Memaparkan catatan dengan label autisme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label autisme. Papar semua catatan

15 Jun 2010

Anakku Autisme 7

Danial dapat cadangan dari Dr untuk mengikuti program inklusive di Kelas khas dalam bulan August 2007. Pikir-pikir, memandangkan lagi 3 bulan je nak habis tahun persekolahan, tunggulah tahun baru dulu, barulah saya akan masukkan Danial ke Kelas Khas. Jadi kami tunggu aje tahun baru.

Sementara tu kami daftarkan Danial dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat kad Orang Kurang Upaya (OKU). Banyak kelebihannya bila dah dapat kad OKU ni, antaranya salah seorang parents dapat pelepasan cukai 5,000.

Guru-guru dan kawan-kawan dah tahu tahun depan Danial akan masuk ke sekolah baru. Dia pun macam happy je nak masuk sekolah baru. Abinya dah plan nak berhenti kerja untuk hantar dan ambil Danial ke dan dari sekolah. Tapi abinya tak nak tunggu dia dalan kelas, means dia tak berapa nak sokong program inklusif untuk Danial.

Perogram inklusif ialah, Danial kena masuk kelas Khas separuh dari masa persekolahannya dan ikuti kelas biasa pada sebahagian lagi waktu persekolahan. Subjek yang diambil bergantung pada peserta, apa yang mereka nak belajar. Semasa mereka dalam kelas biasa, pihak keluarga mestilah menyediakan seorang pembantu yang akan menjaga kanak2 berkenaan dalam kelas. Yang tu abi tak nak. Puas pujuk tak nak juga. Nak wat macamana kan? Sebab dia dah ada plan apa yang dia nak buat selepas berhenti kerja.

Bila tahun baru, kami pergi ke sekolah nak daftarkan Danial, Cikgu bagitau bahawa dia kena mohon dulu untuk menyertai Kelas Khas. Laaa.... ingatkan hantar je budak ke sekolah. Maka kami daftarkan dia ke kelas biasa dulu. So Danial masuk ke kelas 4 Ikhtiar.

Kemudian kami ke Pejabat Pendidikan Khas Negeri di Shah Alam, isi borang dan daftarkan Danial. 3 bulan kemudian Danial dipanggil temuduga di Sekolah Jalan Enam, sebulan kemudian Danial memasuki kelas Khas di Sekolah Jalan Enam, Bangi. Sebelum Danial diterima memasuki kelas Khas, guru kelas asyik bertanya bila Danial akan bertukar kelas sebab Danial berperangai pelik dalam kelas. Macam biasa, jelir-jelir as if dia tu anjing, duduk bawah meja, tak ikut arahan. Kelas tu pulak kelas A, yang mana pelajar kelas berkenaan semuanya pandai-pandai.

17 Mei 2010

Anakku Autisme 6

Pada peringkat awal prestasi Danial biasa je. Result lebih kurang macam kakak dia. Lebih kurang cam 140 of 450 students. Percakapan lebih kepada English tapi bab mengeja lebih kepada Melayu. Maknanya nak eja untuk English, dia kurang sikit la, kalau BM laju je. So, saya ajar dia phonetics.

Masa darjah 1 pada peringkat awal bila cikgu beri arahan dia tak ikut arahan. Puas cikgu suruh duduk, dia buat derk je. Suatu hari cikgu terperasan dia bercakap dalam Bahasa Inggeris, so cikgu cakap kat dia "Danial, sit down" terus dia duduk. Allahu! Akbaru!

Masa darjah 2 Zahidah komplen Danial selalu keluar dari kawasan sekolah. Saya rasa dia curious, apa yang ada diluar sana.

Masa darjah 2 jugalah masa yang paling mencabar. Zahidah mengadu dia rasa malu sangat dengan perangai Danial. Dia boleh merangkak kat sekolah dan berlagak macam harimaulah, macam anjing la. Selalu gak dia makan cara menjilat, malas nak guna tangan. Sedih sangat bila dia cerita orang panggil dia mental. Nak menitik airmata.

Masa exam akhir tahun darjah 2, ada subjek yang dia dapat 86% dan ada yang dapat 4%. Dia buat m/s yg pertama je, lepas tu dia tak buka lagi dah. Kami test balik di rumah suruh dia buat balik, semua betul! Subjek yg dapat markah banyak tu cikgu cerita dia asyik kena suruh Danial buka mukasurat seterusnya. Kemudian barulah kami kelam-kabut setkan balik appointment dia untuk berjumpa doktor.

Doktor di Dispensary TNB syorkan saya bawa dia ke UKM. Buat appointmen dengan Prof Vicky. Yang merawat Danial ialah seorang doktor warga India, dah lupa dah nama dia, dia yang confirmkan bahawa Danial ada mild autisme. Masa tu bawa suami sekali. Barulah dia faham masalah Danial. Ada beberapa ujian. Salah satu tu, yg terakhir, ada 3 bahagian. Bahagian 1 mesti ada 2 of 3, bahagian 2 kena ada 1 of 3, bahagian 3 kena ada 2 of 3, bahagian 4, salah satu dari 4. Danial memenuhi minimum kriteria.

Pada peringkat awal suami macam tak leh terima bahawa Danial autisme. Tapi lama-kelamaan dia faham. Dalam tempoh cuba memahami tu beberapa kali dia bergaduh dengan Danial. akhirnya Alhamdulillah dia dapat terima bahawa anak kami memang bermasalah.

07 Mei 2010

Anakku Autisme 5

Pada hari pertama persekolahan, biasalah saya akan ambil cuti dan hantar anak-anak ke sekolah. bila nampak Danial OK dengan sekolah baru, barulah saya tinggalkan anak-anak dan teruskan dengan acara saya sendiri. Saya bergilir dengan jiran. Saya hantar anak ke sekolah dan dia ambil anak-anak. PEtang tu Za telefon kata Danial hilang, masa tu saya di pejabat di ILSAS. Rasa nak terbang pergi ke SRI ABIM. Tak tahulah berapa kelajuan kereta saya, tapi kalau ada kipas kat atas bumbung kete, pasti saya dah terbang. Rasa macam nak jadi katun, lompat-lompat je kete orang lain, histeria jugak dibuatnya.

Bila sampai ke sekolah, saya tanya mereka apa yg dah terjadi? Zahidah kata ada orang nampak Danial naik bas sekolah. Saya telefon semua bas sekolah - 8 bas semuanya, semua kata tak ada budak nama Danial. Kecuali satu bas je yang tak dapat dihubungi. Saya pasti Danial ada dalam bas tu. Kami dah mula buat joke. Mesti driver tu tanya Danial,

"Rumah kat mana?"
"tak tahulah" (jawapan Danial yang paling common)
"Kat sini ke?", "Bukan"
"Kat sini ke?", "Bukan"
"Kat sini ke?", "Bukan"

Sejak dari awal saya sampai Ustaz Awang menemani saya kononnya cuba untuk tenangkan saya dan berikan bantuan dan sokongan sedaya-upayanya. Terima Kasih ustaz! Akhirnya Ustaz Awang kata "Akak, akak ni coolnya, macam tak ada apa-apa" He he he... kalau perkara buruk nak jadi, kita nangispun tak akan jadi baik. Kalau betul dia naik bas, takkan driver bas tu nak tinggal dia kat mana-mana. Kebiasaan driver bas akan hantar balik ke sekolah.

Alhamdulillah. Betul sangkaan saya. Jam 6:30 petang bas tu hantar balik Danial ke sekolah. Dengan gembiranya dia cerita "Best! Danial dapat naik bas!"

Rupa-rupanya masa dalam kelas cikgu tanya "Siapa balik naik bas angkat tangan" Dia pun dengan bangganya angkat tangan. "OK, siapa yang naik bas, boleh keluar dulu" diapun keluar naik bas yang pertama. Dia sangkakan "Siapa nak merasa naik bas?"

Dahlah anakku tak pandai bercakap, kalau kena jual ke Siam tak tahulah.......

19 April 2010

Anakku Autisme 4

Semasa umur 5 tahun kami bawa Danial jumpa ST di HKL setiap bulan dari bulan Mac hingga July. ST tu lelaki Melayu, saya dah lupa namanya. Selepas setiap kali appointment beliau akan syorkan aktiviti yang perlu dilakukan bersama anak.

On the last visit, dia syorkan saya ajar dia satu buku cerita dan suruh dia ceritakan balik. Susah sangat nak buat sebab dia memang tak faham. Kalau tanya dia balik apa yang dia dah baca, mesti dia cakap "Tak tahulah" Oleh sebab kelemahanaan tak pergi lagi ke HKL jumpa ST yang sepatutnya pada Oktober 2003. Saya gave up. Tak sepatutnya saya buat macam tu. Kalau tak boleh buat, sepatutnya kena jumpa dengan ST dan terangkan masalah. Dari masalah yg timbul mungkin ST tahu apa langkah pembetulan seterusnya. Satu lagi yang menyebabkan saya gave up ialah appointment yg selalu ditangguhkan. Nak buat macamana, dia sorang je kat HKL tu kalau saya tak silap.

Oleh kerana dia dah mula bercakap walaupun tak banyak, lagipun nak hantar ke Ana Montessory di Seksyen 2 tu agak payah bagi saya dan dalam taman kamipun ada tadika, jadi saya pindahkan Danial ke Tadika ABIM Desa Saujana, masa dia berumur 6 tahun.

Saya hantar dia pada hari pertama sekolah, hari yg sepatutnya diadakan assessment. Cikgu lukis gambar rumah dia kata HOUSE! Cikgu lukis gambar kete dia kata CAR! Cikgu lukis hujan dia kata RAIN! Sedangkan budak2 lain diam je tak bercakap. Rupa-rupanya masa akhir tahun masa hari penyampaian hadiah baru saya tahu cikgu letakkan dia dalam kumpulan 5 tahun sebab dia tak faham bahasa Melayu! kwang kwang kwang. Dan Danial dapat no 1 dalam kelas!

Masa 6 tahun ni banyak benda dia hafal, dah boleh baca rumi dan jawi, dah boleh buat pengiraan. Dah boleh solat dengan baik. Anak-anak saya, saya ajar solat masa umur 6 tahun. Depa kena solat Maghrib dan Isyak. Bila masuk Darjah 1 kena solat Subuh pulak. Masa dia orang solat, saya tunggu kat sebelah, tengokkan bacaan dia orang. Doa qunut Danial hafal dalamasa seminggu je. Siapa sangka dia sebenarnya autisme? Tapi cikgu dia, Cikgu Mas tahu bahawa dia autisme.

Danial ni hensem. ramai orang kata dia hensem, kan Eima? , t sekolah ada la makwe yang sukakan dia. Bila kami hantar anak dara Haza Hilmi, si Lina dah tunggu depan gate. Sekarang Haza kat dubai rasanya.

Untuk kemasukan ke Sekolah Rendah ABIM, mereka perlu menjalani ujian. Sepatutnya murid2 jalani ujian bertulis dalam kelas, tapi untuk Danial, saya pujuk cikgu supaya Danial boleh jalani ujian di luar sebab dia tak nak duduk dalam kelas . Saya terpaksa betul2 berintegriti. Maklumlah ujian kelayakan. Saya tak nak la dia layak masuk, tapi tak boleh ikuti kelas. Sebelum ujian Cikgu Mas dah hubungi kawannya di SRI ABIM menceritakan keadaan Danial, jadi apa2 keperluan Danial masa ujian tu, cikgu ikutkan je. Alhamdulillah Danial dapat masuk ke SRI ABIM di kelas 1 Omar iaitu kelas yang kedua dari empat kelas.

01 April 2010

Anakku autisme 3

Saya teringat Kak Teh (Che Puteh Jaafar UNITEN/ILSAS) ada cerita tentang anak saudara dia di Penang. Budak ni pun tak bercakap langsug. Satu hari masa dia umur 4 tahun mak dia perasan dia cakap ngan kucing "What do you want?"

Atuk dia keliling rumah cari gunting tak jumpa. Bila tanya dia, dia pun tolong cari. Pas tu mak dia teringat dia pernah bercakap ngan kucing, so mak dia tanya dia "Did you see the scissor", terus dia pi ambik gunting tu. Addush! Tok dia tepuk dahi .

Suatu hari dia datang dari Penang dan jemput Kak Teh balik. Biasanya Abang Long (suami Kak Teh) datang jemput. Saya selalu tumpang Kak Teh masa tu. Dia selamba je duduk kat belakang wat tak tahu je saya nak masuk. Saya cakap kat dia "Ganjak sikit acik nak masuk" Dia masih buat tak tahu je, masih dok main ngan mainan dia. Tiba2 saya teringat, yang ni kot yang tak pandai cakap melayu tu. Pas tu saya cakap kat dia "Can u please move a bit inside", dia terus masuk ke dalam. Fuh letih budak autisme ni.

Dia pun macam anak saya tak ada kawan kat sekolah.

Saya menyertai satu ngo bernama Parents Resource for Autisme(PR4A) selepas Ahmad Danial disahkan autisme. Kebanyakan ahlinya Chinese. Ada beberapa kerat je Melayu. Sekejap je saya join and I think this NGO is very helpfull.

Members of PR4A pun kata anak mereka lebih mudah bercakap Bahasa Inggeris dari Chinese. Pelikkan? Tapi anak mat salih yang autisme pula tak berapa pandai cakap omputih. Dunia autisme ni memang pelik.

So, pengajian di Ana Montessori mungkin sesuai dengan Danial, memandangkan dari kecik sebenarnya kami selalu sogok dengan CD English. Mana ada CD melayu untuk budak2 masa tu. Sekarang je ada Upin Ipin. Kami ada banyak collection Disney CDs - Magic English. CD ni ajar macam-macam. Dalam salah satu siri tu pasal weather. Ada semua winter macamana, summer macamana, autumn macamana dan spring macamana. Mereka akan gunakan watak2 dalam kartun Walt disney. So, siri ni memang menarik, lagu-lagunya juga menarik. Ada sekali masa umur 4 tahun Zahidah tanya saya, "Ummi kat Malaysia tak de odem ke?" Kita dengan muka tebal terpaksa tanya "Odem tu apa?" "Tu la macam summer, spring, winter, odem". Autumn! Amerikana! Hmmmm....

Dari umur 2 tahun lagi Danial dah tengok CD Sesame Street untuk ABC. Memang Danial dan Zahidah hafal semua skrip CD tersebut.

Jadi tak boleh salahkan budak kalau depa tak pandai cakap Melayu. Siang kita kerja, balik rumah kita sibuk nak buat kerja rumah, kurang bercakap ngan mereka, letak je depan TV, biarkan TV ajar anak kita, end up anak tak pandai bercakap dan tak perasanpun bahawa ada yang tak kena dengan anak kita. Ingatkan kakak dia tak pandai cakap sampai 5 tahun, adik sama juga kot.

Kaset Ummiku Sayang keluaran bekas kumpulan Arqam juga mereka hafal. Hafal je nasyid tu semuanya, tapi tak pandai bercakap jugak.

31 Mac 2010

Anakku Autisme 2

Masa Danial umur 4 tahun, saya hantar ke TASKA TNB di UNITEN. Bayaran cuma RM90 untuk seorang anak ikut gaji kakitangan.

Masa dia umur 5 tahun saya hantar ke Ana Montessori di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi atas saranan seorang doktor di Az-Zahra. Bayaran dia... ehem... RM220 seorang anak. Tu dia, dari RM90 ke RM220. Masa tu rasanya mahal, tapi sekarang RM220 tu biasa je. Selepas Danial dihantar ke montessori, penjaga taska melaporkan Haikal dah mula murung. So, saya ambil keputusan untuk hantar Haikal juga ke Ana Montessori. Rasa macam sengkeklah juga, tapi demi masa depan anak, terpaksalah kan?

Masa dia umur 5 tahun juga, saya sudah buat appointment dengan HKL untuk Danial. Pertama kali pergi ke HKL, sepanjang jalan Danial asyik menyanyi, saya tak pernah tengok dia sehappy tu. Sepanjang masa di HKL, dia happy sangat. Sekali terfikir mungkin dia rasa kurang diperhatikan sejak dapat adik. Kesian juga. Hari pertama, kami berada di HKL sepanjang hari. Ada beberapa ujian yang dibuat, tapi saya dah lupa sebab dah lama, Danialpun dah 12 tahun sekarang ni.

Dr buat keputusan bahawa Danial perlu menjalani speech theraphy (mungkin berikutan aduan saya bahawa Danial tak ada communication). Appointment Danial ditetapkan bulan Mac.

Bila pergi jumpa Speech Therapist pada bulan Mac. Saya dan suami memang terperanjat. Speech therapist tunjukkan dua pensil. DIa cakap "Danial, this is short pencil, this is long pencil. which one is short, Danial?" Lantas Danial tunjuk yg mana pendek, yg mana panjang. We were amazed! Memang ana montessori mengajar menggunakan bahasa Inggeris. tapi tak sangka dia faham. Danial, what is this, short or long? Dia dengan cepatnya jawab - short, and this? Long. What is long? "Pencil!, long pencil

Kemudian ST tunjuk pula 4 kertas berbentuk ikan yang diwarnakan. ST tunjuk 3 bentuk ikan dan beritahu "Danial this is yellow fish, this is red fish, this is green fish, this is black fish.

29 Mac 2010

Anakku Autisme

Anak saya yang kedua, Ahmad Danial disahkan mengalami Autistic Syndrome Disorder (ASD) semasa beliau berumur 9 tahun. Dah tak ada apa lagi perasaan yang bukan-bukan melanda sebab semuanya seperti yang saya jangkakan.

Semasa mengandungkan Danial 3 bulan, saya jatuh terduduk, ponggong terhentak. Masa tu OK lagi, tapi of course kena marah ngan mak mertua la. Tak usahkan mak mertua, kalau mak sendiripun marah juga kalau tak jaga diri. Esoknya, saya mula bleeding hingga office-mate Rozy mengambil tindakan menghantar saya ke PMC. Dr Hamid Arshad sahkan tak ada apa-apa pada kandungan.

Sebulan kemudian saya serah diri ke Pusat Perubatan Kohilal kerana masih bleeding dan Dr Lo' Lo' sahkan uri tertanggal 1/3. Masa tu nak ambil MC berapa hari pun boleh, asl bleeding je ambil MC. Dr nasihatkan jangan buat apa2 kerja berat. Dukung anakpun tak boleh. Kesian Zahidah, masa tu dia baru 10 bulan, kita dah tak boleh dokong dia.

Dalam perut Danial agak baik orangnya. Selama mengandung cuma 2 kali dia bergerak. Zahidah akan bergerak setiap malam sebelum saya tidur, Haikal bergerak secara normal, bila dah 9 bulan tu boleh nampak pergerakan dia sampaikan semua orang tegur.

Bila Danial lahir, dia nampak agak normal, perkembangan lain semua kelihatan normal, menjerit, menangis, ketawa macam bayi lain. Bila umur 6 bulan dia dah boleh sebut bye!, tapi rupa-rupanya setakat itu saja. Dia tetap pendiam, hingga umur 3 tahun dia masih tak dapat membina ayat. Dia cuma bermain, menjerit, menangis, menyanyi dan ketawa. TApi dia tak bercakap, tak communicate. Dia menyanyi dengan baik sekali, kalau dihujung lagu ada perkataan ek, dia akan sebut ek tu. Saya rasa ada yang tak kena dengan anak saya.

Bayangkan semasa umur 4 tahun, bila nak susu dia cuma mampu menangis dan tunjuk arah dapur. Bila kita tanya "Nak susu?" baru dia kata "hmmm". As simple as "Nak susu" pun dia tak boleh sebut. Tapi masa tu kita tak berapa kisah lagi sebab kakak dia pun bercakap elok cuma bila berumur 5 tahun, bila masuk tadika! Sebelum tu nak pergi taman permainan dia kata ummi, nanananan... pahamlah tu nak gi taman permainan. Bercakap banyak tapi tak ada buah butir. Yg Danial tak communicate langsung. Ingatkan biasa je. Masa ni ABC semua dia dah hafal, 123 dah kenal, no plet kete dah kenal, nursery rhymes hafal, nasyid banyak hafal.

Saya cuba search dalam internet, saya cari buku-buku dan saya rasa anak saya autisme, tapi saya tak pasti. Masa umurnya 4 tahun saya bawa Danial berjumpa dengan Dr di Dispensary TNB dan Dr mengesyorkan saya berjumpa pakar di HKL.

Bila saya jumpa Dr biasa utk penyakit lain di Az-Zahra, dr mengesyorkan saya menghantar anak ke montessory, jadi saya hantar ke Ana Montessori di Seksyen 2, Bangi.