Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

19 Januari 2010

Testimoni Kursus Solat Khusyuk

Saya telah menghadiri kursus berkenaan pada 21-22 November di Balai Islam TNB. Sebenarnya kursus berkenaan bukanlah untuk kakitangan TNB, terbuka kepada umum, hanya menggunakan premis TNB.

Kursus berkenaan terdiri dari 2 bahagian, praktikal dan spiritual.

Dari segi praktikalnya Pak Abu Sangkan menerangkan tentang anatomi manusia dan hubungannya dengan solat.

Beberapa bulan sebelumnya saya memang mengalami masalah sakit pinggang. Kalau kaitangan ICT, TNB pasti pernah terbaca tulisan saya dalam blog ICT tentang sakit berkenaan. Saya rasa amat penting saya kongsikan dengan rakan setugas kerana ramai yg duduk terlalu lama di kerusi, lupa nak betulkan urat. Bila dah sakit, baru nak tanya doktor apa dah jadi dengan mereka.

Kerana skit pinggang tu saya diberikan oleh doktor beberapa jenis ubat sampailah saya makan ubat kalau tak silap namanya mycobal 500mg, barulah serasi dengan saya. Sakit yg saya alami itu ialah sakit yg amat macam cramp dari pinggang hingga tumit sebelah sisi kaki. Sakitnya macam satu urat je yg kena. Tapi kalau siapa yg pernah kena cramp dia tahulah sakitnya macamana dan tak berhenti, dari pagi sampai petang. Nak menangis rasanya. bila makan myconal tu OK la.... Dah tak sakit. Selang beberapa minggu selepas ubat habis (doktor beri bekalan setiap bulan), sakitnya datang balik.

Bila saya hadir kursus ni, Pak Abu kata, cara solat yg betul akan menghilangkan banyak penyakit. Betul ke? Masa latihan rukuk yang pertama saya dah mula rasa selesa. Rasa sedap sangat di bahagian pinggang. Jadi saya buat keputusan untuk tidak memakan ubat yg doktor berikan. Alhamdulillah sejak 21 November 2009 hingga sekarang saya dah tak makan ubat tu lagi. Saya cuma bertahan dengan terapi solat. Masa period sakit balik, so saya akan lakukan terapi rukuk bila rasa sakit. Ya lah.... penyakitnya dah jadi, tak tahulah apa yg dah jadi kat dalam, kan? Dah pecah ke, dah haus ke, kitapun tak tahu, maka terapi ni boleh menghilangkan sakit. Setakat ni itu yg saya rasa, untuk cure tu, saya pun tak boleh nak kata juga sebab baru tak sampai 2 bulan saya amalkan.

Kawan2 yang hadir juga ada yg kata pinggang mereka makin selesa. Masa usrah Muslimat, ada kawan2 minta saya ajrkan cara solat berkenaan, dan ramai yang setuju bahawa pinggang mereka rasa selesa.



Cara yang diajar oleh Pak Abu Sangkan ialah, masa berdiri, kaki hendaklah mengadap kiblat. Fitrah tulang belakang kita ialah dia ada 3 curve, maka setiap pergerakan solat kita, hendaklah kita letakkan tulang belakang kita di kedudukannya yang fitrah. Jangan kita berdiri dengan malas, sebab bila kita berdiri gaya malas, curve berkenaan akan bertukar bentuknya. Hendaklah kita berdiri tegak macam askar pada setiap masa. Masa kita rukuk jangan kita biarkan curve berkenaan bertukar, begitu juga masa kita sujud dan masa kita duduk antara dua sujud. Sentiasa kekalkan kedudukan fitrah tulang belakang kita.

Semasa rukuk dan sujud, inilah masanya kita betulkan tulang belakang kita dengan merenggangkannya. Tolak badan kita sejauh yang mungkin ke depan, jatuhkan perut kita supaya tulang belakang yg setentang dengan perut dapat bentuknya yang fitrah (sila rujuk kepada gambar tulang belakang).

Untuk rukuk, jangan jatuhkan bahu terlebih dahulu, sebaliknya lipat badan kita menjadi bentuk L, barulah pinggang kita terjaga.

Untuk sujud, letak tangan terlebih dahulu seperti nak merangkak, kemudian jatuhkan bahu perlahan-lahan untuk sujud. Ingat anggota sujud ada 7, dua tapak tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi. Pastikan jari kaki semuanya terlipat dan mengadap kiblat. Jatuhkan lagi bahu sepuaya dapat merasai bahawa tulang belakang kita merenggang.

Kita akan sambung bab spiritual kemudian ya!

01 Disember 2009

Kursus Solat Khusyuk

Assalamualaikum,

Solat Center Malaysia akan menganjurkan Kursus Solat Khusyuk Remaja (13 thn ke atas) pada 27/12/09 (ahad) di balai islam TNB Bangsar, yuran RM90 diskaun jika bayar sebelum 15 dis adalah RM70. Kursus kesempurnaan solat kanak2 (7 - 12 thn) akn diadakn insyaAllah pd 25 dan 26 disember 09 (jumaat dan sabtu), di balai islam TNB. 9 pagi - 5 ptg. menyempurnakan ibadah solat, mencintai solat dan solat khusyuk.Rm140, diskaun jika bayar sebelum 15 dis RM120. Adik beradik mendaftar diskaun RM10. Penceramah Pak Maulana Yusuf dari Solat Center Jogjakarta. Daftar hari ini. Tel/sms yati 0192679294 atau nora 0196241965

Bagi saya tiada harta yang paling bernilai yang nak kita tinggalkan untuk anak-anak kita melainkan Iman dan Islam dan solat itu merupakan tiang agama. Tiang itu akan tegak kukuh kalau solat yang dilakukan dihayati dengan sepenuh hati. Moga-moga anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita di akhirat kelak. Ceramah Ustaz Zahazan pagi tadi mengatakan, kalau kita dimasukkan Allah dalam syurga yang atas, kita boleh minta Allah alihkan keluarga kita yang duduk dalam syurga yang leih rendah ke syurga kita dengan syarat mereka itu terpelihara dari dosa-dosa besar. Seronoknya bercakap pasal syurga, mampukah kita memasuki syurga Allah?

25 November 2009

Pelatihan Solat Khusyuk

Hujung minggu lepas saya hadir pelatihan solat khusyuk di Balai Islam TNB anjuran Shalat Centre Kuala Lumpur. Kursus ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bagi saya. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, dalam salah satu kuliah di Mina, ustazah memaklumkan bahawa solat itu ada 4 tahap. Solat orang yang jahil dan lalai tak diterima. Astaghfirullah. Solat orang yang tahu tapi lalai juga tertolak. Solat kita mungkin tergolong dalam 2 golongan ni kot. Astaghfirullah.

Solat khusyuk adalah sau perkara yang terlepas dari saya, saya pernah dapat, tapi saya lepaskan. Masa tu indahnya solat, seperti kata Pak Abu Sangkan, indahnya solat, MasyaAllah. Bila berdiri, rasa nak sujud, bila dah sujud, nak sujud lagi. Dah siap solat rasa nak sujud lagi. Nak solat lagi. Indahnya solat!

Tapi tiba-tiba datang lintasan.... Allah tu macamana rupanya? Adakah macam tulisan kalimat Allah? Macamana hidungnya, macamana matanya? Tingginya? Astaghfirullah! Itu satu hal, kemudian datang satu lagi dugaan, kepala saya mula sakit akibat banyak menangis. Oleh kerana kurangnya ilmu, saya berpisah dari solat khusyuk. Tak tahan daulat, cubaannya amat berat tanpa ilmu. Tapi siapa yang nak ajar, macamana nak dapat solat khusyuk? Tak ada! Kelemahan saya juga agaknya, tak bertanya. Tapi solat khusyuk memang tak pernah dibincangkan. Hanya dikalangan orang yang pernah merasa nikmat solat akan bercakap tentang indahnya solat. Tapi, tak pernah dibincangkan oleh ustaz atau ustazah dalam mana-mana kuliah atau usrah.

Pernah dalam satu forum, seorang bertanya saya, betul ke saya pernah dapat solat khusyuk? Macamana rupa Allah? Dari cara beliau bertanya, saya menjadi faham bahawa dia pernah alami pengalaman yang serupa dengan saya.

Satu ketika saya menjadi ingin untuk kembali mendapat khusyuk dalam solat. Malu rasanya pda Allah bila kita solat, tapi fikiran terbang melayang sampai berpuluh destinasi menantikan siapnya 4 rakaat solat. Malu pada Allah, tapi dah terlupa macamana nak dapatkan solat khusyuk. Dapat sekejap saja, kemudian hilang balik.

Bila Kak Nora bercakap tentang solat khusyuk, Masyaallah! Seronoknya, nak sangat belajar tentang solat khusyuk. Dan hujung minggu lepas terurailah segalanya. Saya rasa bahagia sangat dapat berguru dengan Pak Abu Sangkan.

Sedikit info tentang Pak Abu Sangkan, beliau lahir tahun 1965. Dengan isteri pertama beliau mendapat 3 orang anak. Kalau tak silap anak sulungnya bernama Sangkan, maka beliau menggelarkan dirinya Abu, sesuai dengan saranan dalam buku Pendidikan Anak2 Dalam Islam. Dari isteri keduanya beliau mendapat seorang anak lelaki akan berumur setahun pada Dis 2009. Katanya beliau berasal dari Madura. Beliau gelak bila saya sebut sepatah perkataan boyan pada anak Kak Nora, Mardhiyyah, "Nene!"

Pak Abu mulakan kuliahnya dengan kedudukan tubuh yang betul ketika solat, kerana solat itu sepatutnya memperbaiki keadaan kesihatan kita, bukan memburukkan kesihatan. Keadaan tubuh manusia itu, tulang belakangnya melengkong. Itu adalah bentuk semulajadi badan kita. Oleh yang demikian, kita kena latih badan kita agar sentiasa dalam postur yang betul. Semasa berdiri, hendaklah berdiri tegap. Kalau kita berdiri dengan malas, kita akan terikut-ikut dalam setiap urusan, kita biarkan badan kita dalam postur yang tidak betul, postur malas!

Jadi semasa kita berdiri tegak, tulang belakang kita melengkong, masa rukuk pun kita tegakkan badan dan pastikan tulang belakang kita melengkung, dengan cara turunkan sikit badan kita kemudian tolak naik bahu kita ke atas. Letakkan tangan di lutut dan buka jari-jemari kita. Tolak kepala kita kedepan sebanyak mana yang boleh. Bagi wanita, cepat2 tarik siku ke sisi badan.

Semasa hendak sujud, letakkan kedua2 tangan di sejadah macam nak merangkak, pastikan punggung berada di depan lutut, jangan letakkan punggung di belakang lutut. Bila kita sujud pastikan hujung jari hantu kita separas hidung. Patikan jari mengadap kiblat. Cuba perhatikan, untuk turunkan badan dan untuk naikkan kembali muka ke atas, kita akan menggunakan kekuatan lengan. Bagi lelaki jarak ibu jari dari pipi adalah anggaran boleh letak satu tapak tangan sendiri selebar dari ibu jari ke jari anak dan siku dikepakkan. Bagi wanita, ibu jari hendaklah rapat ke pipi dan siku rapat ke badan. Jatuhkan sedikit tulang belakang, agar ia melengkung, jangan sampai badan kita nampak macam mangkuk yang di telungkup. Cuba lihat bentuk badan kucing bila dia menggeliat ke depan. Dadanya dijatuhkan ke lantai.

Bila saya balik ke rumah dan ceritakan pada suami, dia bagi dua buah buku lagi yang mengajarkan cara postur badan yang sama. Kata suami saya kalau solat jamaah, kalau solat di saf depan memang boleh buat macam tu, tapi kalau solat di saf belakang, memang tak dapat buat. Memang betulpun, bila saya cuba kat rumah, saya akan sujud sepanjang sejadah!

kata Pak Abu, setiap kali kita nak solat, sebenarnya kita nak mengadap Allah, kalau kita tak mengadap Allah, kita mengadap siapa? Jadi maknanya kita solat tu untuk berjumpa Allah. Ada ayat Quran, Yaaa Ayyuhannafsul Mutmainnah - Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Ayat ni bukan untuk orang yang mati, tapi untuk orang hidup. Kita kembali kepada Allah setiap kali kita solat. Jadi setiap kali kita bertemu Allah, tinggalkanlah semua harta dunia, pangkat dunia, nama di dunia. Kita ini mengadap Allah, hormatilah hak Allah setiap kali kita bertemu dengannya. Kita dah angkat takbir, dah masuk mengadap, jangan pergi pasar malam!

Irji'i ila Rabbiki Radhiyatan Mardhiyyah - kembalilah pada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya - setiap kali kita nak solat, pergilah solat dengan hati yang redha, jangan rasa terpaksa. Masuklah dalam solat secara sukarela, dengan hati gembira dan penuh kerinduan. Biarlah Allah pula redha dengan kita, berbangga dengan pengabdian kita kepadaNya.

Bila kita mengangkat takbir, sebutlah kalimah takbir tu, fahami maknanya. Rasakan bahawa, kita ni sekarang nak pergi kepadaNya, nak bertemu Allah, nak berjumpa Allah, nak kembali kepada Allah, nak get connected to Allah.

Bila kita dah connected dengan Allah, teruskan connecting, jangan putuskan hubungan dengan Allah tu, teruskan merasa Allah melihat kita, memandang kita, kita diperhatikan oleh Allah. Bagaikan seorang anak yang telah berbuat salah, datang minta maaf dengan maknya, penuh rasa malu dan nak minta maaf, mengadaplah pada Allah dengan rasa bersalah, malu ingin minta maaf. Kalau tak ada apa yang nak dimaafkan, mengadaplah Allah dengan rasa rindu, terima kasih atas segala nikmat Allah, bahagia connected dengan Allah. Hayatilah asma Allah, kita akan rasa bahagia ada hubungan dengan Allah, berhadapan dengan Allah. Hayatilah Al-Fatihah, kita akan merasa bahagia menyebut setiap kalimat al-Fatihah.

Kecilkan diri kita di hadapan Allah, kerana Allah tu memang besar. Teruskan merasa kerdil dan anda memang ingin untuk sujud kepadaNya. Kita kecik, Allahlah yang Maha Besar. Tunduk perlahan-lahan hingga kita dapat rukuk menghadap Allah. Ikutkan hati anda untuk terus sujud dan sujudlah. Sebutlah nama Allah, dengan penuh kasih-sayang, dengan penuh pengabdian, dengan penuh kerendahan, dengan penuh keinsafan atas segala dosa-dosa kita, atas sikap arrogant kita, atas keterlaluan kita dan atas kedegilan kita melanggar segala laranganNya. Rasakan ketenangan ketika sujud, Tenang setenang-tenangnya bila dah dapat mengadu pada Allah.

Pak Abu Sangkan juga ada mengatakan bahawaAllah itu tidak berupa. Allah itu ada dimana-mana sentiasa memantau kita.

16 Oktober 2009

Pelatihan Solat Khusyuk




From: Nor Aliza Abdul Latif
Sent: 15 October 2009 14:06
To: Salwani; Jailani
Subject: RE: Kursus Solat Khusyuk - Khusyuk Itu Mudah

Assalamualaikum

Saya menjumpai buku Pelatihan Solat Khusyu’ oleh Pak Ustaz Abu Sangkan ketika mencari buku-buku untuk pergi menunaikan haji di Mekah pada tahun 2008. Dari perjalanan pergi (dalam kapalterbang) saya mula membaca sehinggalah tempoh saya di sana. Apabila saya membacannya saya mencuba dan saya dapati ada perbezaan. Kembali dari Mekah saya mula menulis blog dan saya dapati apabila saya cuba menyampaikan sesuatu melalui penulisan, ada kalanya saya tidak dapat impart knowledge more than 50% dari apa yang terbuku di fikiran dan di hati saya ketika menulis. Maka ketika itu Allah ilhamkan di hati saya bahawa saya tidak dapat 100% dari Pak Ustaz Abu Sangkan, maka saya bertekad mengikuti kelas beliau di Jakarta.

Mac 2009, saya dan semua ahli keluarga pergi ke Solat Center Jakarta dan mula mempelajari terus melalui Pak Ustaz, pastinya lebih mudah saya memahaminya dan lebih mudah saya mempraktikkan. Penghayatan solat saya jauh meningkat alhamdulillah berbanding dari saya melakukannya ketika di Mekah dahulu. Kemudian alhamdulillah kami menjemput Pak Ustaz ke Malaysia pada Julai yang lepas untuk dua hari training dan saya dapati kursus 2 hari lebih memberi kesan dari kursus sehari yang saya hadiri di Jakarta. Selepas itu saya terus menikmati kelazatan solat dan waktu solat adalah merupakan waktu yang ditunggu-tunggu, Sangat indah dan tidak dapat saya hendak menceritakan dengan kata-kata kerana ianya adalah pengalaman dan rasa.

Saya dapati perangai saya mula berubah alhamdulillah dan betullah Allah menyebutkan di dalam Al-Qur’an bahawa Solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar … Diberikan dan dibimbing Allah menemukan solat yang khusyuk ini antara hadiah yang terbesar dalam hidup saya.

Sebaik saja kelas berakhir pada 27 Julai yang lepas, peserta-peserta menelefon saya meminta next class lagi kerana mereka tak puas … sangat menyeronokkan dan terkesan di hati sehingga kita tak sedar kursus sudah berlangsung 2 hari. Alhamdulillah … Itulah kami buatkan kursus ini untuk memberi peluang lebih ramai yang mendapatkannya.

RM250 is not much berbanding dengan apa yang kita dapat. Solat Khusyuk adalah kejayaan kita membebaskan diri dari hambatan dunia … menemui Allah setiap hari 5 kali sehari. Sekiranya RM250 itu besar di pandangan mata kita, maka kita masih terhambat dengan dunia ... mungkin sukar cahaya Allah untuk menembusi kehidupan kita ...


Salam Ukhuwah

Nora

Lawati blog saya: http://ummuayman.blogspot.com

-------------------------
sesiapa yang ingin hadiri kursus ini boleh juga hubungi saya salwani@gmail.com

29 September 2009

Solat Khusyuk

Saya pernah menulis tentang pentingnya solat khusyuk. Ada 4 tingkat solat, hanya solat yang khusyuk yang diiringi ilmu tentang solat yang diterima Allah.

Sahabat saya, Ummu Ayman akan menganjurkan kursus Solat Khusyuk di Bangsar pada 21 dan 22 November 2009 yang akan disusuli dengan konsert oleh penyanyi OPICK dari Indonesia. Cubalah search dalam Internet untuk mendengar lagu OPICK. Lagu2 mereka, MasyaAllah! Lagu dari hati yang mencintai Allah untuk hati yang mencintai Allah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus berkenaan serta konsert, sila layari blog http://ummuayman.blogspot.com/