya suami yang saie, saya belum saie. Rupa-rupanya hari ni di Malaysia orang sedang berhari-raya haji. Masa tu saya sedang tawaf pada bukan waktu untuk jemaah Malaysia tawaf. Walau bagaimanapun ramai jemaah Malaysia yang tawaf kerana mengejar masa.

Selepas Maghrib, masuklah 11 Zulhijjah, kami harus mabit di Mina, maka kami pulang ke Mina, sampai di Mina jam 10 malam dan sampai ke khemah jam 12 malam.

Pagi 11 Zulhijjah(selasa), mak ceritakan pada saya pengalaman dia melontar semalam. Dia riuh bercerita bahawa dia terjumpa sepupu saya tapi di tak tahu di khemah mana. Alhamdulillah saya dah bekalkan mak dengan satu uncang batu. Pagi tu tak ada apa-apa aktiviti sangat, hanya melepak, baca tafsir dan menjamu mata. Kalau nak mandi, masa ini lah sebab tak ramai orang di bilik mandi, tapi kami dinasihatkan jangan mandi banyak, takut tak cukup air. bilas badan ajelah.

Tapi air di sini laju. Kalau tandas di Arafah cuma ada satu paip iaitu paip bawah sahaja untuk tadah dlm cebok atau ketur, tapi di Mina ada paip dan ada shower.

Cuma ada satu bilik air wanita untuk satu maktab. Untuk maktab 86, ada 5 tandas di bahagian depan dan ada 10 tandas di bahagian belakang. Kalau waktu puncak, 10 orang akan beratur depan tandas. Kalau jam 9 pagi cuma 2 orang beratur depan tandas pada satu masa. Jemaah dinasihatkan untuk masuk ke tandas untuk urusan rasmi sahaja. Kalau nak gosok gigi atau berwudhuk, lakukanlah di luar tandas.

Kami difahamkan bahawa kami akan makan nasi bungkus seperti Muasasah, tapi itu tak terjadi, kami makan secara buffet, dengan air free flow, sentiasa ada air mineral dan air kotak dalam peti ais sepanjang masa. Buah dihidangkan masa makan sahaja. Buahnya sedap MasyaAllah!

Masa ni saya ambil kesempatan untuk ziarah kawan-kawan di khemah lain. Masa ni lah nak ziarah Kay iaitu isteri arwah Azman, Kak Hasnah dan Kamariah di Maktab 85. Saya cuba cari Wan Rosnani di Maktab 84 tapi tak jumpa di Mina.