14 April 2009

Bermabit di Mudzdalifah

Sampai di Mudzdalifah, kami diarahkan untuk naik bukit sikit. Alah, tak tinggi manapun, 5 kaki je. Sampai diatas, keadaan agak rata. Kami diarahkan duduk atas tikar yang disediakan sementara tunggu masuk waktu bermabit iaitu lebih kurang jam 11:45 malam. Sebaik sahaja masuk waktu untuk bermabit, rombongan pertama akan mula bertolak ke Mina pula. Dari Mina kami diminta menunggu. Kami tidak dibenarkan melontar kerana waktu melontar untuk jemaah Malaysia ialah malam esoknya.

Walau bagaimana bagi yang rasa dia berkemungkinan akan period dalamasa terdekat bolehlah pergi melontar dan tawaf haji pada malam ini juga. Tapi kena pergi sendiri! Pihak pakej tidak akan menemani peserta yang nak pergi diluar waktu melontar yang ditetapkan. Bagi yang nak pergi sendiri juga dinasihatkan tidak memakai apa-apa pakaian atau membawa barangan yang menunjukkan bahawa mereka adalah jemaah Malaysia, bagi mengelakkan kerajaan Malaysia dikenakan denda oleh Kerajaan Arab Saudi seperti dikurangkan kuota haji dan sebagainya.

Oleh kerana terpesona dengan suasana yang ramai orang, saya snap beberapa gambar. Antaranya gambar yang menyebabkan suami saya jadi famous kerana e-mail yang mengandungi gambarnya disebarkan kepada ramai orang yang memahami Bahasa Malaysia sepeti yang saya siarkan dalam artikel bertajuk Orbs Bukan Perkara Ajaib. Sila baca artikel berkenaan untuk penjelasan lanjut.

Boring juga duduk-duduk saja, saya tinjau ke segenap tempat yang menempatkan jemaah pakej. Di Mudzdalifah semua jemaah pakej tak kira dari Tabung Haji dan pakej-pakej swasta akan berkumpul di satu tempat. Luas juga kawasannya. Saya tak pasti berapa ramai, tapi jemaah THTS sahaja dalam 2200 orang. Sebahagian dari jemaah THTS dikumpulkan di Maktab 86. Saya lihat di Mina jemaah pakej adalah dari maktab 82 hingga maktab 85. Jemaah THTS yang ditempatkan di Maktab 85 ialah pakej yang mahal sikit.

Satu keajaiban yang saya perasan sejak saya sampai di Mudzdalifah ialah bulannya pelik sikit. Saya cuba renung bulan, tapi saya tak pasti. Takkanlah ada tulisan pula di bulan ni. Saya nampak ada 3 jaluran macam ada tulisan yang merentangi bulan, tapi terletak dibelakang bulan. Takke pelik tu? Bulan tu sendiri, corak didalamnya agak ganjil, bukan macam corak yang kita biasa tengok di Malaysia. Selepas pulang dari Masya'er baru kawan2 tanya, "Nampak tak tulisan kat bulan masa di Mudzdalifah? Macam slide show kan?" Haaa.... betul tu! Saya ingatkan saya sorang je yang perasan, rupa-rupanya ramai lagi! MasyaAllah! Subhanallah! Dan nikmat Tuhan kamu yang manakah lagi yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)

Bila bermula waktu mabit, maka bas pertama bertolak ke Mina. Cukuplah bermabit hanya sekejap di Mudzdalifah. duduk seminitpun dah dikira bermabit di Mudzdalifah. Rombongan pertama yang bertolak ialah rombongan yang mula-mula sampai di Mudzdalifah tadi. Kami yang sampai lewat ni, kami buat tak tahu ajelah. Tak nampakpun orang surut, jadi kami tidor ajelah. Good nite!

10 April 2009

Wuquf di Arafah

Selesai makan tengahari, saya mencari port di tempat yang agak teduh tapi tidak terhijab dengan langit. Saya bentang tikar yang dihadiahkan oleh Telekom semasa di Kelana Jaya. Mak tak nak keluar sebab dia masih belum sihat. Tak apalah, nanti sakit kepala pulak susah juga. Saya duduk berdekatan dengan 2 orang Ustazah dari Johor di sebelah khemah kami.

Pukul 5 dah terasa penat sikit. Saya keluar dari tempat persembunyian dan berjumpa dengan suami yang dah pun keluar. Kami menikmati suasana Arafah, melihat kegembiraan jemaah lain menikmati udara Arafah di hari wuquf. Inilah baru nak bersiar-siar di Arafah ini sebelum kami bertolak ke Mudzdalifah malam nanti. Macamanalah agaknya suasana di Arafah ini lebih kurang 1365 tahun yang lalu semasa Rasulullah melakukan Haji Wida'?

Dalam khemah kami ada pokok dan ada daunnya. Ramai yang bimbang takut tercabut pulak daun di Arafah ni, nanti kena dam. Ustazah beritahu bahawa Arafah ialah tanah halal, maka kalau kita mencabut pokok di tanah halal, tidak dikenakan dam. Begitu juga kalau kita terbawa balik debu dari Arafah, tidak dikenakan dam. Tikar yang saya gunakan di Arafah masih melekat debunya kot sebab saya masih simpan dan belum pernah buka sejak balik dari Arafah. Siapa nak? Lelong! Lelong! RM17,490.00. Ha ha ha! Harga pakej yang saya ikuti.

Waktu maghrib masuk awal iaitu lebih kurang jam 5:30 petang. Kami siapkan barang-barang untuk bertolak ke Mudzdalifah dan meninggalkan bumi Arafah.

Kumpulan yang pertama bertolak sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib. Tak apalah, mereka boleh solat Jamak Taakhir di Mudzdalifah. Dari Mudzdalifah nanti kenderaan pertama nak bertolak ke Mina akan berlepas pada jam 12 tengah malam, jadi masa nak solat tu memang panjang. Pasal makanan, pihak THTS pasti sediakan.

Selepas solat Maghrib, kami mula menikmati makan malam. Lepas makan Kak Salmah bagitau Makcik Ani hilang. Mak risau sangat dengan kehilangan makcik Ani. Mak suka berkawan dengan Makcik ani, sebab Makcik Ani agak kelakar. Saya bantu cari dari khemah ke khemah dan temankan Kak Salmah jumpa pegawai THTS. Dari jemaah lain kami dapat tahu makcik Ani telah dibawa ke tempat Muasasah oleh tukang masak THTS. Ni mesti kes dia tak tahu bahawa dia ikut pakej. Kesian Kak Salmah tak lalu makan mengenangkan maknya.

Kami menanti bas untuk ke Mudzdalifah di kawasan yang disediakan mengikut pakej dan hotel.

Perjalanan ke Mudzdalifah hanya memakan masa 2 jam. Walaupun hanya 9km, tapi dengan bilangan jemaah yang ramai dari seluruh dunia, tempat yang dekatpun pastilah memakan masa yang lama.

07 April 2009

9 Zulhijjah 1429 Hijri

Masuknya tarikh 9 Zulhijjah ialah bersamaan masuknya waktu Maghrib hari berkenaan. Berlainan dengan waktu Masehi yang mana tarikhnya bermula pada jam 12 tengahmalam.

Jemaah di khemah sebelah iaitu maktab 85 yang didominasi oleh pakej Rayhar, mula menggiatkan ibadah seawal jam 9:00 malam. Mak saya sudah gelisah dan mengejutkan saya supaya bangun bertahajjud. Saya ingatkan mak bahawa jemaah kami akan bangun jam 4 pagi.

Saya agak bimbang tak dapat mandi kalau semua orang bangun jam 4 pagi, jadi saya bangun awal sikit. Kalau tak silap saya jam 2:30 pagi saya dah bangun. Saya ni sebenarnya alergik dengan peluh. Kalau berpeluh, saya selalunya mudah gatal. Jadi seboleh-bolehnya saya akan cuba mandi. Lagipun rasa saya, sempat kot saya mandi.

Toilet di Arafah ni digunakan hanya setahun sekali, iaitu pada hari wuquf. Jadi, kata ustaz, nyamuk di Arafah cuma berpesta setahun sekali, maka bersedialah untuk digigit.

Khemah saya di Arafah kalau tak silap khemah P. Khemah saya ni berada dalam kumpulan yang banyak khemah wanita. Jadi, bila saya masuk ke toilet, ramailah orang yang beratur di belah yang mengadap khemah saya. Jadi, saya pergi ke belah sana yang nampak kurang orang. Memang satu toilet, seorang saja yang beratur. Jadi dalam risau boleh sempat mandi ke tidak, saya rasa pasti saya sempat mandi.

Sedang saya sedap mandi tetiba pintu diketuk orang. walaupun saya cuma sempat mandi secebok, sabun dan terus mandi secebok lagi. Bila saya keluar, malunya saya sebab dah 5 orang beratur dengan muka masam depan toilet berkenaan.

Selepas mandi, tempat wudhu ialah di luar toilet.

Seleasp solat Subuh, makan pagi, solat Dhuha dan sebagainya, jam 9 pagi kami sudah diarahkan tidur. Jam 11 pagi kami sudah bangun. Bukan boleh tidur sangat kalau kita tak biasa tidur pada waktu berkenaan.

Selepas membersihkan diri kami bersiap-siap untuk solat zohor. Bila masuknya zohor 9 Zulhijjah, maka masuklah waktu wuquf. Himpunan doa, samada untuk diri sendiri dan yang dikirim oleh kawan-kawan dahpun beratur dalam beg hitam saya.

Kami solat Zohor Jamak Tamam dengan Asar. Selepas solat kami bersedia untuk makan, sebab selepas makan kami digalakkan beribadat sebanyak-banyaknya dan berdoa sebanyak-banyaknya. Sedang kami menanti untuk makan tetiba riuh kawan-kawan di luar mengatakan ada tulisan di langit. MasyaAllah! Saya antara orang yang menyaksikan tulisan berkenaan! Di kanan saya tertulis perkataan Allah, dikiri saya tertulis perkataan Muhammad. Subhanallah! Ada doa khas yang perlu dibaca pada waktu ini. Tanyalah ustaz/ustazah anda! Tak ada seorangpun yang teringat untuk ambil kamera.

Subhanallah! MasyaAllah! Allahu akbar. Ya Allah, engkau tuhanku, aku ini hambamu. Ya Allah, Engkau Maha Benar, PerkataanMu benar, janjiMu benar, nabiMu benar, syurga neraka itu benar dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah terlalu banyak dosaku sedangkan terlalu banyak nikmat yang Kau telah berikan padaku. Aku malu padaMu ya Allah, tapi Engkaulah sajalah pengampun dosa ya Allah, maka ampunkanlah segala dosaku.

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, tapi aku tak sanggup masuk nerakaMu. Oleh itu ya allah, terimalah taubatku, ampunkahlah dosaku. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengampunkan segala dosa.

04 April 2009

Di Padang Arafah

Tibalah waktu yang membezakan antara umrah dan haji. Bagi orang yang tidak berwuquf di Padang Arafah, tiadalah haji bagi mereka.

Bagi yang tidak dapat melontar, mereka boleh membayar dam. Bagi yang tidak dapat bermabit kerana sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak, mereka boleh membayar dam, tapi jika tidak wuquf di Arafah, atas apa alasan sekalipun, samada sakit atau takut kepada pemiutang atau takut ditunggu oleh musuh yang hendak membunuhnya, maka tidaklah dia dapat haji.

Rukun inilah yang dinantikan oleh semua jamaah pada 8 Zulhijjah itu. Sabar? Tak sabar? Entahlah. Yang penting saya menanti saat itu. Sudah diingatkan kepada semua jamaah agar tidur secukupnya agar kita dapat berdoa sepuas-puasnya pada waktu wuquf.

Walaupun wuquf adalah bertempat di Padang Arafah, saya menghantar sms kepada beberapa orang rakan dan saudara agar menyertai kami berdoa pada waktu wuquf. Saya nyatakan waktu wuquf di Arab Saudi dan terjemahan waktunya di tanahair agar mereka juga dapat berdoa. Pastilah lain tarafnya berdoa di Arafah dan berdoa di tempat-tempat lain pada waktu itu, tapi saya ingin berkongsi perasaan yang saya alami waktu itu dengan teman-teman dan saudara-mara. Perasaan saya pada waktu ini? Saya masih mengingati saat sesyahdu itu. Saat doa diangkat tanpa hijab. And I were there!

Kami telah diingatkan bahawa kumpulan kami akan bangun untuk bertahajjud pada jam 4 pagi. Kami akan bertahajjud hingga subuh. Selepas sarapan pagi dalam jam 10 pagi kami akan dipaksa tidur agar kami dapat cukup rehat dan boleh berjaga sepanjang waktu wuquf.

Waktu wuquf adalah selepas masuknya waktu zohor 9 Zulhijjah hingga sebelum masuk Subuh 10 Zulhijjah. Waktu yang paling afdhal ialah sebelum Maghrib. Tapi kami akan meninggalkan Arafah sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Sebaik sahaja meninggalkan Arafah, tiada lagi wuquf, sebab wuquf hanya berlaku di Padang Arafah. Maka kami diminta pulun berdoa antara waktu zohor sehingga Maghrib.

Di Padang Arafah juga jemaah diminta melakukan solat Jamak Tamam iaitu menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor tanpa menqasarkan kedua-duanya, maknanya, walaupun kita solat jamak, tapi kita kena lakukan 4 rakaat juga, bukan dua rakaat seperti lazimnya sebab penginapan kita ialah di Mekah, jarak antara Mekah dan Arafah tak sampai 2 marhalah. Kita boleh jamak kerana kita dalam menunaikan ibadah dan bersusah-payah, tapi tak boleh melakukan qasar sebab kita bukan bermusafir.

Di Padang Arafah juga kami diingatkan agar melihat ke langit sebab keajaiban pasti berlaku.

04 Mac 2009

Tiba di Arafah

Perjalanan ke Arafah tidaklah lama sangat, sekitar tak sampai 2 jam kami dah tiba di Arafah. Alhamdulillah perjalanan kami hanya sedikit tersangkut bila driver tak pasti lorong mana yang harus diikuti. Adalah dalam 20 minit kami tersangkut kot.

Ini keadaan dalam bas kami ke Arafah. Kat tengah-tengah tu, ruang berjalan tu penuh dengan beg. Kebetulan saya dan mak duduk di barisan kedua akhir. Suami dapat tempat duduk first class, barisan paling belakang.



Ini bukanlah kali pertama kami tiba di Arafah. Semasa program ziarah yang dianjurkan oleh THTS selepas beberapa hari tiba di Mekah, kami dah datang ke Arafah. Kami dah ditunjukkan tempat2 sekitar Arafah dan dibawa ke Mina dan Muzdalifah. Masa lawatan tu kami dibawa ke Jabal Rahmah, tempat pertemuan Hawa dan Adam. Pada musim haji ni, jangan harap dapat ke sana. Dahlah orang ramai, bukan tempat kita pulak tu. Janganlah cari pasal 9 Zulhijjah nak cari Jabal Rahmah. Jabal Rahmah tu kecik je. Tak dapat nak menampung 3 juta ummat Islam yang datang menunaikan haji.

Inilah pemandangan dari luar khemah maktab 86.



Ini pula adalah 'kandang' untuk kami menunggu bas untuk ke Muzdalifah esok



Cewah! Bukan main cantik lagi kerusi untuk jemaah pakej. Untuk jemaah muasasah kerusi biasa je. Alhamdulillah ada gak kerusi.



cantik susunan kerusi tu sekejap je. Bila waktu makan, penuhlah jemaah haji lepak di situ.

03 Mac 2009

Perjalanan ke Arafah

6 Disember 2008.

Kami mandi seperti biasa pagi tu. Pulang dari Masjidil Haram selepas solat Subuh, sudah berduyun2 orang berjalan kaki ke Padang Arafah. Yang menaiki kenderaanpun banyak juga. Agak pelik bila ada yang menaiki lori ke Arafah sambil berdiri berhimpit2. Alhamdulillah jemaah Malaysia semuanya pergi dengan menaiki bas berhawa dingin.

Pagi tu sempat lagi saya siapkan sedikit bekalan untuk mak. Ustazah pesan perjalanan kami mungkin mengambil masa antara 1 jam hingga mungkin 12 jam. Semua bergantung pada jem atau tidak. Jadi jemaah diingatkan supaya membawa air 1L seorang dan bekalan makanan. Dari hari Jumaat lagi saya dah carikan roti dan biskut. Mak mudah lapar. Maklumlah orang kampung, kerja kuat, banyak makan. He he he.

Sepatutnya kena bawa 1 beg je sorang, tapi kami sampai 3 beg 2 orang. Satu beg penuh dengan makanan. Mak beli satu botol untuk isi 5L air. Tu dia. Mak kata ustaz kat kampung pesan suruh bawa air banyak sebab kat Arafah bekalan air terhad. Kak Bariah terkesan dengan mak. Kak Bariah beli 2 botol air 5L. Satu suaminya Mus bawa dan satu lagi Kak Bariah bawa. Mak janji tak nak susahkan saya, dia akan bawa sendiri botol air dia. In the end saya kena bawa 3 barang, beg saya, beg makanan dan botol air 5L. Nak wat camana... layan aje la.

Jam 11 saya mandi sunat ihram dan solat sunat ihram. Jam 12 kami turun makan. Selepas zohor jemaah dari tingkat 9 dan 8 dipanggil turun. Debaranpun bermula. Excited! Sebenarnya ada beberapa speaker dipasang di tangga hotel.Kalau saya tak silap 3 kot, jadi semua pengumuman, kami boleh dengar dengan baik. Mencongak pada masa yang diambil oleh setiap tingkat untuk turun, saya anggarkan kami sempat solat Asar. Tekaan saya tepat. Lepas Asar kami di tingkat 3 dipanggil turun.

Perjalanan ke Arafah menyeronokkan. apa tak seronoknya? Perjalanan ke tempat pertemuan Adam dan Hawa. Tempat yang pernah diziarahi oleh Nabi Allah Muhammad Rasulullah Habiballah. Dibawah ini ialah gambar sepanjang perjalanan.




Ini pula gambar jemaah yang menaiki lori.




Ini adalah Universiti Umm Qurra. Umm Qurra adalah nama lain bagi Mekah. Kalau tak silap Mekah ada sekurang-kurangnya 10 nama.



Dan sepanjang jalan itu berkumandang sahutan seruan dari Allah : labbaikalLLaahumma labbaik labbaikalaa syariikalakalabbaik innal hamda wanni'mata lakawalmulk laasyarikalak

20 Februari 2009

Siapkan Doa

Hari wuquf telah ditetapkan pada 7 Disember 2008. Kami akan bertolak pada 6 Dis 2008. Berdebar menanti waktu wuquf, waktu yang paling mustajab doa. MasyaAllah!

Maka persiapan untuk wuquf ialah mengumpulkan semua doa, mengarang doa dan memahami semua doa yang dikirimkan. Sebelum bertolak lagi saya dah baca semua doa yang dikirimkan oleh sahabat dan saudara-mara. Saya simpan dan letak dipoket tepi beg sandang. Di Madinah saya cuba hadamkan sekali lagi.

Di depan kaabah di satu subuh saya teringat doa-doa berkenaan, lalu saya buka dan baca doa-doa yang minta dibacakan di Tanah Suci. Kata ustaz/ah ada tempat2 di dalam Masjidil Haram ini yang doa dimakbulkan. Kata ustaz/ah 20 rahmat diturunkan bagi orang yang melihat kaabah. Lalu saya bacakan doa sambil sesekali mata menjeling kaabah mengharapkan semua permintaan yang dipinta Allah makbulkan. Dan saya berniat untuk bacakan sekali lagi pada waktu wuquf.

Disamping tu saya tambah sikit lagi dalam senarai doa saya, apa-apa yang saya belum tulis lagi. Ada juga doa yang saya sebutkan tiap-tiap hari tanpa jemu dan saya rancang untuk sebut lagi pada waktu wuquf.

Subhanallah! Ajaibnya doa yang saya bacakan dari kertas yang diberikan cucu saudara saya semuanya dah makbul. Meremang bulu roma saya bila cucu saudara saya bagitau selepas saya pulang. Betullah kata ustaz/ah, jangan sebarang cakap di Mekah, benda yang kita doa dengan bukan sepenuh hatipun Allah makbul. Manakan tidak, saya tak kenalpun kawan2 cucu saudara saya, saya bacakan doa kiriman mereka cuma sekadar menunaikan amanah. Tapi Subhanallah Alhamdulillah, Allah makbul! Yang lain saya tak tahulah pulak. Banyak orang kirim doa, tapi saya tak tanya semua.

Kepada anda yang nak pergi menunaikan haji tahun ini, kalau kawan2 ada kirimkan doa, kumpulkan dan print doa berkenaan. Kalau boleh guna Arial font 18, biar besar, senang baca. Cucu saudara saya tu tulis tangan, tulisan cikgu, besar2 cantik tulisannya, senang baca. Bagi yang nak kirim doa pula, buatlah ayat betul-betul, jangan sampai orang yang baca tak faham, apa dia ni nak sebenarnya.

Bagi yang nak pergi haji tahun ini saya nak kirim doa ni, yang berbunyi

"Ya Allah ya Tuhanku, murahkanlah rezeki Salwani Ali dan keluarganya agar dia dan keluarganya dapat pergi lagi menunaikan haji dalam keadaan sihat. Ya Allah, jadikan Salwani Ali disayangi oleh semua orang yang mengenalinya. Ya Allah berikanlah rezeki yang banyak kepada Salwani Ali, kaya di dunia dan kaya di akhirat. Ya Allah jadikanlah anak-anaknya iaitu Zahidah Hamdi, Ahmad Danial Hamdi dan Haikal Hamdi, orang-orang yang warak, berilmu, zuhud dan rajin beribadat. Jadikanlah mereka antara pejuang dalam menegakkan agamamu. Ya Allah matikanlah Salwani Ali dan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman, masukkanlah mereka semua kedalam syurgamu dengan mudah. Amin"

18 Februari 2009

Persiapan ke Masya'er

Sebelum bertolak ke Masya'er beberapa siri ceramah telah diatur oleh pihak THTS mengikut KT. Kalau tak silap ada 3 kumpulan semuanya. KT22 dengan KT24, KT26 dengan KT42. Satu kumpulan lagi saya tak ingat KT berapa, tapi mereka ni group yang datang ke Mekah dahulu, selepas haji baru mereka akan bertolak ke Madinah. Dalam group ni termasuklah pengacara Jejak Rasul tahun lepas. Ceramah disampaikan oleh Ustazah Ummi dan Ustaz Zaine. Kedua-duanya dari Johor.

Sebelum bertolak ke Mekah iaitu semasa di Madinah, jemaah dah diingatkan tentang pantang-larang dalam ihram, ada 13 semuanya. Kemudian di Mekah pula jemaah diingatkan untuk

  • Masya'er bermakna Arafah, Mina dan Muzdalifah. Masya'il Haram bermakna Muzdalifah

  • Jangan niat haji dahulu, tunggu arahan dari THTS.

  • Bertolak ke Arafah pada 6 Disember 2008

  • Nombor tilam dan nombor khemah di Mina dan Arafah akan diberikan, sila tampal di pas haji.

  • Arafah di Kem 86 Street 9, Mina tiang 1/108

  • Cukur bulu ari2

  • Cukur bulu ketiak

  • Andam misai/janggut

  • Potong kuku tangan dan kaki

  • Kemaskan barang-barnag yang nak dibawa. Jemaah diingatkan untuk bawa barang satu beg sahaja iaitu beg sandang yang dibekalkan oleh THTS. Beg kami dari Selangor warna purple. Bagus beg ni, boleh tarik dan boleh sandang macam beg sekolah. Kena bawa sejadah, tikar Telekom, air mineral (takut terkandas) dan sedikit roti.

  • Bermaaf-maafan antara suami/isteri, dengan ibu atau bapa.

  • Tunggu arahan-arahan dari THTS untuk waktu turun menaiki bas

  • Mandi sunat ihram sebelum bertolak, samada pada paginya atau sebelum zohor

  • Jemaah dinasihatkan agar tidak solat zohor di Masjidil Haram pada hari keberangkatan ke Arafah, kerana bas pertama akan bertolak selepas zohor, ditakuti ada yang terlepas bas.

  • Jemaah diingatkan agar tidak pergi shopping atau merayau-rayau ke mana-mana ditakuti ditinggalkan rombongan.

  • Waktu makan akan dipercepatkan.

  • Memakai pakaian ihram selepas solat zohor atau seawal jam 10:30 pagi.

  • Astaghfirullahal Adzim. Allazi Laa ilahailla. Huwal Hayyul Qayyum Wa atuubu ilaih (Sila cari ejaannya dalam jawi)

  • Mengucap syahadah3 kali

  • Berselawat

  • Jemaah akan dipanggil mengikut tingkat. Tingkat yang paling atas akan dipanggil dulu. Tingkat lain sila tunggu di bilik. Jangan turun ke bawah untuk menonton jemaah lain berangkat ke Masya'er, kelak akan menyebabkan keadaan kelam-kabut di lobi hotel.

  • Kunci bilik bila semua telah keluar

  • Serahkan kunci bilik di lobi hotel

  • Simpan barang berharga di bilik

  • Jemaah hanya dibenarkan membawa SAR300 sahaja

  • Ustaz dan Ustazah akan tunggu di lobi hotel untuk mengingatkan jemaah supaya berniat haji.

  • Talbiah 3x

  • Selawat seperti di Tahiyyat Akhir

  • Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah, Wana'uzubika min sakhatika wannar (Sila cari ejaannya dalam jawi)

  • Wasallallahu 'ala saidina Muhammad, Wassalamun 'alalmursalin walhamdulillaHi Rabbil 'aalamin (Sila cari ejaannya dalam jawi)

  • Jarak antara khemah Mina dan Jamrah ialah 3.7km. Jarak antara Jamrah terakhir dan Mekah ialah 7km

  • Jemaah Malaysia akan melontar malam selepas jam 8:30 malam.

  • Selepas melontar pada pagi 13 Zulhijjah, jemaah akan bertolak selepas sarapan pagi.


MasyaAllah! Astaghfirullahal 'Adzhim. Subhanallah! Waktu yang ditunggu-tunggu hampir tiba.

17 Februari 2009

Masalah Haidh dan cairan

Penulisan saya kali ini mungkin akan disalah-ertikan oleh sesetengah pihak. Mungkin ada yang berkata penulisan ini agak taboo. Tapi saya rasa kena perjelaskan juga untuk kebaikan jemaah wanita. Bagi kaum lelaki saya rasa kurang manis baca tajuk ni. Tapi kalau nak tahu juga untuk memperingatkan anak dara kita atau isteri, tak salah kalau nak baca kot.

Permasalah fekah yang paling utama mengganggu jemaah wanita ialah permasalahan haidh. Ramai orang akan tanya “You inject untuk halang period tak?” Sebenarnya haidh ni tak perlu dihalang. Perkara yang tak boleh dilakukan untuk kerja haji dan umrah semasa haidh hanyalah tawaf, sebab tawaf tu syaratnya mesti bersih dari hadas besar dan hadas kecil. Maknanya untuk menunaikan tawaf kita mestilah berwudhu.

Bila kita didatangi haidh kita masih boleh wuquf di Padang Arafah, boleh berzikir, berdoa di hari Arafah, berdoa di Muzdalifah dan Mina, masih boleh melontar jamrah, boleh bersaie.

Ada orang yang mengamalkan masukkan air dalam botol dan baca doa tertentu agar haidh terhalang semasa di tanah suci kemudian botol tu ditinggalkan di Malaysia. Bila saya ceritakan kepada dua pupu saya, Ust Sapawi, bukan main marah lagi dia. Katanya kenapa nak halang perkara tabi’i yang Allah dah kurniakan? Haidh tu kan benda natural yang Allah anugerahkan kepada wanita. Kalau dihalang, takut lain pulak kesannya nanti pada tubuh kita. Saya ni memang selalu kena marah ngan Ustaz, tapi tak apalah, kita anggap marah adik-beradik, untuk kebaikan kita juga. Kalau tak kena marah, kita leka dan banyak buat silap.

Semasa dalam haidh kita masih boleh berzikir, boleh tolong orang, boleh bersedekah. Zikir tu nampak macam lekeh je, tapi kalau kita berzikir dengan sepenuh hati kita, kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Bercinta dengan Allah itu mendamaikan, cubalah!

Masalahnya ialah period kita selalunya berekor. Hari ni dah mandi, esok ada lagi. Kata ustazah, kalau nampak macam dah bersih, tunggu lagi 2 jam baru mandi. Kemudian bolehlah kita solat, tapi jangan tawaf dulu. Ustazah kata tunggu 24 jam. Kalau dalamasa 24 jam dah tak ada apa-apa bolehlah kita tawaf. Kalau dah lepas tawaf tengok ada lagi, tu dah dikira penyakit. Tapi awas! Pastikan bahawa yang keluar tu bukan semasa tawaf. Kalau keluar katakan masa di pusingan ke-4, kita kena ulang balik pusingan ke-4, ke-5, ke-6 dan ke-7.

Katakan kita tak nak tunggu 24 jam, kita nak pergi tawaf juga sebab kita dah janji dengan kawan nak tawaf sama-sama. Kalau dalamasa 24 jam dari masa kita mandi tu, tak ada keluar apa2, Alhamdulillah selamatlah. Tapi kalau masih keluar haidh, kenalah ulang balik tawaf berkenaan. Kalau dah buat saie lagi naya. Jadi, kalau periodnya belum habis betul, jangan buat saie dulu. Buat tawaf, balik bilik, periksa dulu. Tunggu 24 jam, kalau tak ada apa2, bolehlah saie pula.

Banyak betul pahala Ustazah Ummi, Ustazah Yaminah dan Ustazah Yusna yang telah mencurahkan ilmu kat saya, dapatlah pula saya curahkan ilmu di blog ni.

Setiap wanita akan sentiasa keluar cairan dari bunga kekwanya. Paling kerap ialah setiap 2 jam. Jadi kenalah sentiasa perhatikan samada ada kotoran atau tidak. Bila keluar cairan, maka batallah wudhu kita. Cairan ni kena perhatikan juga agar dia tak melekat di spender kita. Kalau melekat di spender dan kita pakai untuk solat, najis tu, takut tak sah solat kita.

Cairan ni kadang2 tak nampak pun, tapi bila kita cium ada baunya. Sebaik2nya pada setiap masa kita pakai panty-liner. Panty-liner ni menyelamatkan saya bila kami terkandas penerbangan tempohari. Masa tu beg semua dah masuk ke bonet kapal. Kami cuma ada handbag je. Alhamdulillah dalam tu ada bekalan panty-liner.

Kalau kita nak ke masjid dan berhajat untuk iktikaf lama di masjid atau kalau kita nak tawaf yang mungkin memakan masa 1 jam kemudian sambung tunggu waktu solat pula, kalau kita bimbang najis akan keluar, maka kita hendaklah sumbat sikit bunga kekwa kita tu dengan kapas kemudian pakailah panty-liner. Kapas tu kita belilah kapas pembersih muka tu. Sekeping boleh belah dua. Sumbat sikit je asal melekat, tertutup dan tiada cairan yg boleh keluar. Pakai macam ni pada mulanya memang tak selesa. Tapi lama-lama kita nak ibadatpun rasa selesa dan tak was-was, sebab cairan berkenaan akan terhalang dari keluar.

Pada waktu haji, bagi muslimat yang jangka haidhnya akan tiba tak lama lagi, cepat-cepatlah pergi tawaf bila masuk waktunya. Bila masuk waktu tawaf haji? Rujuklah dalam jadual yang saya letakkan dalam blog ni, bawah label Pre-Haji.