03 Jun 2009

Dari Rompin Accident di Bukit Putus

Salam

Saya tak tahu kenapa rakan2 di ofis suka guna perkataan salam instead of Assalamualaikum. apa2pun ianya masih acceptable kot.

Lama tak jengok blog. Akhir2 ni musim panas, anak saua suka tidur bilik saya sebab ada air-cond. Kalau dia nak tidur sendiri tak pe, minta temankan pulak. alih2 kita tertidur sama.

25/5/09 saya dapat BLM warna mountain blue. patutnya dapat hari jumaat sebelumnya tapi dia orang tak buat PDI (pre delivery inspection), so isnin baru ambik. tak sempat nak tayang kat adik-beradik masa kenduri kahwin anak sedara. bimbang gak takut terasa hati beli kete senyap2. hari khamis abang Aziz saya datang untuk ambil iswara tahun 1997. tolak kat dia 4K je.



Hari Jumaat kami ke Rompin untuk kenduri kahwin Husni, sepupu saya. Kami menginap di Rompin Beach Resort ditanggung oleh bapa pengantin perempuan. RM198 per night. Kami occupy 8 chalet. Hari Sabtu 30/5/09 tu kol 4:30 petang terus balik ke KL.

Kami solat Maghrib di Kuala Pilah kemudian sambung perjalanan. Bila sampai di Bukit Putus budak2 bukan main seronok lagi sebab jalan bengkang-bengkok. Depa main game wo-wo. Kalau belok ke kanan yg kiri tolak orang kanan, bila belok kiri, yg kanan tolak orang kiri sampai jerit woooo woooo woooo. pastu gelak. itupun boleh jadi game.

Sedang seronok depa main wo-wo tetiba satu treller dari arah bertentangan makan jalan, lalu bergesel ngan kereta kami. Wadduh! KEretaku lom sampai seminggu! Toleh ke belakang dah tak nampak trellernya. Yang kami nampak hanyalah bukit. Huwaaaaaa. Sesiapa yang pernah lalu Bukit Putus taulah betapa bengkang-bengkoknya jalan tu macam ular kena palu. Masa tengok GPS tu pun saya gelak tengok peta jalan. Saya menggunakan MapKing 2007.

Kereta kami calar dan kemek fender depan dan belakang. sport rim depan calar teruk, apa nama tah yg kat belakang tayar tu(bukan mudguard), koyak dan cermin sisi patah. Semua mangsa adalah di sebelah kanan. Kejadian tu berlaku 5.5km dari simpang terdekat. (Kami sepatutnya ambil simpang ke kanan untuk ke PLUS Hi-way)

Kami berhenti di Petronas selepas Bukit Putus, tengok kerosakan kereta. Petugas kat situ kata balai polis terdekat ialah Balai Paroi selepas traffic light. Jenuh juga nak cari balai tu, 3 kali kami ulang alik. So, kami patah balik ke Ptronas tu dan seorang pemandu kata balai polis tu ada banyak lampu, barulah kami jumpa. Pegawai di situ kata balai berkenaan tak terima laporan traffik kecuali yang melibatkan kematian. Kami boleh buat aduan di mana2 je sebab sekarnag ni semua online. Jadi kami balik ke Bangi.

Sampai di Bangi pegawai di sana kata laporan traffik belum online lagi, yg online cuma jenayah. Jadi, kami kena ke IPD Seremban. KAta salah seorang pegawai tu IPD Seremban terletak dekat dengan bus stop lama. Kalau kat bus stop lama, maknanya di pekan Seremban la.

Sampai di Seremban cari IPD tak jumpa, tanya orang kat situ katanya IPD di Seremban 2. Aduhai.... satu hal nak cari Seremban 2.

Sampai di Seremban 2 buat aduan, fotostat IC, lesen, masuk bilik interrogaation, dia kata tunggu jap sebab nak ambik gambar. Jadi kami tunggu di kereta selama sejam. Bila tak datang juga kami pergi tanya. Rupa2nya gambar dah ambil masa kami tengah buat aduan. Sabor je.

Kol 1 pagi baru sampai di rumah. Hari Isnin hantar ke EON Sg Besi, lagi sebulan baru siap.

04 Mei 2009

Mabit di Muzdalifah

Jam 12 malam sudah ada jemaah Malaysia yang meninggalkan Muzdalifah. Saya tak nampakpun sebarnag perbezaan jumlah jemaah berkurangan. Jam 1 saya masih melihat sekitar Muzdalifah. Dalam hati kalau macam ni agaknya subuh baru kami boleh bergerak. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur. Jam 3 1/2 pagi saya terjaga. Payah juga nak tidur berbumbung langit ni dalam keadaan orang sekeliling masih berbual atau berzikir.

Bila kami sampai tadi semua jemaah dibekalkan dengan air kotak(air mangga atau air oren), roti, biskut dan air zam-zam. Kami dah pun makan malam di Arafah, tapi kalau dah rezeki, jangan ditolak. apa yang saya perhatikan, ramai yang ambil ration berkenaan, tapi tak dimakan, sayang betul. Saya simpan biskut dan air dalam beg, manalah tau kot-kot teringin pula.

Terasa nak ke toilet. Alhamdulillah tak ramai sangat orang. Waktu Subuh akan masuk jam 5:15 pagi. Kalau ada rezeki sempatlah saya dapat sunnah Rasulullah iaitu bersolat Subuh di Muzdalifah. Jam 4 pagi saya beratur di toilet dan Alhamdulillah hanya 4 orang di depan saya. Cuaca agak menyegarkan. Badan tak pula melekit. Selepas berwudhu terjumpa Ustazah Yaminah. Saya cadangkan agar kami siapkan tempat untuk solat Subuh. Alhamdulillah cadangan diterima, tapi beliau perlu berhemah untuk memaklumkan kepada Ustaz Tabung Haji.

4:30 pagi kami mula menyiapkan tempat untuk solat dan beberapa orang mengambil kesempatan untuk solat sunat.

Alhamdulillah saya dapat solat Subuh secara berjemaah di Muzdalifah. Ustazah Yaminah amat gembira. selama beberapa tahun mengikuti rombongan haji, inilah pertama kali beliau berpeluang solat subuh di Muzdalifah. Kita yang pertama kali mengerjakan haji dan berpeluang pula solat Subuh di sini taklah merasa apa-apa sangat. Cuma rasa dapat seronok sebab dapat ikut sunnah Rasulullah. Nak jalan kaki ke Muzdalifah tak larat, tidak pun tak pasal-pasal kena marah dengan Tabung Haji. Dapat yang ni satupun Alhamdulillah. Tapi bagi seorang ustazah yang tahu hukum-hakam, yang berada di sini setiap tahun, mereka amat terkesan dengan peluang ini.

Selesai solat kami menunggu bas untuk ke Mina. Tak ada apa yang nak dikejarkan sangatpun. Kalau dapat tilam masa ni Alhamdulillah. he he he. Hari dah semakin cerah, tapi kami masih di sini, orang dah semakin berkurangan. Bas adalah di sebelah kanan kami, tapi masih rileks di sebelah kiri bukit. Nak berjalan bawa barang jauh juga tu, macam dari Menara TM ke Menara TNB.

Tiba2 ketua rombongan mengarahkan kami turun bukit di sebelah kiri iaitu dari arah kami naik tadi. Alhamdulillah. Taklah jauh sangat kena berjalan. Bila dah lama menunggu ada yang menunjukkan terer dengan memotong barisan. Ustaz dah pesan supaya kita cuba dapatkan haji mabrur. Perbuatan memotong barisan ini antara perbuatan yang menyebabkan kurangnya kemabruran haji kita. Hilang sabar dengan mereka yang memotong barisan juga menyebabkan kurang mabrur haji kita. Jadi, sabarlah! Allah bersama orang yang sabar.

Sekali lagi saya kena heret 3 barang, beg saya, beg makanan saya dan mak serta air yang mak kata dia nak bawa, tapi terpaksalah saya bawa. Dengan kepenatan dengan kudrat yang sedikit, manalah mak larat nak bawa semua tu. Sekali terfikir juga, orang dah kata jangan bawa air nak bawa juga. Tapi terfikir balik, apa kata kalau memang betul terputus air kat Muzdalifah, apa kata kalau bas yang kami naiki tersesat, apa kata kalau, kalau kalau.... air yang mak bawa ni memang amat berguna masa kecemasan. Allah uji kita dengan tak ada kecemasan. MasyaAllah panjang sebenarnya akal mak. Tak apalh penat sikit. Masa kita kecik dulu mak kendong kita sambil masak. Saya dah merasa kendong anak sambil masak, letih wooo! Lengoh lengan. For you mum! I will do everything. Tapi kenapa kadang-kadang rasa kesabaran tergugat dengan ujian dari mak. Itulah namanya bumi dugaan! Dugaan terbesar ialah dugaan di musim haji. Agaknya berapalah markah saya.

Berjaya melakukan semua rukun dan wajib haji satu hal, tahap haji satu hal lain pula, samada kita mendapat haji mabrur, makbul, maksus atau mardud. Mendapat haji mabrur menyebabkan selama 4 bulan semua doa kita termakbul.

Alhamdulillah jam 8 pagi kami dah sampai di Mina.

28 April 2009

Tengah malam 10 Zulhijjah

Pada tengah malam ini dah banyak perkara yang boleh dilakukan oleh jemaah haji.

Pertamanya masih ada waktu wuquf di Arafah iaitu sehingga masuk waktu Subuh nanti. Wuquf adalah rukun haji. tanpa wuquf Haji kita tak sah. Kalau ikutkan fakta dari laman web ini, Rasulullah berangkat dari Arafah ke Muzdalifah selepas Isyak. Perjalanannya adalah secara perlahan iaitu berjalan kaki.

Keduanya sudah masuk waktu bermabit di Muzdalifah yang mana para jemaah dikehendaki berada di Muzdalifah hingga masuk waktu Subuh. Mabit di Muzdalifah walau sekejap adalah perkara Wajib Haji. Meninggalkannya dikenakan dam. Walau bagaimanapun hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk tidak bermabit di Muzdalifah. Orang yang letih, malas dan tak sanggup bersusah-payah di Muzdalifah tetap diwajibkan bermabit. Kalau ikut sirah, Rasulullah solat Subuh di Muzdalifah.

Ketiganya ialah melontar di Jamratul Aqabah iaitu melontar 10 Zulhijjah(Wajib Haji). Ingat! Aqabah sahaja! Jangan pula melontar di Jamratul Wula atau Wusta! Tapi jangan bimbang, polis Arab Saudi berkawal di sana dan mereka akan menegur kalau ada jamaah yang melontar. Tapi memang boleh cam sebab orang hanya melintas sahaja dan tiada siapa pun yang melontar. Tak boleh melontar ke? Boleh! Apa salahnya? Melontarlah, tapi tak dapat apa-apa pahala malah terima senyuman dari jemaah lain! Melontar 10 Zulhijjah ni boleh juga dilakukan pada hari-hari berikutnya jika tak sempat dilakukan pada 10 Zulhijjah. Hari terakhir melakukannya ialah sebelum Maghrib 13 Zulhijjah. Kalau belum melontar 10 Zulhijjah, lontaran di 3 jumrah untuk 11 Zulhijjah tidak sah.

Keempatnya, bila dah melontar 10 Zulhijjah, jemaah bolehlah bergunting(Rukun Haji), maka lengkaplah tahallul awal bagi jemaah berkenaan.

Kelimanya, jemaah haji boleh terus ke Mekah untuk melakukan tawaf haji(Rukun Haji).

Keenamnya selepas tengahmalam 10 Zulhijjah ini juga, jemaah sudah boleh bersai'e(Rukun Haji).

Kalau dah buat semua keenam-enamnya maka lengkaplah tahallul thani bagi jemaah berkenaan. Tapi awas, baru siap tahallul, belum siap nafar. Balum dapat gelaran haji!

Saya dan suami bercadang untuk melontar Jamratul Aqabah, bergunting dan tawaf selepas zohor nanti. Kalau sempat saya nak bersai'e, kalau tak sempat nak kejar tawaf dulu sebab saya bimbang kawan rapat akan datang bila2 masa sahaja.

Satu aktiviti yang tak dapat dipisahkan dari Muzdalifah ialah mengutip 7 anak batu.

14 April 2009

Bermabit di Mudzdalifah

Sampai di Mudzdalifah, kami diarahkan untuk naik bukit sikit. Alah, tak tinggi manapun, 5 kaki je. Sampai diatas, keadaan agak rata. Kami diarahkan duduk atas tikar yang disediakan sementara tunggu masuk waktu bermabit iaitu lebih kurang jam 11:45 malam. Sebaik sahaja masuk waktu untuk bermabit, rombongan pertama akan mula bertolak ke Mina pula. Dari Mina kami diminta menunggu. Kami tidak dibenarkan melontar kerana waktu melontar untuk jemaah Malaysia ialah malam esoknya.

Walau bagaimana bagi yang rasa dia berkemungkinan akan period dalamasa terdekat bolehlah pergi melontar dan tawaf haji pada malam ini juga. Tapi kena pergi sendiri! Pihak pakej tidak akan menemani peserta yang nak pergi diluar waktu melontar yang ditetapkan. Bagi yang nak pergi sendiri juga dinasihatkan tidak memakai apa-apa pakaian atau membawa barangan yang menunjukkan bahawa mereka adalah jemaah Malaysia, bagi mengelakkan kerajaan Malaysia dikenakan denda oleh Kerajaan Arab Saudi seperti dikurangkan kuota haji dan sebagainya.

Oleh kerana terpesona dengan suasana yang ramai orang, saya snap beberapa gambar. Antaranya gambar yang menyebabkan suami saya jadi famous kerana e-mail yang mengandungi gambarnya disebarkan kepada ramai orang yang memahami Bahasa Malaysia sepeti yang saya siarkan dalam artikel bertajuk Orbs Bukan Perkara Ajaib. Sila baca artikel berkenaan untuk penjelasan lanjut.

Boring juga duduk-duduk saja, saya tinjau ke segenap tempat yang menempatkan jemaah pakej. Di Mudzdalifah semua jemaah pakej tak kira dari Tabung Haji dan pakej-pakej swasta akan berkumpul di satu tempat. Luas juga kawasannya. Saya tak pasti berapa ramai, tapi jemaah THTS sahaja dalam 2200 orang. Sebahagian dari jemaah THTS dikumpulkan di Maktab 86. Saya lihat di Mina jemaah pakej adalah dari maktab 82 hingga maktab 85. Jemaah THTS yang ditempatkan di Maktab 85 ialah pakej yang mahal sikit.

Satu keajaiban yang saya perasan sejak saya sampai di Mudzdalifah ialah bulannya pelik sikit. Saya cuba renung bulan, tapi saya tak pasti. Takkanlah ada tulisan pula di bulan ni. Saya nampak ada 3 jaluran macam ada tulisan yang merentangi bulan, tapi terletak dibelakang bulan. Takke pelik tu? Bulan tu sendiri, corak didalamnya agak ganjil, bukan macam corak yang kita biasa tengok di Malaysia. Selepas pulang dari Masya'er baru kawan2 tanya, "Nampak tak tulisan kat bulan masa di Mudzdalifah? Macam slide show kan?" Haaa.... betul tu! Saya ingatkan saya sorang je yang perasan, rupa-rupanya ramai lagi! MasyaAllah! Subhanallah! Dan nikmat Tuhan kamu yang manakah lagi yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)

Bila bermula waktu mabit, maka bas pertama bertolak ke Mina. Cukuplah bermabit hanya sekejap di Mudzdalifah. duduk seminitpun dah dikira bermabit di Mudzdalifah. Rombongan pertama yang bertolak ialah rombongan yang mula-mula sampai di Mudzdalifah tadi. Kami yang sampai lewat ni, kami buat tak tahu ajelah. Tak nampakpun orang surut, jadi kami tidor ajelah. Good nite!

10 April 2009

Wuquf di Arafah

Selesai makan tengahari, saya mencari port di tempat yang agak teduh tapi tidak terhijab dengan langit. Saya bentang tikar yang dihadiahkan oleh Telekom semasa di Kelana Jaya. Mak tak nak keluar sebab dia masih belum sihat. Tak apalah, nanti sakit kepala pulak susah juga. Saya duduk berdekatan dengan 2 orang Ustazah dari Johor di sebelah khemah kami.

Pukul 5 dah terasa penat sikit. Saya keluar dari tempat persembunyian dan berjumpa dengan suami yang dah pun keluar. Kami menikmati suasana Arafah, melihat kegembiraan jemaah lain menikmati udara Arafah di hari wuquf. Inilah baru nak bersiar-siar di Arafah ini sebelum kami bertolak ke Mudzdalifah malam nanti. Macamanalah agaknya suasana di Arafah ini lebih kurang 1365 tahun yang lalu semasa Rasulullah melakukan Haji Wida'?

Dalam khemah kami ada pokok dan ada daunnya. Ramai yang bimbang takut tercabut pulak daun di Arafah ni, nanti kena dam. Ustazah beritahu bahawa Arafah ialah tanah halal, maka kalau kita mencabut pokok di tanah halal, tidak dikenakan dam. Begitu juga kalau kita terbawa balik debu dari Arafah, tidak dikenakan dam. Tikar yang saya gunakan di Arafah masih melekat debunya kot sebab saya masih simpan dan belum pernah buka sejak balik dari Arafah. Siapa nak? Lelong! Lelong! RM17,490.00. Ha ha ha! Harga pakej yang saya ikuti.

Waktu maghrib masuk awal iaitu lebih kurang jam 5:30 petang. Kami siapkan barang-barang untuk bertolak ke Mudzdalifah dan meninggalkan bumi Arafah.

Kumpulan yang pertama bertolak sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib. Tak apalah, mereka boleh solat Jamak Taakhir di Mudzdalifah. Dari Mudzdalifah nanti kenderaan pertama nak bertolak ke Mina akan berlepas pada jam 12 tengah malam, jadi masa nak solat tu memang panjang. Pasal makanan, pihak THTS pasti sediakan.

Selepas solat Maghrib, kami mula menikmati makan malam. Lepas makan Kak Salmah bagitau Makcik Ani hilang. Mak risau sangat dengan kehilangan makcik Ani. Mak suka berkawan dengan Makcik ani, sebab Makcik Ani agak kelakar. Saya bantu cari dari khemah ke khemah dan temankan Kak Salmah jumpa pegawai THTS. Dari jemaah lain kami dapat tahu makcik Ani telah dibawa ke tempat Muasasah oleh tukang masak THTS. Ni mesti kes dia tak tahu bahawa dia ikut pakej. Kesian Kak Salmah tak lalu makan mengenangkan maknya.

Kami menanti bas untuk ke Mudzdalifah di kawasan yang disediakan mengikut pakej dan hotel.

Perjalanan ke Mudzdalifah hanya memakan masa 2 jam. Walaupun hanya 9km, tapi dengan bilangan jemaah yang ramai dari seluruh dunia, tempat yang dekatpun pastilah memakan masa yang lama.

07 April 2009

9 Zulhijjah 1429 Hijri

Masuknya tarikh 9 Zulhijjah ialah bersamaan masuknya waktu Maghrib hari berkenaan. Berlainan dengan waktu Masehi yang mana tarikhnya bermula pada jam 12 tengahmalam.

Jemaah di khemah sebelah iaitu maktab 85 yang didominasi oleh pakej Rayhar, mula menggiatkan ibadah seawal jam 9:00 malam. Mak saya sudah gelisah dan mengejutkan saya supaya bangun bertahajjud. Saya ingatkan mak bahawa jemaah kami akan bangun jam 4 pagi.

Saya agak bimbang tak dapat mandi kalau semua orang bangun jam 4 pagi, jadi saya bangun awal sikit. Kalau tak silap saya jam 2:30 pagi saya dah bangun. Saya ni sebenarnya alergik dengan peluh. Kalau berpeluh, saya selalunya mudah gatal. Jadi seboleh-bolehnya saya akan cuba mandi. Lagipun rasa saya, sempat kot saya mandi.

Toilet di Arafah ni digunakan hanya setahun sekali, iaitu pada hari wuquf. Jadi, kata ustaz, nyamuk di Arafah cuma berpesta setahun sekali, maka bersedialah untuk digigit.

Khemah saya di Arafah kalau tak silap khemah P. Khemah saya ni berada dalam kumpulan yang banyak khemah wanita. Jadi, bila saya masuk ke toilet, ramailah orang yang beratur di belah yang mengadap khemah saya. Jadi, saya pergi ke belah sana yang nampak kurang orang. Memang satu toilet, seorang saja yang beratur. Jadi dalam risau boleh sempat mandi ke tidak, saya rasa pasti saya sempat mandi.

Sedang saya sedap mandi tetiba pintu diketuk orang. walaupun saya cuma sempat mandi secebok, sabun dan terus mandi secebok lagi. Bila saya keluar, malunya saya sebab dah 5 orang beratur dengan muka masam depan toilet berkenaan.

Selepas mandi, tempat wudhu ialah di luar toilet.

Seleasp solat Subuh, makan pagi, solat Dhuha dan sebagainya, jam 9 pagi kami sudah diarahkan tidur. Jam 11 pagi kami sudah bangun. Bukan boleh tidur sangat kalau kita tak biasa tidur pada waktu berkenaan.

Selepas membersihkan diri kami bersiap-siap untuk solat zohor. Bila masuknya zohor 9 Zulhijjah, maka masuklah waktu wuquf. Himpunan doa, samada untuk diri sendiri dan yang dikirim oleh kawan-kawan dahpun beratur dalam beg hitam saya.

Kami solat Zohor Jamak Tamam dengan Asar. Selepas solat kami bersedia untuk makan, sebab selepas makan kami digalakkan beribadat sebanyak-banyaknya dan berdoa sebanyak-banyaknya. Sedang kami menanti untuk makan tetiba riuh kawan-kawan di luar mengatakan ada tulisan di langit. MasyaAllah! Saya antara orang yang menyaksikan tulisan berkenaan! Di kanan saya tertulis perkataan Allah, dikiri saya tertulis perkataan Muhammad. Subhanallah! Ada doa khas yang perlu dibaca pada waktu ini. Tanyalah ustaz/ustazah anda! Tak ada seorangpun yang teringat untuk ambil kamera.

Subhanallah! MasyaAllah! Allahu akbar. Ya Allah, engkau tuhanku, aku ini hambamu. Ya Allah, Engkau Maha Benar, PerkataanMu benar, janjiMu benar, nabiMu benar, syurga neraka itu benar dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah terlalu banyak dosaku sedangkan terlalu banyak nikmat yang Kau telah berikan padaku. Aku malu padaMu ya Allah, tapi Engkaulah sajalah pengampun dosa ya Allah, maka ampunkanlah segala dosaku.

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, tapi aku tak sanggup masuk nerakaMu. Oleh itu ya allah, terimalah taubatku, ampunkahlah dosaku. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengampunkan segala dosa.

04 April 2009

Di Padang Arafah

Tibalah waktu yang membezakan antara umrah dan haji. Bagi orang yang tidak berwuquf di Padang Arafah, tiadalah haji bagi mereka.

Bagi yang tidak dapat melontar, mereka boleh membayar dam. Bagi yang tidak dapat bermabit kerana sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak, mereka boleh membayar dam, tapi jika tidak wuquf di Arafah, atas apa alasan sekalipun, samada sakit atau takut kepada pemiutang atau takut ditunggu oleh musuh yang hendak membunuhnya, maka tidaklah dia dapat haji.

Rukun inilah yang dinantikan oleh semua jamaah pada 8 Zulhijjah itu. Sabar? Tak sabar? Entahlah. Yang penting saya menanti saat itu. Sudah diingatkan kepada semua jamaah agar tidur secukupnya agar kita dapat berdoa sepuas-puasnya pada waktu wuquf.

Walaupun wuquf adalah bertempat di Padang Arafah, saya menghantar sms kepada beberapa orang rakan dan saudara agar menyertai kami berdoa pada waktu wuquf. Saya nyatakan waktu wuquf di Arab Saudi dan terjemahan waktunya di tanahair agar mereka juga dapat berdoa. Pastilah lain tarafnya berdoa di Arafah dan berdoa di tempat-tempat lain pada waktu itu, tapi saya ingin berkongsi perasaan yang saya alami waktu itu dengan teman-teman dan saudara-mara. Perasaan saya pada waktu ini? Saya masih mengingati saat sesyahdu itu. Saat doa diangkat tanpa hijab. And I were there!

Kami telah diingatkan bahawa kumpulan kami akan bangun untuk bertahajjud pada jam 4 pagi. Kami akan bertahajjud hingga subuh. Selepas sarapan pagi dalam jam 10 pagi kami akan dipaksa tidur agar kami dapat cukup rehat dan boleh berjaga sepanjang waktu wuquf.

Waktu wuquf adalah selepas masuknya waktu zohor 9 Zulhijjah hingga sebelum masuk Subuh 10 Zulhijjah. Waktu yang paling afdhal ialah sebelum Maghrib. Tapi kami akan meninggalkan Arafah sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Sebaik sahaja meninggalkan Arafah, tiada lagi wuquf, sebab wuquf hanya berlaku di Padang Arafah. Maka kami diminta pulun berdoa antara waktu zohor sehingga Maghrib.

Di Padang Arafah juga jemaah diminta melakukan solat Jamak Tamam iaitu menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor tanpa menqasarkan kedua-duanya, maknanya, walaupun kita solat jamak, tapi kita kena lakukan 4 rakaat juga, bukan dua rakaat seperti lazimnya sebab penginapan kita ialah di Mekah, jarak antara Mekah dan Arafah tak sampai 2 marhalah. Kita boleh jamak kerana kita dalam menunaikan ibadah dan bersusah-payah, tapi tak boleh melakukan qasar sebab kita bukan bermusafir.

Di Padang Arafah juga kami diingatkan agar melihat ke langit sebab keajaiban pasti berlaku.

04 Mac 2009

Tiba di Arafah

Perjalanan ke Arafah tidaklah lama sangat, sekitar tak sampai 2 jam kami dah tiba di Arafah. Alhamdulillah perjalanan kami hanya sedikit tersangkut bila driver tak pasti lorong mana yang harus diikuti. Adalah dalam 20 minit kami tersangkut kot.

Ini keadaan dalam bas kami ke Arafah. Kat tengah-tengah tu, ruang berjalan tu penuh dengan beg. Kebetulan saya dan mak duduk di barisan kedua akhir. Suami dapat tempat duduk first class, barisan paling belakang.



Ini bukanlah kali pertama kami tiba di Arafah. Semasa program ziarah yang dianjurkan oleh THTS selepas beberapa hari tiba di Mekah, kami dah datang ke Arafah. Kami dah ditunjukkan tempat2 sekitar Arafah dan dibawa ke Mina dan Muzdalifah. Masa lawatan tu kami dibawa ke Jabal Rahmah, tempat pertemuan Hawa dan Adam. Pada musim haji ni, jangan harap dapat ke sana. Dahlah orang ramai, bukan tempat kita pulak tu. Janganlah cari pasal 9 Zulhijjah nak cari Jabal Rahmah. Jabal Rahmah tu kecik je. Tak dapat nak menampung 3 juta ummat Islam yang datang menunaikan haji.

Inilah pemandangan dari luar khemah maktab 86.



Ini pula adalah 'kandang' untuk kami menunggu bas untuk ke Muzdalifah esok



Cewah! Bukan main cantik lagi kerusi untuk jemaah pakej. Untuk jemaah muasasah kerusi biasa je. Alhamdulillah ada gak kerusi.



cantik susunan kerusi tu sekejap je. Bila waktu makan, penuhlah jemaah haji lepak di situ.

03 Mac 2009

Perjalanan ke Arafah

6 Disember 2008.

Kami mandi seperti biasa pagi tu. Pulang dari Masjidil Haram selepas solat Subuh, sudah berduyun2 orang berjalan kaki ke Padang Arafah. Yang menaiki kenderaanpun banyak juga. Agak pelik bila ada yang menaiki lori ke Arafah sambil berdiri berhimpit2. Alhamdulillah jemaah Malaysia semuanya pergi dengan menaiki bas berhawa dingin.

Pagi tu sempat lagi saya siapkan sedikit bekalan untuk mak. Ustazah pesan perjalanan kami mungkin mengambil masa antara 1 jam hingga mungkin 12 jam. Semua bergantung pada jem atau tidak. Jadi jemaah diingatkan supaya membawa air 1L seorang dan bekalan makanan. Dari hari Jumaat lagi saya dah carikan roti dan biskut. Mak mudah lapar. Maklumlah orang kampung, kerja kuat, banyak makan. He he he.

Sepatutnya kena bawa 1 beg je sorang, tapi kami sampai 3 beg 2 orang. Satu beg penuh dengan makanan. Mak beli satu botol untuk isi 5L air. Tu dia. Mak kata ustaz kat kampung pesan suruh bawa air banyak sebab kat Arafah bekalan air terhad. Kak Bariah terkesan dengan mak. Kak Bariah beli 2 botol air 5L. Satu suaminya Mus bawa dan satu lagi Kak Bariah bawa. Mak janji tak nak susahkan saya, dia akan bawa sendiri botol air dia. In the end saya kena bawa 3 barang, beg saya, beg makanan dan botol air 5L. Nak wat camana... layan aje la.

Jam 11 saya mandi sunat ihram dan solat sunat ihram. Jam 12 kami turun makan. Selepas zohor jemaah dari tingkat 9 dan 8 dipanggil turun. Debaranpun bermula. Excited! Sebenarnya ada beberapa speaker dipasang di tangga hotel.Kalau saya tak silap 3 kot, jadi semua pengumuman, kami boleh dengar dengan baik. Mencongak pada masa yang diambil oleh setiap tingkat untuk turun, saya anggarkan kami sempat solat Asar. Tekaan saya tepat. Lepas Asar kami di tingkat 3 dipanggil turun.

Perjalanan ke Arafah menyeronokkan. apa tak seronoknya? Perjalanan ke tempat pertemuan Adam dan Hawa. Tempat yang pernah diziarahi oleh Nabi Allah Muhammad Rasulullah Habiballah. Dibawah ini ialah gambar sepanjang perjalanan.




Ini pula gambar jemaah yang menaiki lori.




Ini adalah Universiti Umm Qurra. Umm Qurra adalah nama lain bagi Mekah. Kalau tak silap Mekah ada sekurang-kurangnya 10 nama.



Dan sepanjang jalan itu berkumandang sahutan seruan dari Allah : labbaikalLLaahumma labbaik labbaikalaa syariikalakalabbaik innal hamda wanni'mata lakawalmulk laasyarikalak