Memaparkan catatan dengan label khusyuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khusyuk. Papar semua catatan

30 Julai 2010

Allahu Akbar

Kalimah yang pertama kita serukan menandakan bermulanya solat. Kita iringi dengan niat. Berapa ramai orang setelah berlalu saja takbir ini, maka bermulalah angan-angannya. Itukah yang kita ingini? Tidak! Kitapun tak mahu. Semua orang ingin merasakan khusyuk. Betapa indahnya yang digambarkan oleh ustaz-ustaz di pengajian atau di corong radio dan TV, betapa tingginya darjat orang yang khusyuk.

Dalam Quran juga disebut, "mereka itu orang yang khusyuk", "beruntunglah orang yang khusyuk". ditanya kepada imam Ghazali kenapa tidak khusyuk, jawapnya ada 10. Tapi kita tetap tak pernah merasai khusyuk itu kan?

Bagaimana khusyuk ya? Kita cuba concentrate pada bacaan solat. Bismillahir-Rahmaanir-Rohim. Alhamdulillahi-Robbil-'Aalamin. ayat itu terlalu biasa disebut, sudah kita hafal, tiba-tiba syaitan ingatkan kita fasal harddisk kita hampir penuh, lupa nak buat house-keeping dah terlalu banyak simpan gambar dan video dalam tu, lupa nak transfer ke external harddisk. Eh aku tengah solat, dah habis Fatihah.

Masalahnya kenapa ya? Hati ingin khusyuk, macam best je khusyuk, tapi yang tadi tu khusyuk ke? sekajap je. Boleh la. Itu bukan khusyuk namanya yang!

Untuk mendapatkan khusyuk, perhatian kepada Allah itu mesti datang sebelum kita angkat takbir lagi. Semasa menuju ke musolla, kita sudah teringatkan Allah. Semasa berwudhu, hati sudah rindu pada Allah. Semasa bertakbir, hati sudah hancur luluh kerana rindu pada Allah. eh sampai macam tu sekali ke? Alamak! tak pernah rasa ni!

Tak apalah.... kalau tak pernah rasa, kita cubalah pelan-pelan.

Pernah tak dok dalam lif dan terasa diperhatikan. Macam-macam baca dalam e-mail, dok dalam toilet terasa cam orang pasang video cam. Bila kita berdiri untuk takbir terasa diri diperhatikan. Sememangnya! Sememangnya Allah tengah perhatikan kita. Pergerakan kita, pakaian kita adakah sesuai untuk mengadapNya, pertuturan kita adakah kita tujukan kepadaNya.

Kalau kita bercakap dengan Allah tapi hati teringatkan mak di kampung. Nad tengah pandang Myra, tapi cakap "Nora, En Ghafar suh nko siapkan job semalam esok pepagi". Nora ada kat sebelah, tapi pandang Myra, sure Nora bengkek. Sebut nama Allah tapi hati teringat pada benda lain, rasanya Allah marah tak? Allah kata kalau engkau berpaling dariKu, Aku juga berpaling darimu. Kalau kita tak pandang Allah, Allahpun tak nak pandang kita. Dalam solat kita sebut "Maaliki yaumiddin" Raja yang berkuasa di hari kiamat - tapi kita tak rasa takutpun mengingatkan bahawa suatu hari nanti Raja itu akan mengadili kita. Menentukan bahawa kita akan masuk ke neraka.

Masalahnya kita seolah-olah yakin bahawa kita akan masuk syurga Allah. Layak ke kita? Solat Zohor 3 minit, layak ke kita nak masuk syurga Allah?

13 Mei 2010

Allah itu dimana?

Selalunya anak2 akan tanya soalan ni, kitapun masa kecik tertanya-tanya Allah tinggal kat mana? Allah ada kat Mekah ke? Ada kat MAdinah ke? Ada kat masjid je ke?

"Dan milik Allah timur dan barat, kemanapun kamu menghadap, disanalah wajah Allah, sungguh Allah maha luas maha mengampuni" (Al-Baqarah:115)

Pak Abu Sangkan pernah mencontohkan, kalau kita terjatuh ke laut, cuba kita pandang ke atas, apa itu? Laut kan? Di bawah? Laut juga.... di kiri, laut juga, di kanan juga laut.

Maka Allah itu di mana-mana, memerhatikan kita. Apa lagi ketika kita sedang menghadapkan diri padanya, solat, lebih-lebih lagi Dia memandang kita kerana sekarang kita datang mengadap Dia. Tapi kalau kita memalingkan hati dari Allah semasa solat, maka Allahpun tak hingin pandang kita. Sombongkah Allah? Siapa yang terlebih dahulu sombong? Kita atau Allah? Kalau kita ditimpakan bala, layakkah kita? Of course terlebih dari layak, kerana bumi ini milik Allah, dia boleh memberi dan menarik balik nikmat.

Kalau kita diambil bekerja oleh seorang majikan, kemudian kita tidak patuh pada arahan, bila dipanggil mengadap boss, kita acuh tak acuh, layakkah kita untuk dibuang kerja? Pastinya boss layak membuang kita.

Oleh yang demikian, dalam setiap perbuatan, ingatlah bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Bercakaplah dengan Allah, Allah dengar. Allahu sami'ul 'alim.

Terlebih lagi ketika solat, rasakanlah bahawa kita diperhatikan.... oleh Allah. Berbicaralah dengan Allah.

16 April 2010

Khusyuk Itu Mudah 2

Sebelum kita mulakan solat, eloklah kita berdiri dengan tegap dan bersemangat, kerana solat orang yang malas itu adalah solat si munafik. Allah telah menyatakannya dalam Surah An-Nisa’ ayat 142.

Yakinkah anda bahawa setiap kali kita solat, itulah saat kita berjumpa dengan Allah? Kalau kita tidak berjumpa dengan Allah, agaknya kita menghadap siapa?

Jika kita sedang bercakap dengan Allah, kenapa kita harus layan angan-angan kita? Jika kita sedang berbual dengan Allah kenapa fikiran kita sedang memikirkan masa silam kita? Lupakan dulu semua itu. Sambunglah berbual-bual dengan Allah. Jika datang ingatan-ingatan lain, selain Allah, tunggulah sebentar hingga fikiran berkenaan lari, tiada lagi dalam fikiran kata, barulah kita sambung sesi perbualan kita dengan Allah. Bukankah tidak elok jika kita sedang bercakap dengan seseorang tapi fikiran kita melayang. Sedangkan solat itu maknanya kita sedang bercakap dengan Allah.

Ustaz Abu Sangkan dari Solat Center Jakarta sering mengatakan “Untuk tidak memikirkan apa-apa ketika solat, jangan fikirkan apa-apa”.

Bagaimana untuk terus khusyuk sedangkan kita tidak tahu apa yang disebutkan? Elok juga kita tidak faham apa yang disebutkan, agar khusyuk itu datang dari hati bukan akal. Allah berfirman dalam Surah Al-Anfaal ayat 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Walau bagaimanapun alangkah berbahagianya orang yang faham setiap sebutan dalam solat kerana mereka faham apa yang disebutkan. Bila kita meminta maaf dari seseorang, jika sekadar mulut menyebut, tapi hati tak bermaksud nak meminta maaf, tak ada maknanya. Bayangkan anda sedang menonton cerita Hindustan bersama seorang rakan berketurunan India Muslim. Rakan sebelah anda sudah menangis teresak-esak sedangkan anda masih kabur, apa sebenarnya yang berlaku?

Jadi, jika kita faham makna Rabbighfirli…. Warhamni… Wajburni…. dan yang lain-lain, kita akan lebih ‘berada’ dalam solat itu.

Apa perasaan anda ketika solat? Apakah bergetar perasaan anda ketika solat? Apakah anda dapat merasakan sejuk dan tenang ketika solat? Cubalah cari perasaan sedemikian. Anda boleh lakukannya!

15 April 2010

Khusyuk Itu Mudah

Orang yang solat itu ada 4 peringkat solatnya iaitu:

1. Orang yang solat tetapi tidak tahu hukum solat, mana yang rukun, mana yang sunat. Solat yang dilakukan hanya ikut-ikutan, atau pernah belajar, tapi sudah terlupa hukumnya kerana solat hanya satu rutin harian. Solat jenis ini tertolak.
2. Orang yang tahu hukum, tapi tak dapat khusyuk dalam solat. Fikirannya melayang sejak mula takbir hingga salam. Solat jenis ini juga tertolak.
3. Solat yang khusyuk - diterima.
4. Solat para Nabi.

Pernahkah anda merasa khusyuk semasa solat? Atau fikiran sekejap melayang sekejap ada dalam solat? Orang yang lupa akan Allah, Allah akan melupakannya. Soalnya: apa itu khusyuk?

1. Menghadirkan hati à harus sedar bahwa Allah ada dekat kita. Kita beranggapan seakan-akan kita melihat Allah. Jika tidak, maka berkeyakinanlah bahwa Allah mengawasi kita. “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (QS. Qoof: 16).
2. Mengangungkan Allah à harus sedar bahwa kita ini orang hina maka kita harus tawadhu. Hanya Allah-lah yang Maha Agung.
3. Kita sholat juga harus berharap-harap akan adanya pahala dari Allah.
4. Menghadirkan rasa takut à bagaimana caranya kita takut kepada Allah. Kita harus takut akan siksa Allah dan kita harus berharap-harap cemas apakah nantinya sholat kita ini akan diterima ataukah tidak.
5. Mempunyai rasa malu. Kita harus malu dihadapan Allah karena kita ini ada banyak kekurangan dan kesalahan. Hanya Allah-lah yang Maha Sempurna.

Dengan menghadirkan kelima hal tersebut di atas dalam sholat kita, maka InsyaAllah kita akan meraih kekhusyukan dalam sholat kita. (Dipetik dari http://seruan-kebenaran.blogspot.com/2009/12/definisi-khusyuk-sholat.html)

Tapi bagaimana untuk melakukannya? Pastinya ia tidak semudah yang diperkatakan. Pertamanya elok kita mulakan dengan berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya. Tautkan hati kita kepada Allah sedekat-dekatnya. Tinggalkanlah apa yang ada di dunia ini seketika tatkala kita akan solat. Ingatlah bahwa solat itu adalah antara pertemuan kita dengan Allah. Jom jumpa Allah.

09 Mac 2010

Solat Khusyuk itu mudah

.
Tadi saya baca buku dengan tajuk berkenaan karangan mardibros iaitu anak murid Pak Abu Sangkan. MasyaAllah!

Di m/s 7 Pak Mardibros mengatakan selalunya kita solat biasa-biasa saja tidak khusyuk tapi bila kita ditimpa musibah tiba-tiba solat kita menjadi khusyuk, sekhusyuk-khusyuknya. Kita merintih kepada Allah, kita merayu kepada Allah, kita mengadu kepada Allah.

Tapi bila kita dah terlepas dari musibah atau bila kita dah dapat apa yang kita hajati, kita kembali terlupa pada Allah. Kenapa perkara itu terjadi?

Salah satunya adalah sikap kita dalam menghadap Allah. Ketika kita tertimpa musibah, maka kita datang kepada Allah dengan merendah diri, sungguh-sungguh mengharapkan pertolongan Allah. Kita menjadi tersedar, hanya Allahlah yang dapat mengatasi masalah kita dan mengabulkan dosa kita. Sebaliknya ketika kita sedang jaya, tidak kekurangan satu apapun, sikap itu sudah tidak ada lagi. Biasanya kita solat dan doa hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja, seolah-olah Allah-lah yang membutuh solat dan doa kita.

Terpaku saya baca ayat-ayat berkenaan. Kita solat hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja? Astaghfirullahal-Adzim Solah-olahnya selama ini kita tak pandangpun pada Allah, kita kaya kerana kita berusaha, kita menjawat jawatan yang ada kerana kita rajin bekerja. Satupun bukan dari Allah? Lidah kita menyebut ya..... dari Allah, tapi bila kita bercerita, "Aku dulu study sampai pukul 2 pagi, itu pasal aku dapat 4 flat. Aku dulu stay kat ofis sampai 3 hari berturut-turut, tidur pun tak cukup, itu pasal cepat naik pangkat."

Buku ini mengajak kita membuat pelatihan solat khusyuk itu di luar solat. Kemudian cubalah praktikkan dalam solat sunat.

Buku ini ada 40 mukasurat. Di mukasurat ke 37 iaitu pada pelatihan ke-7 Pak Mardibros mengajak pembaca menghayati duduk antara dua sujud. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diam sejenak, buka dada dan diri anda untuk menerima ampunan dari Allah seperti anda membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika anda masih kecil. Jika anda tidak merasakan sesuatu tidak mengapa, mungkin anda kurang sensitif, tapi tetaplah membuka diri anda untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga anda merasa tenang.

Berikutnya sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri anda untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terkira besarnya. Bukalah dada anda seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang anda terima. Ulanglah beberapa kali hingga anda merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Jom kita cuba praktikkan apa yang Pak Mardibros ajar dan cuba ceritakan pengalaman anda setelah mencubabya.

Pelatihan Solat Khusyuk oleh Pak Abu Sangkan sendiri akan diadakan pada 10-11 April di Bangsar. Sila baca iklannya di sebelah.
.