29 September 2009

Solat Khusyuk

Saya pernah menulis tentang pentingnya solat khusyuk. Ada 4 tingkat solat, hanya solat yang khusyuk yang diiringi ilmu tentang solat yang diterima Allah.

Sahabat saya, Ummu Ayman akan menganjurkan kursus Solat Khusyuk di Bangsar pada 21 dan 22 November 2009 yang akan disusuli dengan konsert oleh penyanyi OPICK dari Indonesia. Cubalah search dalam Internet untuk mendengar lagu OPICK. Lagu2 mereka, MasyaAllah! Lagu dari hati yang mencintai Allah untuk hati yang mencintai Allah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus berkenaan serta konsert, sila layari blog http://ummuayman.blogspot.com/

Selamat tinggal Mina

Pagi ini kami akan meninggalkan Mina. Ramai rakan2 yang sudahpun meninggalkan Mina semalam seperti Makcik Ani ditemani Kak Sal dan En Kahar. Dengar kata Aznil Nawawipun dah balik ke Mekah semalam. Kak Norapun balik awal sebab nak tawaf awal. Kawan2 bercerita Aznil kena jalan kaki balik ke Mekah sebab jem teruk. Kalau tak silap Aznil guna pakej Zamrud atau Al-Maas - pakej mahal. Zamrud tu 50K++, Al-Maas 100K++. Kak Norapun balik jalan kaki dengan Yazid.

Selesai melontar, kami sarapan pagi nasi lemak di Mina buat kali terakhir. boleh tahanlah juga nasi lemaknya. Yang paling best di Mina ialah buah-buahnya besar dan sedap. Buah oren dan buah epal. fuh kelazatannya tak terkata. Bila tengok kat luar rupa-rupanya buah2 tu 2 riyal sebiji. Lebih kurang RM2 la.....

Suami kata kita cuba naik bas yang pertama, takut tersangkut lama. Tapi tak dapat juga. Akhirnya jam 10 pagi baru kami dapat naik bas. Mak ai barang punyalah banyak.

Dalam bas tu Alhamdulillah dapat tempat duduk. Ada yang kena berdiri. Jadi saya suruh seorang jemaah muda (20-an) dari Sarawak duduk di armrest saya. Halfway kami bertukar, dia duduk di kerusi saya duduk di armrest. Pas tu tukar pulak, saya duduk dia di armrest. Cam tu la sampai kami tiba di Mekah.

Bas kami tu mulanya nak ikut jalan biasa, tapi sebab luar biasa sesaknya, bas tu patah balik dan ikut jalan Arafah. Alhamdulillah perjalanan balik ke Mekah tak lama, 2 jam je dah sampai.

Ada juga saya shoot video sepanjang perjalanan pulang tu. Masa nak ke Arafah pun saya ada shoot video.

28 September 2009

Melontar Hari Ketiga

13 Zulhijjah, kami harus bangun awal, sebab kami akan melontar sebaik sahaja lepas solat Subuh. Bukan itu saja. Sebaik pulang dari melontar kami akan pulang ke Mekah, meninggalkan Mina.

Jadi kami harus bersiap dari awal. Sebelum melontar, barang semua dah kena siap pack. Saya kena cari trick macamana nak mandi jugak pagi tu. Alhamdulillah tricknya tak susah sangat.

Sebenarnya pada hari ketiga ni, dah tak ramai orang yang ada di Mina, maka bilangan jemaahnya dah kurang. Tak lah ramai sangat kurangnya. At least di Maktab kami 3 bas dah berlepas balik ke Mekah. Di tandas tu ada 12 bilik mandi rasanya, 3 rosak. Yag rosak ialah paip bawah, yang boleh digunakan cuma pancur air mandi. Jadi saya beratur di pancur air mandi. Tak ramai yang beratur sebab mereka tak terfikir untuk tadah air, mereka nak guna paip bawah juga. Jadi Alhamdulillah, dapatlah saya mandi.

Kami bertolak ke jamrah sebaik sahaja lepas solat Subuh. Ada saya rakamkan video perjalanan dari Maktab, sepanjang jalan ke jamrah, dalam tempat melontar, dari satu jamrah ke satu jamrah. Kalau sesiapa nak, bolehlah hubungi saya.

Perjalanan tu dari malam sampai ke siang. He he, subuh tu kan gelap lagi? Bila dah sampai ke jamrah hari dah terang.

Kali ni suami kata kita cuba yang bahagian bawah pula. Jadi kami terpisah dari rombongan THTS yang lain. Jadi lengkaplah ketiga2 tempat melontar kami dah cuba, yang atas, tengah dan yang bawah. Habis melontar hari ketiga, suami saya dah bergelar haji. Saya je yang belum lengkap sebab saya belum sai'e.

Melontar Hari Kedua

Perjalanan melontar hari kedua tidaklah menarik sangat. Kami mengikuti petugas yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Travel yang memegang nombor macam perarakan sukan tu. Katakan acara Sukan SUKMA, ada seorang yang akan memegang kayu pacak tertulis, PAHANG, KELANTAN, SELANGOR. Yang ni budak tu pegang nombor 84, 85, 86...... Maka kita ikutlah nombor mana yang kita nak ikut. Bila dah ada nombor tetap macam tu, tak de lah kita terlepas dari ahli rombongan.

Kali ni bila balik dari melontar saya terpisah dengan suami pula sebab suami menolak kerusi roda seorang pakcik dan saya pula menolak kerusi roda seorang makcik.

Alkisah bila saya dah tak nampak suami, memandangkan kami masing-masing ikut rombongan THTS, jadi saya teruskan perjalanan, tanpa risau sangat pasal suami tu. Mak saya pun entah ke mana. Tapi dah tak kisah sangat sebab rombongan malam tu ramai.

Saya ternampak sepasang suami isteri yang agak tua dalam 60-an kot. Sang suami menolak kerusi roda isterinya yang berbadan agak besar. Jadi saya minta izin untuk tolak kerusi roda isterinya. Seronok juga buat kerja amal begini. Hari ni kita tolong orang, mana tau kot2 20 tahun lagi kita nak datang mengerjakan haji sekali lagi dan Allah uji dengan kesihatan yang tak elok, sekali-sekala entah2 merasa gak orang tolak kita.

Sebenarnya dalam hidup ni terlalu banyak bantuan yang kita dapat dari orang, kan? Pernah saya tertinggal laptop kat rumah. Seorang kawan India sanggup drive ke Bangi bagi membolehkan saya mengambil laptop dari suami di UNITEN. It was a free of charge service! Bila suami saya accident, kawan saya Rozita tunggu motosikal suami saya selama 2 jam bersama kawan2 yang lain sementara menanti lori mengangkat motosikal berkenaan. Terlalu banyak bantuan yang kita terima. Itu semua menjadikan kita tak berkisah sangat untuk membantu orang lain. Di pejabatpun banyak bantuan yang kita terima dari rakan-rakan. Kalau rakan2 tak tolong, susah juga hidup kita. Macam saya ni ha, seorang programmer, kalau rakan yang jaga server tak tolong upload sistem saya ke server, macamanalah sistem tu nak di-launch? Kalaulah kawan2 kami tak jaga server betul2, sistem kita akan selalu down, habislah kita kena marah dengan user. Bantuan kawan2 tu memang menyenangkan kerja kita.

Bila dah sampai Maktab 86, saya tunggu di pintu masuk ke maktab. Lebih kurang 20 minit baru saya ternampak suami. Rupa-rupanya dia tengah pimpin orang lain pulak. Dia hantar pakcik tu ke muasasah. Jadi tanpa perlu tunggu dia, saya balik ke khemah.

On the way, banyak pula Indomie diletakkan di meja makan. Apa lagi pekena maggi la. Lapar juga rasanya. Ambil sebungkus lagi untuk mak kalau dia nak bila dia dah balik nanti.

Rupa-rupanya mak saya terjumpa sepupu saya. Sepupu saya tu (Kak Ramlah) anaknya (Ramizan) yang sebaya dengan abang saya (Samura) dah tinggalkan dia. Alhamdulillah kali ni mak saya tanya nama hotel sepupu saya tu. Tapi rupa-rupanya tersilap juga. Ek eleeee........

03 September 2009

Aktiviti di Mina 12 Zulhijjah

Pagi esoknya 12 Zulhijjah dah ramai yang mula meninggalkan Mina untuk melakukan Nafar Awal. Kita boleh membuat Nafar Awal atau Nafar Thani. Nafar Awal maknanya kita melontar hanya pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja manakala Nafar Thani bermakna kita melontar hingga 13 Zulhijjah. Bagi yang melakukan Nafar Awal mereka mesti meninggalkan Mina sebelum Maghrib 12 Zulhijjah. Masuk waktu melontar ialah apabila masuk waktu Subuh setiap hari iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sesetengah orang confuse dengan tarikh haribulan itu sendiri. Tarikh baru untuk kalendar hijriah bermula pada waktu Maghrib. Maknanya masuk 12 Zulhijjah ialah pada waktu Maghrib, tapi masuknya waktu melontar ialah pada waktu Subuh hari yang sama, maknanya kita kena tunggu Maghrib masuk 12 Zulhijjah, kemudian kita melepasi waktu Isyak, jam 12 malam, 1 pagi, 2,3, 3, 4 pagi, bila masuk sahaja waktu Subuh, maka masuklah waktu melontar untuk 12 Zulhijjah, tamatnya ialah pada 14 Zulhijjah. Maknanya kita boleh tangguhkan melontar (kalau dah malas sangat) sebelum tamat 13 Zulhijjah untuk keempat2 lontaran.

Untuk lontaran 7 batu 10 Zulhijjah di Jamratul Aqabah, kalau malas sangat, kita boleh melontar pada 13 Zulhijjah lepas solat Asar, sebelum masuk Maghrib. Lepas tu kit kena pusing balik ke Jamratul Ula(Orang tak lah ramai sangat, lagipun tempatnya memang besar dan teduh.), kita buatlah lontaran 7 batu setiap satu di 3 Jamrah untuk Hari Pertama (11 Zulhijjah). Lepas tu kita kena patah balik ke Jamratul Wula, dan buat lontaran 7 batu setiap satu di 3 Jamrah untuk Hari Kedua (12 Zulhijjah). Lepas tu kita kena patah balik ke Jamratul Wula, dan buat lontaran 7 batu setiap satu di 3 Jamrah untuk Hari Ketiga (13 Zulhijjah).

Hari ini 12 Zulhijjah ramai juga jemaah Malaysia yang buat Nafar Awal terutamanya yang akan balik dalamasa 2 hari lagi. Kalau mereka buat Nafar Thani bimbang takut tak sempat nak berkemas, buat tawaf dan saie lagi. Ada juga yang buat Nafar Awal sebab bimbang period.

Jadi kesempatan ini saya dan mak gunakan untuk merayap di Mina. Kami pergi naik kebukit yang berdekatan, tengok keadaan sekeliling Mina dari atas bukit dan mengutip batu untuk lontaran malam ni dan pagi esok.

Lihatlah gambar2 yang saya ambil yang saya letakkan di Picasaweb.