24 Januari 2010

Makbulnya Doa

Ustaz di maktab berpesan, dalamasa 4 bulan setelah mengerjakan haji, doa kita memang mudah dimakbulkan. Oleh yang demikian para jemaah dinasihatkan agar janganlah bercakap yang bukan-bukan. Kalau terkejut kucing melintas janganlah sumpah kucing tu "Mampos engkau!" Takut betul-betul mati kucing tu. Kalau orang overtake kereta kita, janganlah sumpah "Sial punya orang". Takut nasib malang menimpanya.

Para haji dan hajjah diminta mengawal kemarahan, mengawal lidah dan hati dari mudah marah dn bercakap yang bukan-bukan. Pak Abu Sangkan juga kata orang yang pemarah akan berpenyakit sembelit.

Oleh yang demikian, kalau tuan-tuan dan puan-puan menziarahi atau berjumpa dengan orang yang baru pulang dari mengerjakan haji, mintalah mereka mendoakan kebaikan untuk kita.

Hal ini sebenarnya dinyatakan oleh Saidina Omar. Maklumlah baginda sempat mengerjakan haji selama beberapa tahun, pastilah baginda dapat merasai keadaan itu.

Beberapa hari lepas saya baca dalam group alumni SMTT, seseorang menghantar satu posting berkenaan tahajjud. Sebahagian dari artikel tu

Kelebihan Tahajud;

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;
1. Dapat lidah yang hikmah
2. Diangkat kedarjat wali
3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Selain itu juga;
1. Doa-doa akan diperkenankan
2. 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa

Seorang kawan saya baru saja berjinak-jinak dengan tahajjud. Bila saya forward artikel ni, dia kata 1 of 6 tu betul sangat2. Baru2 ni kereta beliau bermasalah jika nak dihidupkan pada setiap pagi sampai terpaksa ambil cuti. Keretanya ni katanya macm pakai kuasa solar lah pulak, banyak kali tak boleh start kalau berjemur embun. Dah hantar worksyop kena tunggu stok pulak. Hari yang kedua dia terlupa, so tak dapat hidupkan enjin juga. Malam tu masa dia nak keluar beli mee goreng (kes malas masak), juga berlaku lagi kereta tak boleh hidup. Dia risau paginya berlaku lagi. Selepas menunaikan solat tahajjud beliau berdoa sungguh-sungguh agar keretanya boleh hidup. Alhamdulillah boleh hidup! Pagi esoknya juga selepas tahajjud dia bedoa sekali lagi agar enjin kereta dapat dihidu. Maka setiap pagi selagi belum dapat spare-part beliau berdoa agar enjin keretanya hidup.

Sekali peristiwa suaminya marah sangat-sangat atas kesilapan beiau dalam satu perkara. Beliau berdoa dan terus berdoa agar hati suaminya sejuk, hilang marah. Beliau hanya terus berdoa sambil memandang hujan yang Allah turunkan. Alhamdulillah sebenarnya sebaik sahaja beliau mula berdoa suaminya berhenti marah.

Tapi janganlah pulak solat tahajjud dengan niat supaya Allah jadikan mulut kita ni masin, minta apa saja dengan Allah, dapat. Ikhlaskanlah diri dalam melakukan semua perkara. Niat hanya satu, biar Allah sayang kita. Itu je.
.

22 Januari 2010

Tawaf Wida'

Waktu untuk pulang berbaur antara suka dan sedih. Terbayang wajah anak-anak yang dah lama ditinggalkan, Zahidah, Ahmad Danial dan Haikal, bin dan bintun Hamdi bin Talib. Tapi kaabah dan Masjidil Haram akan ditinggalkan. Kalaulah saya dapat mencari pekerjaan di sini, jadi pencuci bilik airpun jadilah, kan? Alangkah beruntungnya saudara Manzlie yang menjadi pengurus House Keeping di Safwah Hotel.

Oleh kerana mak tak sihat, saya bagitau mak bahawa mak tak perlu lakukan tawaf wida'. Saya siap bawa mak jumpa Ummi supaya ummi yakinkan mak bahawa mak tak perlu lakukan tawaf wida'. Tapi hati seorang hamba, ingin menziarahi rumah Allah buat kali terakhir, ingin melambai kaabah buat kali terakhir. Mak berkeras nak lakukan tawaf wida' juga. Nak berkeras nanti kang menangis pulak dia. Nak dilarang takut dia terkenang-kenang, bila balik Malaysia kita pulak yang disalahkan. Bak kata orang tua-tua takut dia berputih mata tak dapat lambai kaabah. Maka terpaksa jugalah saya bawa mak melakukan tawaf wida'.

Malam tu siap2 kami book kerusi roda dari Pakej Delima, siap letak dalam bilik. Pagi esoknya jam 4 pagi kami turun dari hotel menuju ke Masjidil Haram. Amboi seronoknya orang tu dapat duduk atas kerusi roda, orang tolak lagi nak ke Masjid :-) Mak gelak je la. Biasanya terpaksa berjalan kaki, banyak kali juga mak berhenti melepas lelah.

Selepas solat sunat tahajjud, kami mula bertawaf di tingkat 1 kerana di situ ada kawasan untuk jemaah yang berkerusi roda. Alhamdulillah laluan lancar sebab semuanya berlari atau berjalan laju semasa tawaf. Selepas pusingan yang ketiga mak batuk. Ah sudah! Seperti yang dijangka tak lama selepsa tu mak terkencing. Hmmmm. Tiba-tiba azan Subuh kedengaran. Saya letak mak kat tepi dan kami solat Subuh.

Selepas Subuh saya telefon Razilan minta dia tolak mak saya balik ke hotel memandangkan Zilan tak kemana-mana pagi tu. Kami perlu habiskan tawaf! Zilan ni kawan sepermainan saya masa kecik2 dulu semasa kami tinggal di Kuantan. Ayah saya datang hijrah ke Kuantan pun ikut Datuk tiri Zilan. Kami habiskan 4 pusingan lagi tawaf wida' di luar kawasan kerusi roda.

Selesai tawaf kami terus balik ke hotel untuk berkemas dan bawa turun barang ke bawah. Oh ya, beg kami dah diturunkan semalam dan telah dibawa oleh lori-lori ke Jeddah. Pagi tu kami hanya perlu kemaskan beg2 yang nak dibawa sebagai hand luggage. Sampai di bilik mak kata dia baru siap solat Subuh. Seperti biasa, mak tersesat lagi. He he he. Dia suruh Zilan tolak dia ke arah Hassan Khazindar. Alhamdulillah ada jemaah Malaysia yang tunjukkan arah sebenar balik ke Dallah Barakah. Kesian Zilan, jauh perjalanan dia pagi tu. Demi nenek saudaranya apa saja sanggup dilakukan, kan Zilan?
.

21 Januari 2010

Ziarah kawan-kawan

Hari-hari terakhir di Mekah saya gunakan untuk menziarahi kawan-kawan dan saudara-mara yang sama-sama datang mengerjakan haji.

Sebaik pulang dari Mina, mak teringin sangat nak berjumpa dengan Kak Ramlah sepupu saya. Kak Ramlah ni muda 2 tahun je dari mak saya. Kak Ramlah datang dengan anaknya, Razilan yang sebaya dengan abang saya. Kami cuma tahu Kak Ramlah datang dengan muasasah Tabung Haji. Perkara pertama saya lakukan ialah eprgi ke pusat operasi Tabung Haji iaitu di Janadriah, 800 meter dari Masjidil Haram, arah Masjid Kuching. Jadi kami naik teksi untuk kesana.

Bila sampai di sana, kami tanya pejabat di sana nombor bilik Kak Ramlah. rupa-rupanya beliau tak menginap di sana. Oleh kerana Janadriah adalah pusat, maka kami periksa di mana sebenarnya hotel penginapan beliau yang sebenar. Payah juga sebab kami tak tahu nama sebenar. Main tembak-tembak je. Alhamdulillah betul. Kami dimaklumkan bahawa Kak Melah tinggal di Sevilla Barakat. Petugas tabung haji di Janadriah tu orang Kelantan yang dah lama menetap di Mekah. Setiap kali musim haji, beliau akan mengikat kontrak untuk bekerja dengan Tabung Haji. Oleh kerana sudah lama tinggal di Mekah (mulai tahun 1960-an), lidah beliau agak pelat Mekah. Pertuturan Kelantan beliau agak ganjil. Tuan Haji berkenaan menahan satu teksi agar kami boleh pergi ke Sevilla Barakat. Siap dia arahkan lagi jalan mana yang perlu dilalui. Alhamdulillah perjalanannya agak lancar.

Kalau nak ke Janadriah ikut Masjid Kuching, nak ke Sevilla Barakat dari Masjidil Haram biasanya kita kena ikut Dar At-Tawhid iaitu pintu 6, tapi sebab kami dari Janadriah, baiklah naik teksi.

Selepsa ziarah Kak Ramlah, saya cari Rose pula iaitu kawan saya di SMTT. Susahnya nak jumpa Rose ni sebab dia guna beberapa nombor semasa di Mekah. Heeeee geram dibuatnya. Alhamdulillah 2 hari sebelum berangkat ke Jedah saya dapat jumpa Rose di sana.



Selepas jumpa Rose, saya buat arrangement dengan Anizah dan Kamariah, 2 orang kawan saya semasa di ITM untuk 'dating' buat kali terakhir sebelum pulang ke tanahair. Pada masa yang sama Kak Hasnah dan Kay juga nak jumpa sebelum kami pulang. Maka, jadilah double date antara kawan2 ITM dan kawan2 di Firdous Tower. Kak Hasnah tu kawan di TNB, manakala Kay pula adalah isteri arwah Azan, office-mate saya. Mereka tinggal di bilik yang sama di Firdous Tower. Kay ajak semua kawan2 biliknya makan di D'Saji Felda. Masa ni saya tinggalkan mak sebab mak demam. Suamipun tak sudi nak ikut saya jumpa kawan-kawan sebab tak de yang bawa suami.

Masa nak balik tu teringin pula nak belikan suami roti canai D'Saji. Semasa beratur, tetiba ada orang tegur. Rupa-rupanya Pengurus D'Saji sendiri iaitu Ismail Samingin. Beliau beratur kerana ada boss dari Felda yang teringin nak makan roti canai. Tinggi betul integrasi. Kalau ikutkan, beliau boleh order backdoor saja. Saudara Ismail ni suami kepada kawan saya Sakinah Satar yang mengerjakan Haji tahun selepas saya (2009). Antara saya dan Ismail ada seorang Datin turut beratur, jadi rancaklah pulak kami bertiga berbual.

19 Januari 2010

Testimoni Kursus Solat Khusyuk

Saya telah menghadiri kursus berkenaan pada 21-22 November di Balai Islam TNB. Sebenarnya kursus berkenaan bukanlah untuk kakitangan TNB, terbuka kepada umum, hanya menggunakan premis TNB.

Kursus berkenaan terdiri dari 2 bahagian, praktikal dan spiritual.

Dari segi praktikalnya Pak Abu Sangkan menerangkan tentang anatomi manusia dan hubungannya dengan solat.

Beberapa bulan sebelumnya saya memang mengalami masalah sakit pinggang. Kalau kaitangan ICT, TNB pasti pernah terbaca tulisan saya dalam blog ICT tentang sakit berkenaan. Saya rasa amat penting saya kongsikan dengan rakan setugas kerana ramai yg duduk terlalu lama di kerusi, lupa nak betulkan urat. Bila dah sakit, baru nak tanya doktor apa dah jadi dengan mereka.

Kerana skit pinggang tu saya diberikan oleh doktor beberapa jenis ubat sampailah saya makan ubat kalau tak silap namanya mycobal 500mg, barulah serasi dengan saya. Sakit yg saya alami itu ialah sakit yg amat macam cramp dari pinggang hingga tumit sebelah sisi kaki. Sakitnya macam satu urat je yg kena. Tapi kalau siapa yg pernah kena cramp dia tahulah sakitnya macamana dan tak berhenti, dari pagi sampai petang. Nak menangis rasanya. bila makan myconal tu OK la.... Dah tak sakit. Selang beberapa minggu selepas ubat habis (doktor beri bekalan setiap bulan), sakitnya datang balik.

Bila saya hadir kursus ni, Pak Abu kata, cara solat yg betul akan menghilangkan banyak penyakit. Betul ke? Masa latihan rukuk yang pertama saya dah mula rasa selesa. Rasa sedap sangat di bahagian pinggang. Jadi saya buat keputusan untuk tidak memakan ubat yg doktor berikan. Alhamdulillah sejak 21 November 2009 hingga sekarang saya dah tak makan ubat tu lagi. Saya cuma bertahan dengan terapi solat. Masa period sakit balik, so saya akan lakukan terapi rukuk bila rasa sakit. Ya lah.... penyakitnya dah jadi, tak tahulah apa yg dah jadi kat dalam, kan? Dah pecah ke, dah haus ke, kitapun tak tahu, maka terapi ni boleh menghilangkan sakit. Setakat ni itu yg saya rasa, untuk cure tu, saya pun tak boleh nak kata juga sebab baru tak sampai 2 bulan saya amalkan.

Kawan2 yang hadir juga ada yg kata pinggang mereka makin selesa. Masa usrah Muslimat, ada kawan2 minta saya ajrkan cara solat berkenaan, dan ramai yang setuju bahawa pinggang mereka rasa selesa.



Cara yang diajar oleh Pak Abu Sangkan ialah, masa berdiri, kaki hendaklah mengadap kiblat. Fitrah tulang belakang kita ialah dia ada 3 curve, maka setiap pergerakan solat kita, hendaklah kita letakkan tulang belakang kita di kedudukannya yang fitrah. Jangan kita berdiri dengan malas, sebab bila kita berdiri gaya malas, curve berkenaan akan bertukar bentuknya. Hendaklah kita berdiri tegak macam askar pada setiap masa. Masa kita rukuk jangan kita biarkan curve berkenaan bertukar, begitu juga masa kita sujud dan masa kita duduk antara dua sujud. Sentiasa kekalkan kedudukan fitrah tulang belakang kita.

Semasa rukuk dan sujud, inilah masanya kita betulkan tulang belakang kita dengan merenggangkannya. Tolak badan kita sejauh yang mungkin ke depan, jatuhkan perut kita supaya tulang belakang yg setentang dengan perut dapat bentuknya yang fitrah (sila rujuk kepada gambar tulang belakang).

Untuk rukuk, jangan jatuhkan bahu terlebih dahulu, sebaliknya lipat badan kita menjadi bentuk L, barulah pinggang kita terjaga.

Untuk sujud, letak tangan terlebih dahulu seperti nak merangkak, kemudian jatuhkan bahu perlahan-lahan untuk sujud. Ingat anggota sujud ada 7, dua tapak tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi. Pastikan jari kaki semuanya terlipat dan mengadap kiblat. Jatuhkan lagi bahu sepuaya dapat merasai bahawa tulang belakang kita merenggang.

Kita akan sambung bab spiritual kemudian ya!