31 Januari 2009

Makan


Di Anwar Movenpick, Madinah, makan memang mewah. Taklah semewah macam kita makan lunch buffet RM89++ kat Malaysia. Tapi bolehlah... pencuci mulutnya sedap, saladpun sedap. Lauknya 4 macam lauk je.

Di Madinah saya cuma sempat rasa kebabnya. Huwa..... sedapnya. Kebabnya daging lebih banyak dari sayur. Kalau kat Malaysia, sayur yang banyak. 4riyal satu kebab. sedap! Air mangganya pure, pekat giler, 3 riyal satu gelas. Yang lain saya tak rasa sebab makanan kat hotel dah complete.

Di Mekah, macam2 ada. Macam kita dah sampai ke seluruh pelusuk dunia Islam la pulak.

Gambar di atas tu suami dan kawannya di D'Saji Felda. Kebetulan pengurus D'Saji adalah rakan kami, Ismail Samingin orang Labohan Dagang, Sepang. Ada roti canai, 4 riyal 1 set(2 keping). Ada nasi lemak 10 riyal 1 set, Nasi Briyani 15riyal satu set, mee (spaghetti) goreng 5 riyal kalau tak silap. Satu2nya tempat kita boleh cari teh tarik di Mekah.

Nasi Mandy Chicken ada dijual di Hilton. 24riyal 1 set dengan seekor ayam. Boleh makan 4 orang, tapi saya ngan suami makan berdua je. Punya sedap, sampai tak tersedar dah habis. The best nasi I've ever tasted. Ustaz Sapawi kata Nasi Mandy yang paling sedap ialah di Aziziah. Apa ke nama restorennya. Lupa la pulak. Masa buat tahlil sebelum ke Arafah, pakej kami order nasi mandy kambing. Fuh punya terangkat. Kalau di Malaysia ni orang kata nasi mandy yang paling sedap di Rawsha Restaurant. Tahlah, saya belum cuba lagi. Plan ngan hubby nak pergi one day.


Ini gambar Pizza di Hilton. Sedap... cheesenya banyak! Kalau pizza cheese saja 14 riyal. saya order cheese n vege 18 riyal, kalau tambah daging 20 riyal. Ni saiz kecik, kalau saiz besar (triple the size kot), yang ada daging tu 50 riyal. Yang saiz kecik ni sebesar pinggan nasi yang leper tu. Syok je tengok dia buat pizza depan kita. Satu orang buat roti, dia bakar 1/2 masak, sorang lagi letak topping. Sambil pandang tu liur dah kecur. Lepas tu dia letak kat rak atas, rak tu berjalan je, sampai kat hujung dah masak. Ketuhar dengan rak bergerak!

Nasi Briyani ada di mana2. 10 riyal sebekas dengan seketul ayam, rasanya sama je ngan kat Malaysia.

Di tepi Hilton ada dijual murtabak sayur dengan harga 5 riyal. Kena makan panas2, baru sedap, garing.

Air mangga di Mekah 5 riyal satu gelas. Ada satu jenis air mangga di Hilton yang diletakkan macam2 buah potong didalamnya, harganya 10 riyal. Saya cuba cari kebab di Mekah tapi tak jumpa. Suami bawa ke satu kedai Turki berdekatan Masjid Kucing, tapi masa tu kol 10 pagi, belum buka lagi. Masa saya bawa mak makan di restoran Turki berkenaan, ada satu pakcik Labenon tengah makan sepinggan terung dengan ayam. Ghalib saya tengok pakcik tu makan. Dia kata sedap. Dia bagi saya makan sikit. Yummy memang sedap. Apa ke nama makanan tu, sayapun tak tahu, ada rasa rempah dan ada rasa cheese.

On the way nak ke Elaf Quds ada satu kedai kecil jual ayam pusing 14 riyal seekor, 7 riyal 1/2 ekor dan ayam panggang(garam kunyit ++), dibelah tengah kemudian dikepakkan, 18 riyal seekor, 9 riyal 1/2 ekor. Ayam panggangnya sedap. Sebelum kedai berkenaan, ada satu kedai menjual roti tempayan panas2 1 riyal sekeping dengan kuah kacang dal, juga 1 riyal sebekas (bekas plastik bulat yang selalu kita beli tau fu fah kat pasar malam tu). Saya percaya, dikawasan2 lain di Mekah seperti Janadriah pasti ada kedai2 yang macam ni. Mungkin rakan2 yang dah ke Mekah boleh berkongsi cerita. Silakan!

Kebanyakan kedai makan kat sini berkonsepkan outlet. Hang beli lepas tu hang makanla kat mana2 no! Tak ada tempat duduk. KFC pun outlet je. McD saya tak pernah pergi. Yang ada tempat duduk cuma beberapa tempat je, cam di Safwah Plaza iaitu setentang dengan Pintu 1 - King Abdul Aziz Gate dan Restoren Turki yang setentang dengan Pintu Marwah. Kat tepi2 kedai dalam bangunan Hilton tu ramai orang bentang tikar dan makan bersila kat situ.

Roti di sini murah2. di Ben Daud boleh jumpa roti nipis cam capati 6 keping 1 riyal. Roti hot dog 5 buku 1 riyal.

Makanan dan kuih selera Malaysia ada di semua hotel yang menempatkan jemaah muasasah.

Ramai orang memperkatakan tentang aiskrim Mekah. Pada masa biasa harganya cuma 1 riyal, tapi di Mina harganya mencecah 2 riyal. Saya pernah sekali je makan aiskrim, iaitu semasa di Mina. Saya makan separuh dan berikan separuh lagi pada Nurul Izzati Batrisha, anak kawan kami dari Sabah berumur 8 tahun. Takut batuk!

Makanan pakej semasa Masya'er sedap. Masih teringat-ingat epal Mina dan oren Mina. Sedapnya..... Seminggu sebelum balik dapat makanan yang paling best, ikan masin goreng berlada dari Malaya. ummppph... diberikan oleh kawan yang nak balik Malaysia penerbangan pertama. Masa mulut sakit di Madinah, ikan masin pemberian sepupu Abang Aziz juga yang jadi pembuka selera. Serunding daging memang mak pack kecik2. 2 hari sekali buka satu bungkus.

Orang muasasah untung kot, sebab makanan mereka tak banyak, jadi mereka berpeluang merasa macam2 makanan. Kalau jemaah pakej, harga makanan kat hotel dah bayar, kalau beli kat luar rugi la pulak.

Dalam pada kita sedap mencuba pelbagai makanan, Kay(isteri arwah Azman) cerita, beliau pernah ternampak satu pakcik makan biskut kering cicah air zamzam. Ish sedihnya.

30 Januari 2009

Perhimpunan Agung Tahunan




Gambar 1: Arab, Afrika dan Pakistan sedang beri makan burung.
Gambar 2: Mak dengan Chinese. Tepi tu muslimin Iran.

Sesungguhnya ibadah haji setiap tahun mengumpulkan ummah dari seluruh dunia. Berbagai bangsa, berbagai warna kulit. Kita akan berjumpa dengan orang Arab, Afrika, Turki, India, Pakistan, Cina, Eropah, Amerika, Taiwan, Singapore, Indonesia, Thailand, Australia, Palestin, Yemen, Rusia, Kazazhtan, Urbegistan, Hindustan, Kelantan dan banyak lagi. Saya sempat berkenalan dengan jemaah Indonesia, Singapore, Turki, Pakistan, India, China, Taiwan, Arab, Iran dan Yemen. Suami saya sempat berkenalan dengan Palestin. Oleh kerana suami saya boleh berbahasa Arab sikit2, dia berkenalan dengan Pak Arab. Bagi saya pulak, kalau Arab tu boleh berbahasa Inggeris, maka bolehlah saya berkomunikasi, kalau tak ayam ngan itik ajelah. Suami juga ada berkenalan dengan Australian.

Macam2 telatah sebenarnya bila berkumpul berbagai bangsa ni. Bila berbagai bangsa maknanya berbagai mazhab. Saya perhatikan dari segi aurat, kita di nusantara dan Arab sahaja yang menutup penuh aurat semasa solat. Mazhab lain, banyak yang tak tutup kaki. Ada juga yang pakai purdah masa solat di Masjidil Haram, tapi tak pakai stokin.

Afrika - Saya perhatikan ada sesetengah Afrikan, muka mereka bergores. Ada 3 kelaran pada muka mereka. Ada juga jemaah lelaki yang mukanya terdapat kesan kelar. Bukan terkelar, tapi macam purposely mereka kelar muka mereka. Ada sesetengah Afrikan tudungnya labuh sampai ke lutut, tapi kaki tak bertutup even waktu solat. Inilah bangsa yang perempuannya tinggi2. Perempuan negara lain ada yang rendah macam kita, tapi Afrikan, memang tinggi2.

Turki - Bangsa yang paling kelakar. Dia main hantam saja. Ramai yang muka bertatu, 4 titik di pipi kanan dan 4 titik di pipi kiri. Kesan tatu lama. Mereka ni akan pakai coklat muda. Apa saja pakaian yang depa pakai, warnanya mesti coklat muda. Masa kat Madinah saya nampak dia orang berlari nak masuk saf, bila dah masuk saf dia tak ikut imampun, dia solat sendiri2. Ya Allah! Apalah hukum kita yang dok kat kanan dia ni? Dah terputus saf dari imam. Masa di Mekah, dah dekat dengan musim haji, ada satu makcik Turki ni masuk depan saf kami. Kami cuit dia kami cakap kami nak sujud. Puaslah bagi isyarat, dia buat tak paham aje. Lepas tu dia letak sejadah, ingat dia nak duduk, rupa-rupanya dia nak solat. Solatnya mengadap kiri. Kami bantai gelak tepuk dahi. Bila dah siap solat kami tunjukkan dia arah kiblat. dia cakap "As-solatul ikhlas". Pandailah! Memang lawakla makcik ni. Tapi depa ni pakai stokin. Pendekkata masa solat tutup aurat macam kita. Sebelum pergi ada Kak Zaidah (Service Desk) pesan supaya ajarkan mereka mengaji, sebab Turki memang tak pandai mengaji, banyak hukum yang mereka tak tahu. Tapi saya tak tahu camana nak approach dia orang nak mengajar mengaji. Kena berguru lagi dengan Kak Zaidah. Depa tak pandai Arab dan saya tak jumpa satu Turkipun yang pandai berbahasa Inggeris.

Arab - Ada kawan kata perempuan Arab lawa-lawa tapi lelaki Arab tak lawa. Sayapun rasa cam tu. Perempuan Arab kulit dia cantik. Tapi saya perhatikan Arab yang berniaga ramai yang tak solat. Sedihnya.... Macam orang Melayu jugalah, ramai yang tak solat. Rasulullah kata di akhir zaman, umat Islam ramai, tapi macam buih di lautan, bila terhempas hancurlah buih tu. Arab yang saya jumpa di Masjidil Haram semasa solat sunat istisqa - minta hujan. Dia explain kat saya dengan panjang lebar tentang solat sunat istisqa. Beliau datang dengan suami dan anak lelaki. Ada sekali tu masa saya solat di bumbung, sementara tunggu Isyak, saya baca Yaasin. Seorang wanita muda Arab ikut saya baca Yaasin. Lepas baca Yaasin dia suruh saya baca doa. Saya berdoa dalam bahasa Melayu dan dia ajak kawan2 aminkan. MasyaAllah terharu sungguh masa tu. Lepas berdoa kami semua bersalaman. Masa di Masya'er, penduduk Mekah akan dirikan khemah di kawasan2 lapang. Masa musim haji mereka bawa semua ahli keluarga termasuk anak2 yang umur 5 tahun untuk kerjakan haji. Comelnya kecik2 lagi dah pakai ihram. Arab di Mekah cakap bahasa pasar, jadi mak sayapun bantai cakap bahasa pasar ajelah.

Yemen yang saya jumpa cakap Arab buku. Dia dok bercakap je ngan saya dalam Bahasa Arab, sepatahpun saya tak paham. Kalau dia sebut ana tu pahamlah, yang lain... senyum ajelah.

Pakistan dan India paling ramai saya berkenalan sebab sesetengah mereka ni peramah. Kebanyakan India tak pakai stokin. Tudung dia, dia guna selendang besar dia tu lah. Bila nak solat dia orang betulkan selendang tu dan solat. Depa ni tak pakai stokin, tapi depa lumur kaki dengan inai, konon cam tutup warna kulit kot. Yang kelakarnya kengkadang kalau penat solat depa duduk je, rasa nak bangun baru depa bangun. Yang tak pahamnya, ada sesetengah tu, depa takbir dulu sebelum imam. Kalau masa dia orang rukuk imam baru nak takbir, dia orang bangun berdiri dan ikut imam. Itu ajaran mazhab dia orang kot. Dari segi pakaian mereka OKlah. Kebanyakan mereka pakai punjabi suit. Selendang merekapun besar hingga tutup punggung. Pakistan ada yang pakai purdah. Pakistani lawa2.

Indonesia. - fuh! Macam yang saya ceritakan sebelum ni pakaian dia orang memang mengharukan. Mereka berpakaian putih di Mekah. Semuanya putih. Baju kaum wanitanya singkat, tudungpun singkat kalau nak banding dengan kita. Mereka berstokin, tapi sebab baju yang singkat tu bila rukuk dan sujud, keadaan mereka, kita segan nak tengok. kita tertoleh kiri kanan takut ada jemaah lelaki yang pandang. Jemaah Turki, walaupun tudungnya singkat, tapi bajunya besar, jadi tak nampak sangat bentuk badan.

China - Pakaian mereka lebih singkat dari Indonesia, tapi warna pakaian mereka gelap dan berstokin. Mereka juga suka pakai baju dan seluar. Kalau baju wanita Indonesia melepasi punggong, baju wanita China atas dari paras punggong. Suami saya kata selalu jemaah China dan Indonesia kena marah ngan Pak Arab sebab pakaian mereka. "Haram! Haram!" Tapi bagi saya, tak apalah kot, asal mereka nak beribadat. Kenalah mana2 negara hantar lebih ramai ustaz ke China untuk perbetulkan ustaz2 mereka kat sana. Masa pertama kali berjumpa dengan jemaah China, saya excited sangat. Saya sempat bergambar dengan mereka di Madinah. Setakat "Ni hao ma?" dan "Ni zai China ma?" boleh la saya cakap. Kalau mereka terlebih peramah, saya cabut! Dah tak paham!

Taiwan - Berjumpa dengan jemaah dari Taiwan yang tinggal satu maktab dengan kami di Arafah. Saya nak tanya khemah dia kat mana, tapi tak tahu lak perkataan khemah dalam bahasa Mandarin. Saya tanya, "Ni de jia zai nali" ni=awak de=punya jia=rumah zai=dari/di nali=mana. Dia cakap "Taiwan". Saya cakap "bu shi! Ni de jia zai Arafah zai nali?" bu=tak shi=ya bushi=bukan. Dia cakap "Mei you jia. Wo de jia zai Taiwan. Zai Arafah meiyou." Mei=tak you(yo)=ada wo=saya. Ah sudah, apa aku nak cakap ni? ah lantak la. tak payah lah nak cakap mandarin, kalau belajar je tapi tak praktis.

Thailand - ada sesetengah Thailand yang bercakap Kelantan, tapi ramai juga yang tak pandai cakap Melayu. Thailand dan Singaporean pakaian mereka macam kita, pakai telekong.

Mesir - Pakaian orang Mesir ni unik sikit. tudung mereka bersambung dengan baju. Sama corak. Ada dijual di kedai-kedai dengan harga 20 riyal hingga 25 riyal. tapi bajunya besar.

Iran - jemaah Iran lawa2. Pakaian mereka juga cantik2. Masa mula2 tu, perempuan dia semua pakai hitam. Masa mereka nak tawaf, kaum muslimin mereka kepong kaum muslimat. Saya nampak ada muslimat lain yang ambil kesempatan dan masuk dalam kepungan Iran ni. Bukan apa, nampak macam selesa sangat bila kita tawaf tak berasak dengan kaum lelaki. Dalam kepunya muslimin Iran tu semua perempuan. I wish, TH akan buat macam tu untuk jemaah haji wanita Malaysia.

Kita sebenarnya boleh bezakan jemaah haji dari saru negeri ke satu negeri dengan pakaian mereka. contohnya jemaah wanita Malaysia akan pakai tanda "Malayzia" di telekong. Jemaah Indonesia pula serba putih tapi di Madinah mereka berpakaian ikut daerah. Selalunya pengenalan mereka adalah selendang yang berbagai warna ikut daerah. Saya suka satu daerah tu menggunakan warna biru muda kehijauan. Cantik betul. China pakai seluar hitam

Pergilah haji! Seronok bergaul dengan berbagai bangsa. I wish I can communicate with them. MasyaAllah macamana kat padang mahsyar agaknya? Seperkara yang nak diingatkan, kalau kita lihat amalan mereka tak sama dengan kita, jangan ikut. Kita kena belajar mazhab mereka dengan mendalam dan paham betul2 baru boleh ikut. Jangan ingat nak senang je, fokuskan kepada keredhaan Allah pada kita. Tiada yang lebih penting dalam hidup ini selain dari keredhaan Allah. Apalh gunanya harta bertimbun, pergi haji 10 kali, tapi Allah tak redha syurganya untuk kita.

29 Januari 2009

Pahala Berganda

Tengahari tadi ada ceramah di surau Menara Telekom. Tajuknya Pahala Berganda. Saya tak pasti ustaz yang menyampaikan ceramah berkenaan. Bila saya siap berwudhu' ustaz dah sampai ke point yang ke-2.

2. Melakukan kebaikan di mesjid2 tertentu. siapa yang melakukan kebaikan, solat dsb di Masjid Aqsa mendapat 500 kali ganda pahalanya, di Masjid Nabawi 1000 kali ganda pahalanya dan di Masjidil Haram 100,000 ganda pahalanya. Bayangkan 100,000 ganda macam 20,000 hari, equivalent to 54 tahun ++. MasyaAllah. Itu baru satu fardhu. Kalau kita beribadat 5 waktu je = 270 tahun. Kalau kita tinggal disana 10 hari? MasyaAllah besarnya pahala. Macam nak pengsan rasanya mengingatkan ganjaran orang yang kesana. Seronoknya bagi yang beribadat dengan ikhlas dan tak lalai sewaktu solatnya. Macamana agaknya ganjaran bagi yang rajin solat sunat.

3. Orang yang beribadat pada malam Lailatul Qadar mendapat ganjaran seperti 1000 bulan. MasyaAllah, ganjarannya seperti beribadat selama 83 tahun ++. Tapi bukan senang nak dapat Lailatul Qadar. Siapa yang tahu bila malamnya Lailatul Qadar itu? Hanya Allah yang mengetahui kerana ianya adalah rahsia Allah. Jadi beribadatlah sebaik mungkin untuk mencari Lailatul Qadar. Beribadat ni perlu diingat bukan solat semata-mata. Mengajipun ya, berzikir juga ibadat, sedeqah juga ibadat. Beribadatlah sejak dari masuk waktu Isya' pada malam Lailatul Qadar.

4. Orang yang mengeluarkan belanja yang banyak untuk beribadat. Kata ustaz orang yang pergi menunaikan haji secara pakej, belanjanya lebih banyak, maka pahalanya lebih besar. Tak tahulah kenapa ustaz menggunakan contoh haji pula. Agaknya ustaz dah tau saya nak menulis dalam blog malam ni. Ustaz just bagi idea kat saya. TQ ustaz! Orang yang bagi sedeqah yang lebih banyak kepada mangsa kezaliman di Palestin, akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi. Bab mengeluarkan belanja untuk Allah ini sebenarnya ujian yang amat berat. Duit yang kita boleh beli lobster besar untuk makan anak-beranak, sedapkan tekak kita, penuhkan tembolok kita, kita kena bagi kat orang lain pulak, mana boleh! Sesungguhnya perbelanjaan ke jalan Allah ini menuntut pengorbanan perasaan yang bukan sedikit.

5. Orang-orang yang terpaksa bersusah-payah untuk beribadat kepada Allah. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w berkata kepada Saidatina Aishah bahawa pekerjaan haji yang kamu lakukan ini mendapat ganjaran yang besar kerana kesusahan yang kamu alami. Ada ustaz sebut perawinya tadi, tapi saya dah lupa, dah 9 jam berlalu. Orang yang menunaikan haji secara muasasah lebih besar pahalanya dari sudut kesusahan berbanding dengan orang yang pergi dengan pakej. He he sekali lagi ustaz guna contoh haji, really! Orang yang solat Tahajjud lebih besar pahalanya dari solat dhuha, sebab nak bangun tidur tu lebih susah dari perut dah kenyang.

23 Januari 2009

Bukan Perkara Ajaib


Saya rasa ramai pengunjung blog ni melawat ke sini kerana terima satu e-mail yang menunjukkan gambar seperti diatas.

Berikut adalah komen dari Ustaz Sapawi Che Mat [sapawi05@yahoo.com]

"pada saya ini adalah mainan syaitan, kerana pada masa nabi saw tidak ada khabar tentang perkara begini" -14/1/2009

"Bagaimana nak beza anatar tipu daya syaitan dengan ajaran agama. Agama ada sumbernya iaitu Quran dan Hadis. Kalau bukan dari keduanya, maka itu syaitan" -9/1/2009

Berikut pula adalah pandangan seorang kawan, ex-journalist & pensyarah sambilan Seni Fotografi di UIA, UM & UITM, Saudara Yusof Ghani
-----------------------------------------------------------

salam,
kita tahu di mekah memang berlaku keajaiban dan segala kebesaran dan beruntunglah kawan-kawan muslimin dan muslimah yang sudah menjejakkan kaki dan mengerjakan ibadah di sana. insya'allah, yang belum tentu sudah berazam utk menyusul pada kadar segara mungkin selagi hayat ini ada.

aku tertarik melihat tompokan hitam itu, terutamanya apabila macam ada satu macam corak pada tompokan itu. itulah kuasa Allah.

izinkan aku berkongsi sedikit dari sudut fotografi (nawi boleh betulkan kalau silap). aku pun percaya doa-doa di sana semestinya diangkat ke langit, namun dengan cara yang hanya Allah yang tahu. pastinya dengan cara yang tidak nampak dilihat oleh mata.

namun, aku berpendapat tompokan putih itu ialah debu-debu halus yang begitu hampir dengan lensa dan terkena simbahan lampu flash camera. cahaya dari tompokan itulah yang dipantulkan utk dirakamkan oleh kamera. ini berdasar pengalaman mengambil gambar malam di mana salji sedang turun (snow flakes) yang mana salji putih halus itu akan menjadi tompokan putih besar pada gambar apabila cahaya flash terpantul pada salji itu, hampir sama dengan pada gambar di mekah itu (cuma seingat aku tak ada corak pada tompokan itu).

di padang pasir mekah pastinya berdebu dan debu itulah rasanya yang dirakamkan oleh setiap kamera yang tidak dapat dilihat oleh mata.

tapi itu pendapat aku yang percaya begitulah gambaran doa-doa diangkat ke langit dari tanah suci tersebut. subhanallah.

walllahu'aklam. 20/1/2009

Saya meminta maaf dan bertaubat atas keterlanjuran ini. Saya harap perkara ini dapat disebarkan.

21 Januari 2009

Mandi

Ada orang tanya mandi berapa kali sehari di sana? Doktor yang beri ceramah kata mandi sekali sehari pun cukup. Saya tak boleh, tak cukup sekali sehari, badan rasa gatal, sakit kepala. Saya mandi macam biasa, 2 kali sehari gak. Alhamdulillah sihat walafiat. Masa di Madinah saya cuba juga mandi sekali sehari, tapi memang tak boleh. Dah biasa mandi 2 kali sehari. So, saya mandi macam biasa.

Sabun orang kata jangan gunakan sabun dari Malaysia. Saya rasa perkara tu betul. Kawan saya bawa sabun biasa dari Malaysia, in the end badan dia gatal-gatal. Saya beli sabun khas untuk haji, namanya Umrah. Sabun ni ada dijual dimana-mana kedai yang menjual kelengkapan haji. Suami saya guna Sebamed.

Masa di Arafah saya mandi sekali, jam 1:30pagi 9 Zulhijjah. Itupun pintu kena ketuk. Masa di Mina saya mandi selepas habis waktu Subuh, dalam jam 8:00 pagi. Masa tu orang dah tak tergesa-gesa nak solat. Alhamdulillah pada 11 dan 12 Zulhijjah ada bilik air yang rosak, paip bawah tak boleh tutup, jadi 2 bilik air tersebut digunakan khas untuk mandi sahaja. Oh ya di Arafah, satu bilik air ada 1 paip sahaja, iaitu di bawah, kalau nak mandi kena tadah air. Di Mina ada 2 paip. 1 paip bawah dan satu lagi paip air mandi dari atas kepala. Kalau buka yang tu memang basah lencun.

20 Januari 2009

Nak pakai camne?

Bila nak ke tanah suci samada untuk umrah atau haji kita pasti tertanya-tanya cara berpakaian yang terbaik. Cara berpakaian yang terbaik of course menutup aurat. Syarat menutup aurat mestilah
. Tidak menampakkan bentuk badan
. Pakaian tidak melekat di badan
. Tidak menampakkan warna kulit

Pakai seluar menutup aurat tak? Soalnya seluar yang bagaimana. Kalau seluar jeans tentulah menampakkan bentuk badan. Seluar yang kain lembut pastilah melekat di badan.

Warna pakaian apa yang terbaik? Adakah putih yang terbaik atau hitam yang terbaik?

Pakaian yang paling menyedihkan ialah pakaian jemaah haji Indonesia. Mak dan suami saya memang geleng kepala. Dan lebih menguatkan hujjah kami bila Rakan Arafah kami memberikan pendapat yang sama semasa pengenalan Rakan Arafah di Dewan Makan. Beliau mengingatkan jemaah haji wanita supaya jangan meniru pakaian jemaah haji Indonesia. Jemaah Haji Indonesia di Madinah cantik, pakai telekong macam kita, tetapi di Mekah mereka memakai seluar putih, baju putih setakat separuh peha, tudung dah pendek takat pinggang. Bila mereka rukuk (minta maaf cakap) nampak punggong bulat, bila mereka sujud Astaghfirullah (minta maaf cakap) u/w pun putih jugak. Saya minta maaf banyak2 kalau perkataan saya menyinggung mana2 pihak, cakap salah tak cakap salah, tapi kena cakap juga. Nanti ada yang buat ibadah macam perkara main2 pulak.

Semua orang nak markah 10/10 untuk ibadah mereka, tapi kalau aurat tak jaga, boleh ke kita dapat 10/10, lebih-lebih lagi pakaian kita mengganggu jemaah lain beribadat. Perlu diingat bahawa di Madinah, jemaah lelaki dan wanita diasingkan, tapi di Mekah keadaan agak tidak terkawal. Ada ruang khas untuk wanita, tapi sesetengah orang degil, nak solat sebelah suami juga atau jemaah lelaki nak solat sebelah isteri juga. Pernah saya depan seorang muslimin saya cuit pipi saya dengan jari 2 kali sebagai isyarat malu dan saya kata "Haza Muslimah!" Hantam sajalah labu. Suami saya pun dengan pak-pak Arab selalu halau muslimat dari kawasan muslimin.

Bukan apa, nak solat sebelah lelaki, sungguh tak selesa. Bila tak selesa kebanyakan dari kita akan menjauhkan diri. Berlaku pula saf tak rapat, terputus. Lagipun kita nak jaga pandangan juga mak-mak aji yang pakai seluar ni. Depa ni rajin sungguh solat sunat. Masa solat sunat orang lain tak solat, so perbuatan depa solat tu orang lain dok pandang je, ish satu pemandangan yg... hmmmm..... entahlah.

Sebelum balik ada sekali saya ternampak jemaah Malaysiapun dah terikut. Dia solat depan saya, bila dia sujud nampak loket.

Saya nak nasihatkan muslimat yang nak ke sana. Memanglah tak praktikal untuk pakai kain yang kita selalu gunakan masa solat kat Malaysia ni. Kita baru sampai, orang keliling dah ramai, takkan kita nak sarungkan kain. Mata semua memandang kat kita lak kang. Kalau jenis getah tak apa, kalau jenis nak kena ikat tak ke haru tu? Ustazah selalu ingatkan pakai setokin semasa solat. Setokin pulak, kalau kat Malaysia yang warna coklat tu, yang tu nipis. Kenalah lapiskan satu lagi supaya tak nampak warna kulit kita. Kenalah pastikan solat kita nanti sah. Kalau pakai kain atau jubah, masa kita sujud, pastikan betis dan peha kita tak kelihatan, caranya pakailah seluar. Supaya punggong kita tak ketara masa sujud dan rukuk, pakailah baju yang agak besar atau telekong yang agak labuh. Saya prefer pakai jubah setiap masa. Mak saya pakai baju kurung dan seluar nipis di dalamnya.

Solatlah dengan cara yang betul iaitu merapatkan dua peha dan rapatkan lengan ke badan.

Berapa helai telekong nak bawa? Untuk musim haji 3 helai memadai, 4 pun OK. Telekong ni tak perlu beli awal2. Kalau pilih pakej, biasanya pihak pakej akan berikan sehelai telekong. Saya berkursus di UPM, jadi ADUN Serdang berikan sehelai telekong. Oleh kerana saya tinggal di Sepang, Ahli Parlimen Sepang panggil untuk berikan hadiah bakal haji, tapi kami tak sempat nak pergi. Majikan dan Persatuan Pekerja Islam juga bagi. Kawan2 pun bagi hadiah telekong. Masa kursus haji Intensif dan Kursus Haji Perdana ramai orang jual telekong, macam2 pilihan dan fesyen. Malam nak berangkat jenuh menjahit tanda "Malaysia" kat telekong.

Masa berangkat dan balik, saya tak pakai telekong, walaupun semua orang lain pakai telekong. Saya dan mak pakai tudung labuh warna hitam yang saya tambah bahagian dagu. Saya beli di Taman Melewar, Gombak.

18 Januari 2009

Pakej mana?

Mungkin ramai yang confuse, nak pergi haji ikut rombongan mana? Pakej atau muasasah. Kalau pakej, pakej mana yang paling bagus.

Dalam menentukan rombongan ni perkara yang perlu diambil kira ialah

i. Jarak ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
ii. Keselesaan di Masya'er
iii. Pembimbing pakej.
iv. ziarah
v. Umrah

Dari segi bayaran, jemaah muasasah pada tahun 2008 kalau tak silap cuma bayar RM8445.00 sahaja. Jemaah pakej bermula dari semurah RM14,000.00 hingga RM102,000.00.

Jemaah muasasah makan nasi bungkus manakala jemaah pakej makan secara buffet. Pakej kami ada 6 jenis lauk iaitu sup, ayam atau daging, ikan, sayur, salad, ulam dan sambal belacan. Teh, kopi dan roti tak pernah putus. Kadang-kadang ada bubur dan maggi cup. Untuk breakfast sentiasa ada bubur nasi. Yang lain ialah samada bihun, mee(spaghetti) goreng, nasi lemak atau mee sup. Tapi apalah sangat gahnya makan buffet, kalau balik-balik tengok lauk tu, macam kita di asrama dulu. Lebih baik beli bungkus, tiap2 hari boleh rasa makanan yang berlainan. Jemaah muasasah makan 2 kali sehari, tapi pakej 3 kali sehari. Tapi untuk jemaah muasasah sentiasa ada jualan di tempat mereka. Laksam 2 atau 3 riyal(bergantung kepada hotel), bihun, nasi lemak, nasi himpit, karipap, pulut manis, roti jala, jala emas, pulut panggang, lengkong, bun. Pendekkata macam2 ada di hotel muasasah! Di hotel pakej, tak ada jualan macam tu.

Untuk jemaah Tabung Haji tak kira pakej atau muasasah, di Madinah jemaah akan ditempatkan di Hotel Anwar Madinah Movenpick. Hotel ni 5 bintang, 4 orang sebilik. Movenpick ada 2 bangunan. Jemaah pakej ditempatkan di bangunan depan yang berdekatan dengan masjid Nabawi, manakala jemaah muasasah di tempatkan di bangunan belakang sikit. Pakej-pakej lain di hotel yang lebih belakang. Pernah saya ziarah saudara saya, hotelnya agak buruk. Pakej mahal yang berharga lebih dari RM50,000.00 di hotel yang lebih kelas. Untuk pakej TH di Hotel Oberoi.

Di Mekah keadaan jadi terbalik. Untuk sesetengah pakej Tabung Haji tinggal di hotel kecil 3 bintang tak ada almari taraf Chow Kit, manakala jemaah muasasah tinggal di hotel besar 4 dan 5 bintang ada almari. Pakej Tabung Haji ada pilihan untuk tinggal 2 orang sebilik, 3@4 orang sebilik dan 5@6 orang sebilik. Bagi jemaah muasasah mereka tiada pilihan, terserah pada nasib samada dapat 2 orang, 3 ,4 ,5 atau 6 orang sebilik.

Untuk pakej tabung haji dan pakej-pakej swasta yang lain, harga pakej terletak pada jarak dari hotel dan bilangan orang sebilik. Ada yang 50 meter dari masjid, 100m, 200m, 300m dan 480 meter dari Masjidil Haram. Lagi ramai orang dalam bilik lagi murah. Kawan saya yang tinggal di Hotel Hijjaz, 80 meter dari Masjidil Haram, yang pada masa menghampiri hari wuquf, solat fardhu melimpah hingga ke lobi hotel beliau, tinggal 6 orang sebilik, Pasaraya Bin Daud terletak antara hotel beliau dan masjid, ada almari, beliau perlu bayar RM22,000.00. Pakej saya 480meter dari masjid, 3 orang sebilik, RM17,490.00. Saya tak pernah melawat hotel pakej swasta, tapi pakej swasta lebih murah berbanding Tabung Haji.

Hotel muasasah paling dekat ialah 600meter dari masjid, Hotel Cordoba. Paling jauh 1km. Saya tak pasti hotel mana, tapi Hotel Janadriah pada anggaran saya agak jauh, tapi di sini satu2nya hotel Tabung Haji yang ada kemudahan internet. Antara hotel muasasah yang saya dah sampai ialah Janadriah(cari sepupu saya, tak jumpa tapi mereka semak dalam komputer dimana sepupu saya), Hotel Sevilla Barakat (sepupu saya di sini), Hassan Khazindar (cari kawan saya di Firdous Tower tapi rupa2nya tersalah jalan, laksamnya sedap), Hotel Elaf Suds (ziarah dua pupu saya, on the way ada ayam panggang sedap dan roti tempayan 1 riyal) dan Durratul Quds (cari laksam). Hotel Janadriah ialah pusat operasi TH, manakala Hotel saya iaitu Hotel Barakah pula ialah pusat operasi TH Travel.

Jemaah pakej dibawa untuk ziarah ke Arafah, Mina, Muzdalifah, Jabal Thur dan Jabal Nur di Mekah manakala di Madinah pula dibawa ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, kilang Al-Quran dan Pasar Kurma. Semuanya telah termasuk dalam harga pakej. Saya rasa muasasah tak ada ziarah. Entahlah, saya tak pernah tanya.

Jemaah pakej juga dibawa untuk ke miqat untuk berniat umrah sebanyak 7 kali. Sekali ke Ja'aranah semasa ziarah dan 6 kali dibawa ke Tana'im. Jemaah muasasah kena pergi sendiri ke miqat. Kadang2 bas dah disediakan oleh pakej, tapi pada hari berkenaan tak ramai jemaah yang nak ke miqat, maka jemaah dari KT lain akan naik bas berkenaan untuk ke miqat. Jadi jemaah pakej ada yang buat umrah sekali je(umrah wajib) dan ada yang sampai 10 kali bergantung pada kemampuan. Tentang umrah ni ada berbagai pendapat. Ada yang kata lebih afdal buat tawaf sunat sahaja. Terpulang kepada masing2. Tepuk dada tanya iman dan kaki, sebab kaki yang akan bawa kita bersa'ie.

Semasa di masya'er(Arafah dan Mina, Muzdalifah-tak tidur) jemaah muasasah tidur atas karpet, kalau tidur mengadap2 tersentuh hidung(kata orang) dan kena tidur mengiring, tanpa bantal. Untuk jemaah pakej, disediakan tilam bujang, selimut dan bantal. Jadi, agak selesa kerana ruang ktia agak besar. Pada waktu siang, tilam tu dilipat untuk dijadikan tempat solat pula. Khemah pakej ada air-cond, saya tak pasti khemah muasasah ada air-cond atau tidak.

Toilet di masya'er memang kena tunggu lama sikit. Di Arafah OK sikit, tapi di Mina, nak masuk toilet pada waktu subuh kena tunggu 1/2 jam hingga 1 jam. Kita dah prepare mental sebelum pergi, jadi hal menunggu tu tak ada masalah. Kalau selepas jam 8 pagi, tak ada masalah sangat. Dengar cerita toilet muasasah teruk juga.

Saya tak tahu makanan untuk jemaah muasasah macamana, tapi di masya'er jemaah pakej makan secara buffet. Kami yang menunggu untuk makan nasi bungkus macam orang Muasasah tak kesampaian.

Jemaah zamrud dan nilam, jangan ceritalah, hotel 5 bintang, bilik mengadap kaabah. Makan di Arafah pun kerusinya berbalut kain warna emas, guna meja bulat. Suasananya macam nak jamu anak raja.

Semasa di Arafah khemah kami bersebelahan dengan pakej Rayhar. Saya suka dengar bimbingan dan tazkirah dari pakej Rayhar. Mak dan suami sayapun suka pakej Rayhar. Ooops ni saya tak dapat apa2 dari pakej Rayhar tau, saja sebut je. Jiran saya ikut satu pakej dari Negeri Sembilan. Dia kata bimbingan dan ceramah 1st class. Saya lupa nama pakej. Agaknya kalau khemah kami bersebelahan dengan pakej Utas, saya pun akan suka kepada pakej Utas. So, sebaik2nya bertanyalah kepada orang yg pergi menggunakan pakej2 berkenaan. Bagi jemaah yang mengikuti pakej swasta saya alu2kan untuk menceritakan pengalaman masing2 dengan pakej mereka.

Semua hotel muasasah dan hotel THTS yang mempunyai lebih dari 500 jemaah haji Malaysia ada kemudahan mengeluarkan wang dari Tabung Haji, kemudahan Pos Malaysia dan kemudahan klinik. di hotel pakej swasta tiada kemudahan ini. Kalau nak hantar barang meraka akan panggil Pos Malaysia atau Nationwide Express. 2 orang kawan saya hantar barang seminggu sebelum wukuf guna Pos, balik 1 Jan 2009 belum sampai juga lagi barangnya, saya pos barang 2 hari selepas pulang dari Mina guna NWE, barangnya sampai dalamasa 3 hari.

Minta maaf kalau ada yang terasa. Blog saya ni bukan blog iklan, tapi memang pure berkongsi pengalaman. Tak ada niat nak burukkan sesiapa.

Conslusionnya, buatlah pertimbangan sebaik2nya sebelum pilih rombongan haji mana yang kita nak ikuti. Bila dah pilih tu, janganlah pula merungut. Ingatkan macam ni ingatkan macam tu. Jangan main ingat2.

16 Januari 2009

Bumi Barakah

Melihat Kaabah, meminum air zamzam, melakukan saie membuatkan saya teringat kepada Siti Hajar, ibu Nabi Ismail. Sudah lama kisah ini terjadi. Melihat kota Mekah yang maju, hampir 20 minit baru saya dapat keluar dari kota ini menuju Jeddah.

Sepanjang jalan dari hotel ke masjid sejauh 480meter, saya tak berjumpa dengan secebis tanahpun untuk saya pijakkan kaki. Hanya tar, konkrit dan marmar. Tak dapat dibayangkan tanah yang bagaimana yang dihentak Ismail hingga air membasah bumi dan ibunya menjerit zammi! zammi! Tak dapat dibayangkan, bukit pasir yang macamana yang dijejaki Siti Hajar semasa mendaki Bukit Safa dan Marwah semasa mencari air.

Saya di sini memerhatikan sekeliling saya, membayangkan peristiwa berkenaan. Saya di situ memerhatikan keliling saya, seolah terbayang kelibat mereka berdua tatkala ditinggalkan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim yang saya sebut namanya sekurang-kurangnya 4x5 kali sehari. Nabi yang Allah sayang, yang Allah perintahkan menempuh perjalanan selama 6 bulan untuk sampai ke sini. Nabi yang telah membina kembali Rumah Allah ini. Nabi yang telah mendoakan agar bumi Mekah ini subur dan makmur bila baginda menziarahi isteri Nabi Ismail yang kedua.

Selepas mengerjakan haji barulah saya berpeluang ke kawasan Masjid Kucing. Disitu kawasan dataran baru Masjidil Haram sedang dalam pembinaan. Barulah saya berpeluang melihat debu Mekah, tanah Mekah yang asli, yang belum diturap, belum disimenkan dan belum diletakkan lantai marmar. The actual, the real 'tanah' di Mekah. Kat tempat lainpun ada juga tanah seperti dari Hotel saya menuju ke Elaf Quds, ada kawasan bertanah, tapi sudah tak real sebab ditanami rumput.

Kawasan berkenaan juga agak tidak rata, kawasan berbukit. Semasa berjalan dengan mak saya selepas sai'e haji, saya heret dia naik bukit sikit untuk menuju ke deretan bazar yang paling kiri. Jadi merasalah saya berjalan diatas tanah yang belum ditutup, naik bukit sikit. Tapi saya tak lah berlari macam Siti Hajar. Tahun depan mungkin dah tak ada.

Bumi Mekah,
bumi barakah,
bumi para anbia,
bumi Nabi Adam,
Nabi Ibrahim,
Nabi ISmail
dan Nabi Muhammad.

Kini aku di sini
ingin bertawaf padamu
ingin bersai'e
ingin berwuquf
ingin bermabit
ingin melontar jamrah

Nabi Ibrahim melontar 7 batu
Nabi Ismail pun melontar 7 batu
Hajarpun 7 batu

Aku datang Ya Allah menyambut seruanMu
Aku datang menyahut jemputanmu ke RumahMu
Sambutlah aku dengan redhaMu
Sambutlah aku dengan keampunanMu

Hajarul Aswad

Batu hitam dari syurga yang saya tak pernah lihat dengan mata kasar. Batu hitam dari syurga yang saya tak pernah sentuh. Batu hitam dari syurga yang saya tak pernah berkesempatan untuk menciumnya.

Semasa di Tingkatan 3, dalam Pendidikan Islam saya belajar tentang haji dan tentang batu hitam ini. Dalam hati saya simpan cita2 untuk mengucupnya juga seperti orang lain. Bila berkata tentang Mekah, batu hitam ini dan baitullahlah yang terbayang dalam ingatan.

2008 saya menjejakkan kaki ke Mekah. Saya tak meletakkan harapan tinggi untuk mengucupnya memandangkan kaki suami ada besi. Silap haribulan patah besi di pehanya. Pergi sendiri? Menakutkan. Yang beratur nak mengucupnya kebanyakannya lelaki. Kalau pergi dengan suami sedaplah sikit hati tu, tapi kalau pergi sendiri rasanya tak berani. Kawan saya Azirah kata masa dia pergi masa musim umrah, ayah dia yang protect dia supaya orang tak tolak dia. Keadaan di situ memang berasak-asak.

So, saya memang tak buat any attempt untuk mencium Hajarul Aswad. Dalam hati saya akan datang lagi pada musim umrah. Keadaan masa musim haji memang nampak macam tak mengizinkan. Tambah pula dengan cerita bahawa 4 orang jemaah wanita Indonesia meninggal dunia ketika cuba untuk mengucup Hajarul Aswad.

Sunat mengucup Hajarul Aswad, sunat mengangkat tangan dan meletakkan tapak tangan di dinding kaabah dan sunat meletakkan pipi di dinding kaabah. Semua tu saya belum buat. Nantilah. Suatu hari pasti saya akan dapat lakukannya juga, dengan izin Allah. Ya Allah ya Tuhanku berikanlah peluang Salwani Ali untuk mengucup Hajarul Aswadmu, memegang dinding kaabahmu dan meletakkan pipi disana. Amin. Terima kasih kerana berdoa untuk saya!

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat!!

Wednesday, December 3, 2008

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab.
.
.
.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning.
.
.
.
Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.


.
.
.


Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.


Sila lawati laman PJ Sempoi untuk artikel penuh.