20 Julai 2011

Allah ku

Alhamdulillah..... semakin hari semakin bahagia bersama Allahku. Alhamdulillah semakin diminta semakin Allah memberi.

Kupohon petunjuk, Allah tunjukkan aku caranya untuk menggapai khusyuk melalui hamba-hambanya Pn Noraliza, Pak Abu Sangkan, Pak Yusdeka Putra, Pak Yus Ansori, Pak Mardibros dan ramai lagi.

Melalui solatku, kupohon dibimbing, maka Allah bimbing aku lagi dan lagi dan lagi.....

Aku kelemasan, berhenti seketika, menarik nafas, tapi Allahku tak marah aku, malah terus membimbingku.

Subhanallah! MasyaAllah, sekali saja ku minta, seribu kali Kau datang padaku. Hinanya aku, kerdilnya aku, tapi kau yang Maha Kaya, Maha mempunyai segalanya, yang menciptakan alam ini dengan pelbagai benda. yang menciptakan pelbagai binatang, entah berapa jenis binatang, berapa nama binatang, akupun tak sempat bilang; dengan pelbagai tumbuhan, entah berapa kategori tumbuhan, berapa jenis tumbuhan, tak terhitungkan. Dengan setiap satu ciptaanMu itu berbeza pula selnya. Subhanallah! Allahku Maha Agung, the best inventor, best creator.

Subhana Rabbial Adzim! Engkau yang menciptakan segala jenis batu permata yang ada di dalam tanah, yang digali manusia, kemudian dikejar manusia dan memberikan ia nilai. Subhanallah! Kau yang menjadikan tanah berbagai jenis. ada tanah yg subur, ada yg kontang, ada yg poros. Bagaimana Kau jadikan tanah itu boleh menghidupkan tumbuh-tumbuhan? Maha Bijak Kau ya Allah! Subhana Rabbial Adzim!

Aku minta solat yang khusyuk, Kau berikan aku kefahaman tentangMu, zatMu, kekuasaanMu, keagunganMu, kebijaksanaanMu, kekuatanMu. Rupa-rupanya untuk mendapat solat khusyuk itu aku harus faham tentangMu, mengenaliMu. Terima kasih ya Allah

16 April 2011

Pendidikan Anak-anak

usrah petang tadi: ramai orang yg meletakkan KPI utk anak2: UPSR mesti 5A, PMR mesti 9A, SPM mesti 10A+. sedikit sangat yg ingat untuk letakkan KPI, 5 tahun solat subuh & maghrib dengan bacaan kuat, 6 tahun - solat penuh, 7 tahun solat berjemaah, 8 tahun layak jadi imam, reti jamak qasar, reti masbuk muafik, 15 tahun hafiz. tinggi tuh... anak saya 7 tahun baru solat penuh dan masih kena bacaan kuat, masih belum betul bacaannya. 10 tahun baru paksa ikut abinya gi surau. tapi Alhamdulillah 8 tahun dah reti jamak qasar

13 Januari 2011

Apa yang kamu suka tak semestinya akan menyukakan

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan tazkirah pagi tadi di radio IKIM. Penceramah mengungkapkan kata2 berkenaan. Apa yang kamu suka tak semestinya akan menyukakan hati kamu selama-lamanya. Teringat ayat Allah untuk kita, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.

Penceramah menceritakan kisah bagaimana takutnya orang Eskimo kepada serigala. Bila ada ancaman serigala, pada malamnya orang eskimo akan merendam bilah-bilah pisau yang tajam dalam darah - mungkin darah ayam contohnya. Esoknya pisau itu akan diletakkan didalam hutan tempat yang disyaki ada serigala.

Serigala adalah binatang yang mempunyai deria bau yang kuat. Apabila terbau darah, serigala akan mecarinya seterusnya menjilat pisau-pisau itu. Sedapnya menjilat darah hingga mereka terlupa bahawa ia adalah pada pisau yang tajam. Serigala tahu bahawa pisau adalah tajam, tapi oleh kerana darah yang sedap mereka terlalai hinggalah bila darah sudah terlalu banyak keluar dan tidak dapat dikawal lagi barulah mereka terasa perit. Nasi sudah mejadi bubur, lidah mereka terhiris dengan amat dahsya sekali. Kerana barang yang sedap, ia membunuh mereka.

Dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang meyeronokkan, tanpa kita sedari bahawa ianya sebenarnya boleh merosakkan kita. Tanyalah penagih dadah, tidakkah mereka tahu dadah itu merosakkan, tapi kerana tarikan sedap dan seronok yang ada pada dadah, mereka abaikan larangan itu sebab pastilah pada awalnya ianya sangat nikmat.

Tanyalah perokok, tidakkah mereka tahu bahawa merokok boleh menyebabkan kanser, tapi kerana boleh dapat ramai kawan jika merokok atau sedutan asap itu amat menyeronokkan, mereka teruskan merokok.

Tanyalah pada gadis yang melahirkan anak luar nikah, tidakkah mereka tahu zina itu haram? Tapi kerana perasaan bahagia bila dicintai, dipuja, digilai, mereka membiarkan diri terjerumus ke kancah hina.

Ingat surat dari Allah untuk kita "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Maka, jom kita ikut cakap Allah saja, kita biarkan nafsu kita menderita di dunia ini, asal jangan kita menderita di akhirat nanti.