16 Januari 2009

Bumi Barakah

Melihat Kaabah, meminum air zamzam, melakukan saie membuatkan saya teringat kepada Siti Hajar, ibu Nabi Ismail. Sudah lama kisah ini terjadi. Melihat kota Mekah yang maju, hampir 20 minit baru saya dapat keluar dari kota ini menuju Jeddah.

Sepanjang jalan dari hotel ke masjid sejauh 480meter, saya tak berjumpa dengan secebis tanahpun untuk saya pijakkan kaki. Hanya tar, konkrit dan marmar. Tak dapat dibayangkan tanah yang bagaimana yang dihentak Ismail hingga air membasah bumi dan ibunya menjerit zammi! zammi! Tak dapat dibayangkan, bukit pasir yang macamana yang dijejaki Siti Hajar semasa mendaki Bukit Safa dan Marwah semasa mencari air.

Saya di sini memerhatikan sekeliling saya, membayangkan peristiwa berkenaan. Saya di situ memerhatikan keliling saya, seolah terbayang kelibat mereka berdua tatkala ditinggalkan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim yang saya sebut namanya sekurang-kurangnya 4x5 kali sehari. Nabi yang Allah sayang, yang Allah perintahkan menempuh perjalanan selama 6 bulan untuk sampai ke sini. Nabi yang telah membina kembali Rumah Allah ini. Nabi yang telah mendoakan agar bumi Mekah ini subur dan makmur bila baginda menziarahi isteri Nabi Ismail yang kedua.

Selepas mengerjakan haji barulah saya berpeluang ke kawasan Masjid Kucing. Disitu kawasan dataran baru Masjidil Haram sedang dalam pembinaan. Barulah saya berpeluang melihat debu Mekah, tanah Mekah yang asli, yang belum diturap, belum disimenkan dan belum diletakkan lantai marmar. The actual, the real 'tanah' di Mekah. Kat tempat lainpun ada juga tanah seperti dari Hotel saya menuju ke Elaf Quds, ada kawasan bertanah, tapi sudah tak real sebab ditanami rumput.

Kawasan berkenaan juga agak tidak rata, kawasan berbukit. Semasa berjalan dengan mak saya selepas sai'e haji, saya heret dia naik bukit sikit untuk menuju ke deretan bazar yang paling kiri. Jadi merasalah saya berjalan diatas tanah yang belum ditutup, naik bukit sikit. Tapi saya tak lah berlari macam Siti Hajar. Tahun depan mungkin dah tak ada.

Bumi Mekah,
bumi barakah,
bumi para anbia,
bumi Nabi Adam,
Nabi Ibrahim,
Nabi ISmail
dan Nabi Muhammad.

Kini aku di sini
ingin bertawaf padamu
ingin bersai'e
ingin berwuquf
ingin bermabit
ingin melontar jamrah

Nabi Ibrahim melontar 7 batu
Nabi Ismail pun melontar 7 batu
Hajarpun 7 batu

Aku datang Ya Allah menyambut seruanMu
Aku datang menyahut jemputanmu ke RumahMu
Sambutlah aku dengan redhaMu
Sambutlah aku dengan keampunanMu

Tiada ulasan: