Semasa kami sampai di hotel dari Mina petang tu, ada beberapa orang jemaah yang dah sampai dan mereka kata mereka berniat untuk bermalam di hotel. Kami tanya boleh ke? Mereka kata "Ustaz Ghazalipun nak tidur hotel malam ni." Ustaz Ghazali adalah adik kepada Ustaz Asri Rabbani. Rupa mereka ada iras-iras.
Saya telefon Ustaz Sapawi [sapawi05@yahoo.com] tanya tentang kawan2 yang berniat untuk bermalam di hotel. Ustaz kata kalau tak nak bermabit di Mina malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah, ambil tiket balik Malaysia dan tak payah buat haji. Keras sungguh kenyataan Ustaz. Saya tanya ustaz kenapa pulak sampai macam tu sekali. Ustaz kata bermabit di Mina tu wajib haji. Apa makna wajib? Wajib ialah perkara yang bila dibuat dapat pahala, jika ditinggalkan berdosa. Manakala wajib haji pula bermakna pekerjaan yang harus dilakukan, bila ditinggalkan, maka harus membayar dam
Bagi orang yang tiada keuzuran maka wajiblah dia bermabit. Orang yang diharuskan tidak bermabit ialah orang yang
1 Takut terancam keselamatan diri atau harta
2 Menjaga atau menemani orang sakit
3 Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
4 Berpenyakit dan sukar bermalam
5 Terpaksa
Suami dah sampaikan pesanan dari Ustaz Sapawi dan mereka balik malam tu juga seperti kami.
Selepas saya pulang dari tawaf, ada sepasang suami isteri dari Terengganu juga berkata mereka berniat utk bermalam di hotel. Mereka baru je sampai jam 4 petang dan sudah tawaf. Saya beritahu kepada mereka tentang nasihat dari Ustaz Sapawi.
Selepas solat Isyak saya turun ke bawah. Saja-saja nak tengok keliling dari duduk je dalam bilik hotel sementara tunggu suami saya. Saya jumpa balik couple tadi yang memperkenalkan satu lagi couple yang juga berhasrat utk bermalam di hotel. Couple pertama sudah beritahu akan saranan dari Ustaz Sapawi. Mereka kata mereka sanggup bayar dam. Saya ingatkan mereka bahawa kalau boleh dalam apa juga ibadah yang kita buat, kalau kita boleh dapat full mark, kita cuba dapat full mark. Kalau boleh jangan ada sedikitpun cacat cela dalam ibadah kita.
Bila saya bertanya kepada Ustaz Zaini dan Ustazah Ummi selepas kerja haji selesai, mereka berkata sebenarnya Ustaz Ghazali balik ke hotel selepas 12 tengah malam. Selepas mereka melontar di 3 jamrah, mereka terus balik ke hotel, tawaf dan saie pada malam tu jugak. Syarat bermabit ialah berada di Mina lebih dari separuh malam. Jemaah yang dibawa oleh Ustaz Ghazali meninggalkan khemah di Mina jam 12 malam, menuju ke jamrah, selesai melontar dalam jam 1:00 pagi (jamrah masih berada di kawasan Mina). Jadi mereka sudah layak utk meninggalkan Mina kerana mereka sudah mabit separuh malam pertama di Mina. Manakala saya dan suami pula bermabit pada separuh malam yang kedua. Saya dan suami sampai di Mina jam 10 malam, berjalan kaki perlahan-lahan ke khemah dan sampai jam 12:00 malam.
Alhamdulillah rakan dari Terengganu tu juga balik ke Mina malam tu juga. Dia kata "Alhamdulillah wani bagitau saya macam tu. Kalau tak saya akan menyesal sepanjang hidup. Saya sanggup datang buat haji ni sekali je dalam hidup saya. Kalau tak sempurna haji saya, mesti saya akan sedih sepanjang hayat. Nak datang balik entah-entah tahun depan lagi mahal kos haji, paling awal 5 tahun lagi baru dapat"
Couple yang kedua tu pula kata mereka sanggup bayar dam. That's it. Terpulang. Macam orang nak solat tak nak solat, kita dah cakap solat tu wajib, kita bukan mak dia nak bawa rotan pukul dia. Dah berdebat 1 jam cukuplah tu. Ustaz kata group yang sampai ke Mekah yang akhir2 tu liat sikit nak hadir kuliah. Maklumlah dah pandai2 agaknya.
Apa yang penting kita nak mencari kesempurnaan.
Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini
4 hari yang lalu
2 ulasan:
Meninggalkan wajib haji dengan sengaja tanpa uzur syar'i hukumnya berdosa dan dikenakan dam. Yang kita takut ialah dosa, walau pun dam boleh bayar, tapi dam bukan penebus dosa. Orang yg meninggalkan wajib haji dengnan sengaja, namanya haji samsing sebab sengaja melanggar perintah Allah. Salah satu tujuan mengerjakan haji ialah supaya diampun dosa. Kalau dalam mengerjakan haji sengaja melakukan dosa, itu haja apa namanya?. Wallahu'alam.
Drs. Sapawi Che Mat,
No. 8, Jalan Memanda 13,
Taman Dato' Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor,
Malaysia.
Tel : 603-42576552
Fax : 603-42576553
HlP : 6019-2213510
ulasan diatas sebenarnya saya copy paste dari e-mail ustaz sebentar tadi. jangan malu2 untuk tambah komen. InsyaAllah ustaz tak baca. Kita2 je yg baca blog ni. tapi kalau ustaz bacapun apa salhnya kan? mana tau ustaz leh balas.
sesiapa yg nak berinteraksi ngan ustaz bolehlah e-mail terus ke ustaz, atau call
Catat Ulasan